Sunday, December 19, 2021

Sahabat Medini, Keluarga Madani

 26 Disember 2019 merupakan detik mula aku melangkah ke SMK Medini sebagai GKMP Bahasa. Masih jelas di minda, pertukaran kerana naik pangkat dari SMK Gelang Patah tersebut ku sambut dengan deraian air mata kerana keadaan arwah Abang Sham yang kritikal pada ketika itu. Ketika berkhidmat di sinilah, suamiku pulang kepada Yang Maha Pencipta. Rakan-rakan di Medini banyak mendorong dan membantu memulihkan diriku untuk bangkit dengan kekuatan yang masih bersisa. Setelah 2 tahun 7 bulan sama-sama menelusuri rutin di Medini, tiba-tiba aku menerima amanah baru yang perlu digalas di SMKTU sebagai Penolong Kanan Pentadbiran (PK1). Agak mengejutkan sebenarnya.. apatah lagi arahan pertukaran diterima ketika pandemik melanda. 3 Ogos 2021 aku melapor diri di Tasek dengan perasaan yang bercampur baur. Alhamdulillah, sehingga kini semua urusan dipermudahkan. Bersama pengetua dinamik dan sangat berdedikasi, Puan Hjh Noor Azlinda Mohd Salleh, aku banyak belajar hal ehwal pentadbiran. Syukur Allah permudah urusan kami..


4 Disember 2021, aku menyantuni undangan KEBIRUS ke jamuan akhir tahun di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru. Mulanya memang aku segan nak menyertai sebab dah lama meninggalkan Medini, tapi Kak Mai memang hebat.. Kak Mai minta aku tumpangkan ke lokasi majlis sebab malas memandu, jadi nak tak nak terpaksalah aku pergi juga.. Kak Mai, Kak Mai.. sahabat ku yang seorang ni memang terbaik! Syukur aku hadir ke majlis tersebut.. dapat melepaskan rindu dan bersua dengan rakan2 Medini yang lebih dekat di hati sebagai sebuah keluarga besar bagiku. Adik-adik.. sahabat2 bidang Bahasa memang happening dan takkan lupakan gelagat mereka. Liz, Yana, Wani, Teha, Helmi, Fik, Ikram, Shanthi, Aishah.. I will miss all of you dearly. Adik2 tiri (sebab lain bidang hahahaha) Azlida, Harmuni, Rushima, Nafis, Maria.. juga seniors yang baik budi Kak Maimunah, Zarinah, Kak Norizah, Kak Mazni, Kak Syahrul, Puan Zaharah, Puan Haniza dan rakan sebaya Dr Eow Yee Leng serta teristimewa mentor yang kaya ilmu Puan Marsitah Mohd Noor.. Insya Allah, semoga kita berjumpa lagi nanti.

   
    

 





Riang Ria di Lotus Desaru Resort & Spa

Cuti sekolah kembali lagiii.. alhamdulillah cuti kali ini Allah hadirkan kesempatan kepada kami untuk ke Lotus - destinasi yang dah lama nak dituju tetapi asbab virus Corona yang mengganas terpaksa beberapa kali ditangguhkan. Bersama-sama kekandaku Ziela dan Abg Rafi, abg ipar yang baik hati, kami menghabiskan 3 hari 2 malam di sana. 


 



Keriangan Ain terpancar di wajahnya tatkala kereta dipandu masuk ke kawasan Lotus Desaru Resort. Seni bina hotel  bak 'istana' amat mempesona.. Bertepuk tangan Ain apabila kami melangkah kaki ke bilik hotel yang bersih dan  cantik. Tambah riang anakanda ku nan seorang itu tatkala acara 'main air' bermula. Dikelilingi sepupu-sepupunya yang girang dan setia meladeni, Ain seronok betul dilayan bak puteri. Mummy pun apa lagi, ikut sama mandi kolam melepaskan stress yang mencengkam. Mandi kolam, main slide di lazy river dan menantikan hamburan air di bawah 'tempurung kelapa' gergasi memang seronok sekali.. memandangkan kami ke sana pada hari bekerja, pengunjung pun tak seramai mana. Memang bestttt!!


Malam tu kami dinner di hotel secara buffet sebab malas nak keluar. Alhamdulillah sedap2 juga menunya. Ain suka sangat makan nuget ayam kat situ. Seronok tengok gelagat anak-anak berempat tu makan. Syukur Allah beri rezeki untuk ke sini.
Sayangnya masuk hari kedua, mataku mula memerah dan kepala berdenyut kesakitan. Syukur kepada Allah di atas tindakan pantas kakakku dan Abg Rafi yg terus membawaku mendapatkan rawatan di Klinik Adham, kesakitan beransur hilang menjelang hari ketiga percutian. Tapi oleh kerana mataku masih silau dan sukar memandu, Kak Lah tenang memandu pulang 'Sang Sado Merah' ku buat pertama kalinya. Sebelum ni jika dipelawa memandu mesti Kak Lah mengelak tapi kali ni dia tak boleh 'lari' lagi hihihi..

