Sunday, November 28, 2010

Hijab Kekasih

Dua tiga menjak ni, jiwang tahap gaban aku kembali menjadik pengunjung setia. Sambil baca buku & menghapal formula menjawab soalan exam pun masih sempat lagi aku melayan blues. Macam org lain.. aku memang suka muzik. Satu daripada hiburan yg tak pernah membosankan bahkan menjadi peneman setia setiap kali aku dilanda kebosanan. Mendengar muzik pada aku boleh menghilangkan tekanan dan adakalanya mencipta kedamaian yang sukar aku gambarkan dengan kata2.. Ia juga merupakan satu daripada multiple intelligence manusia yg boleh dikembangkan (memetik kata2 Howard Gardner, 1999). Setiap kali mendengarkan lagu2 yang berkumandang di udara, aku pasti akan menghayati bait2 kata yang dilontarkan oleh vokalisnya.. Aku dapati ada banyak lagu yg mempunyai lirik yang mudah difahami dan terus kepada maksud yg nak disampaikan (straight to the point). Ada juga lagu yang sarat dengan maksud tersirat, bermelodi indah dengan lirik puitis yang perlu difikirkan dengan mendalam maksud dan konotasi yang hendak disampaikan kepada khalayak pendengar. Tak kisahlah, sebab aku suka lagu2 puitis.. lebih2 lagi tika dan saat ni. Lagu2 syahdu syahdan yang menyentuh jiwa pasti membuatkan air mata ini mengalir jatuh ke dalam hati. Dalam banyak2 lagu yang sering terngiang2 di minda, lagu seniman tersohor M. Nasir berjudul Hijab Kekasih sering menjadi peneman setia. Bagi aku, lagu tu memang puitis dan sarat dengan mesej tersendiri. Macam2 tafsiran boleh diinterpretasikan daripada lirik lagu yang sangat gemalai melodinya tu. Kecintaan kepada Yang Maha Pencipta atau rasa cinta kepada insan yang sukar dilafazkan dengan luahan kata2 ternyata memberikan kesan mendalam kepada aku. Bila mendengar lagu ni berirama menjadi halwa telinga, ingatan aku pasti akan terarah kepada adik2 kembarku - Aa & Mie. Bagai terdengar2 merdu suara Aa melagukan lagu ni dengan iringan petikan gitar Mie time2 hujan turun. Alangkah syahdu.. alangkah rindu.. dan kerinduan yang bertamu semakin menggebu setiap kali aku terkenangkan sahabat yang sering 'menghadiahkan' aku dengan lagu2 yang menghantar makna tersendiri yang kerap membuatkan jiwaku bercelaru...Hmmm... sampai bila agaknya aku nak jadi macam ni. Layannnnn... :(

Friday, November 26, 2010

Sabar Menanti

Alhamdulillah... usai sudah paper YXGA 6016 pagi tadi.. Ini bermakna cuma tinggal dua paper je lagi sebelum aku bercuti sebulan sementara menantikan semester berikutnya. Lega rasanya... lafaz kesyukuran aku panjatkan kerana setakat ni apa yg kami bincangkan dalam diskusi ilmiah kami tu 'mengena'. Setakat hari ni aku dah boleh la tarik napas panjang dalam2 dan hembuskan (kalau tarik napas tak hembus alamat mati lemas laaa..) pelan2 tanda traffic jam dlm kepala dah makin kurang sesaknya. Hari ni jugak aku rasa gembira sebab Suji dah mula menulis blog buat kali pertama. Lebih cenderung kepada penulisan ilmiah (tak macam aku yg suka merapu je), blog Suji bakal memuatkan penulisan laras akademik yg sarat dengan info dunia pendidikan. Aku berharap semoga Suji terus istiqamah dan berjaya mengembangkan bakat penulisan yg ada padanya tu.


Letihnya rasa badan.. kepala aku pun asyik berdenyut je menyebabkan aku susah btol nak melelapkan mata beberapa malam ni. Susah2 sangat aku telan ubat batuk yg aku