Terima kasih Kak Lah/ Mak Long atas pengalaman cuti istimewa kali ini. Insya Allah kalau ada rezeki kita ke lokasi yang lebih menarik ya.. ❤️❤️❤️

Monday, October 18, 2021

... dan jemari ini menari lagi

 Alhamdulillah.. sekian lama aku menyepikan diri hari ini terdetik pula di hati untuk menulis semula. Ya, lebih 7 tahun jemari ini tidak berlari di atas papan kekunci. Bukan bermakna 'passion' menulis telah mati.. bukan idea telah basi.. bukan.. bukan.. cuma kesempatan yang tiada. Masa seolah terlalu mencemburui. Himpunan tugas yang baru digalas dengan persekitaran yang baharu memerlukan tumpuan yang bukan sedikit. Banyak benar perubahan berlaku dalam hidup sepanjang perjalanan hidup yang harus ku hadapi dengan sabar dan redha.


 
Pemergian sang kekasih hati memberikan kesan yang bukan kepalang dalam ranjau hidup yang aku lalui. Meski reda dan pasrah kepada ketentuannya, jauh di sudut hati, ia bagaikan satu mimpi yang tidak pernah aku bayangkan. Pulangnya suami yang aku cintai, tidak pernah aku ratapi. Sedih, pilu, hiba.. buat seketika mendominasi ruang hati yang kosong tak berpenghuni. Tapi sebaik aku sedar dari lena, bingkas aku bangkit demi sang puteri yang mendambakan belaian kasih sayangku. Zahin Syaqireen memberikan aku kekuatan luar biasa, menyedarkan aku dari nestapa dan menjadi ubat hati yang luka. Alangkah sukar sebenarnya untuk senyum tawa di hadapan rakan taulan dan bersikap selamba seolah tiada apa, sedang di hati lain bicaranya.. 

  

Jutaan syukur ku rafakkan kepada Allah swt Yang Maha Mendengar dan Mengetahui kerana meminjamkan kepadaku sang suami yang baik pekerti, Allahyarham Shamsul Kamal bin Jamaludin. Seolah masih baru perkenalan kami, abang pergi dijemput Ilahi pada 10 Julai 2019 meninggalkan semua memori manis di hati ini. Inshaa Allah, andai diizinkanNya kita akan berjumpa semula di alam sana.. Entah kenapa hari ni syahdu memagut hati, mungkinkah kerana renyai di luar jendela ini yang terus menerus turun tiada henti? Buat yang membaca dan mengenali diriku, mohon doa kalian agar diberikan kedamaian dalam kehidupan dan semoga kebaikan mengiringi kehidupan kita semua. Abang, Izan rindu...



Friday, August 14, 2015

Wajah Kesayangan Hamba



Inilah wajah kesayangan.. buah hati.. permata jiwa aku. Menatap sinar mata dan senyumannya sudah cukup membahagiakanku.. keletahnya yang mencuit hati sering bermain di birai mata dan sering menjadikan aku tak betah meninggalkannya lama2. Anak kesayangan ku.. moga dikau menjadi anak solehah yang membahagiakan mummy & daddy. Berjaya duniawi dan ukhrawi.. moga setiap derap langkah perjalananmu diiringi rahmatNya.. jadilah anak yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa mu sayang.. Zahin Syaqireen anakku. Mummy and daddy love you so much!

Thursday, August 13, 2015

Projek Make the Pitch

Setelah sekian lama jemariku berhenti menari & melakarkan kata kat sini, sekonyong2nya hati rindu pulak untuk menukilkan sesuatu menghilang rindu utk kembali ke arena penulisan dunia maya.. wah intro.. minggu ni agak melelahkan buatku. Demam yang tak kunjung hilang, batuk yang hadir tanpa undangan terasa agak menyesak dan menyebalkan perasaan. Ditambah pulak rutin yang tak nampak pengakhiran.. terasa lambat benar masa berjalan. Minggu ni sekolah sibuk dengan pembentangan projek Make the Pitch - projek yg memerlukan pelajar menghasilkan produk yg boleh dipasarkan kepada pasaran luar.

Agak susah merealisasikan sesuatu yg hampir mustahil dijalankan. Manakan tidak.. ahli kelab aku rasanya yang 'teramai' setakat ni.. aku namakan mereka 'Fantastic Five'. Asbabnya mudah.. mereka 5 perawan jelita dari tingkatan 5 yang selalu Missing in Action tika aktiviti koko berlangsung dek kerana busy dengan extra classes.. tulah sebab utama mengapa tatkala sesi pembentangan bakal dilangsungkan aku macam kucing hilang keturunan... menggelabah bagai nak fengsan!

Namun dalam pasrah dan redha.. aku berusaha meredah dugaan yg bergolek tiba.. mujur juga bantuan tiba tepat pada masanya. Cikgu Aminah menghulur tongkat sakti menukarkan rempah ratus menjadi hiasan comel di meja sisi.. sekalung penghargaan buat Cikgu Hajar Nawa atas idea yang dibingkiskan juga Cikgu Aminah kerana sudi bersamaku menghasilkan bekas hiasan beraroma terapi.. Buat anak2 Kelab Rukun Negara : Azilah, Diyanah dan Fasyihah terima kasih atas pembentangan yg berapi petang tadi.. Terima kasih daun keladi.. mmuuaahhh!


Sunday, June 22, 2014

Kelahiran Yang Dinanti

Alhamdulillah.. esok genaplah sebulan aku melahirkan seorang cahaya mata puteri hatiku.. Zahin Syaqireen. Sebulan lalu aku telah selamat melahirkan Zahin Syaqireen secara pembedahan kecemasan. Tepat jam 3.44 pagi tangisan seorang bayi kedengaran di dewan pembedahan Hospital Sultanah Aminah JB menandakan kehadiran insan yang ku tunggu kedatangannya. Tak tergambar perasaan sebaik tangisan itu berkumandang. Syukur.. syukur dan syukur.. aku rafakkan kepada Yang Maha Pencipta kerana menghadiahi aku kurniaan yang tak terhingga ini. Terngiang2 lagu Johnson & Johnson dendangan SalamiahHassan di telinga sebaik melihat Zahin buat pertama kalinya.


'Alam baru menantiku.. berdebar jantungku.  Aku kini ibu.. serba tak kena mulanya.. apabila ku sentuh kulitmu.. kau bergerak membalas.. lantas ku belai mesra.. kau faham ertinya.. itulah belaian kasih sayang.. dan sentuhanku.. kau tahu belaian kasih sayang"

Actually aku telah diarah ke HSA pada 22.5.14 dan dimaklumkannakan menjalani prosedur induce pada keesokannya. Itu adalah berita yang agak mengejutkan sebenarnya kerana aku dah bersedia mental dan fizikal untuk melahirkan secara cesear tetiba bila doktor bgtau aku kena melahirkan secara normal berdebar gaklah rasanya.. huhu.. seaampainya aku di unit saringan dan melalui beberapa proses VE dan CtG tetiba doktor maklumkan yang air ketubanku akan dipecahkan pada ketika itu juga.. sebabnya? Jalan dah terbuka 2cm.. maunya tak terkejut aku apa lagi bila doktor mengarahkan aku masuk bilik bersalin no. 3 on the spot.  Berpeluh beb.. serius! Takut.. teruja.. seram.. excited.. semua bercampur baur tapi memang aku gementar sangat! Pasrah je lah.. naj buat camane kan??


Tanpa berlengah nurse membawa aku ke bilik bersalin menaiki wheel chair selepas meminta aku menyarung uniform pink tanda aku confirm jadi pesakit hospital pada hari tu. Sikit punya cuak aku. Apatah lagi abg Sham masih di luar bahagian kaunter dan tentu2 dia x tau aku dah diarah' untuk bersalin. Selang 15 minit abg sham masuk ke bilik bersalin. Walaupun kami dah bersalaman di rumah dengan emak dan semua ahli keluarga.. sekali lagi aku mohon kemaafan drpd suamiku agar proses bersalin yg bakal aku lalui menjadi mudah. Syahdu rasanya tambah2 bila abg sham kucup dahiku..

Jam 6ptg nurse dah bawak masuk ubat untuk memulakan proses memaksa aku bersalin. Apa ntah nama ubat tu akupun x ingat tapi ia berbentuk cecair dan dicucuk di tangan kiriku. Tangan kanan pulak masuk drip air so susah betul nak gerak. Kwtidakselesaan memang tak dapat aku elakkan.. dengan air ketuban yg x berhenti mengalir.. drip di tangan kanan dan kiri.. bunyi CTG untuk memeriksa kondisi jantung baby.. aduhai.. sabar ajelah.. menjelang jam 10 malam doktor datanf lagi untuk prosedur VE dan pmendapati  keadaan  masih sama. Jalan untuk melahirkan masih 2cm.. so ubat induce ditambah lagi. Kali ni aku dapat merasa kontraksi yang sangat kuat dan sakitnya Allah saja yang tahu! Jam 2 pagi doktor Hidayati datang lagi memeriksa keadaanku dan nalangnya kondisi masih sama! Pintu rahim masih lagi terbuka 2cm aje..



Dek kerana itu pandangan doktor pakar diperlukan segera dan dalam masa 5minit kemudian doktor mengarahkan petugas mempersiapkan aku untuk menjalani pembedahan kecemasan. Sempat aku menjeling jam dinding sebelum contact elns aku ditanggalkan. Jam 2.30 pagi alu diusung ke dewan bedah untuk proses bersalin.. Aku diberikan ubat biusseparuh badan maknanya aku sedar apa yang dilakukan sepanjang prosedur ddijalankan. Segalanya berlaku agak pantas sehinggalah Zahin Syaqireen swlamat melihat dunia ini.. Aku bersyukur selamat melahirkan bayi perempuan yang comel seberat 2.5kg yang aku harap menjadi anak yang solehah dan berjaya.
Alhamdulillah kini Zahin Syaqireen semakin sihat dan gebu. Esok Zahin akan dicucuk setelah sebulan usianya. Harapanku agar anakku ini membesar dwngan baik dan menjadi insan yang taat kepada Allah,  Rasul dan kami ibu bapanya serta membahagiakan kami hingga ke akhir hayat.. Aaminn.. Zahin Syaqireen mummy loves you so much!!


Sunday, May 11, 2014

Happy Anniversary Shamsulizan!

Alhamdulillah.. syukur kepadaNya. 30 April 2014 yang lalu aku dan abang Sham menyambut ulangtahun perkahwinan kami. Walaupun mood dah hampir nak 'out' sebab pagi tu aku kena jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan (dan tunggu sangat lama!) akhirnya kegembiraan dan keterujaan menyambut hari bahagia kami mengubat segalanya.. Hampir setengah hari menunggu giliran, akhirnya selesai pemeriksaan ke atas ku dan kandungan yang mengambil masa tak sampai 10 minit! Aduhhhh.. Memandangkan mood dah mula nak spoil, abang Sham mengajakku menikmati makanan tengahari (brach sebenarnya..) di Restoran ZZ Mahmoodiah JB. Apa lagi.. pastinya mi rebus tulang menjadi juadah istimewa kami pada hari tersebut.


Usai makan tengahari, kami terus ke Hotel Thistle JB. Nasib baik la hotel ni letaknya cuma di belakang restoran so tak payahlah kami dah pusing jauh2 sebab aku dah mula x larat dah.. Maklumlah bila berbadan dua ni aku cepat betul penat & semput hehe.. Mujur juga bilik telah kami tempah minggu lalu so urusan check in pun sangat la mudah... Menggunakan keistimewaan ku sebagai penjawat awam, diskaun yang diberikan memang sangat istimewa dan berpatutan.. Tanpa melengahkan masa, langkah kami ayun ke bilik yang disediakan. Sebaik melangkah masuk.. alangkah terujanya kami melihat dekorasi bilik yang dihias istimewa buat kami seolah-olah diraikan sekali lagi bak raja sehari.. 

Beberapa minit berselang, kakitangan hotel membawakan sebiji kek coklat istimewa sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami. Memang mengujakan! Tak terlintas di fikiran bahawa sambutan ulangtahun perkahwinan kami sebegini istimewa! Dahlah kek 3 layer tu sedap.. besar plak tu.. hehe.. Malam itu, kami menempah makanan dari bilik hotel kerana malas nak turun, Makanan yang dipesan pun simple saja bunyinya tapi hidangannya cukup kelassss.. Memang hepi betul kami berdua bila menerima layanan sebegitu. Rasanya di kebanyakan hotel kami menginap, belum pernah ada layanan seistimewa di Thistle (bukan promo ni tp realiti tau!)

Keesokan pagi, kami turun bersarapan awal. Maklumlah 1 Mei merupakan cuti umum so kalau lambat nanti tetamu hotel lain pasti akan memenuhi ruang makan. Mestilah x syok nak menjamu selera ye tak? Usai bersarapan, kakitangan hotel, En Azrai memberikan kami sepotong kek keju istimewa sebagai hadiah anniversary kami.. siap ada sekuntum bunga ros merah lagi.. wahhh ini memang layanan kelas pertama ni! Memang kami sangat teruja dan sangat gembira sepanjang menginap kat hotel ni. 



Buat suami yang dicintai abang Shamsul Kamal bin Jamaludin, terima kasih sayang atas perhatian dan cinta yang dicurahkan kepada Izan.. Semoga cinta dan kasih sayang kita kekal mekar dan berpanjangan hingga ke jannah. Sesungguhnya hati dan kasih sayang ini ku nukilkan hanya buatmu. I love you so much! Mmuuaaaahhhh!!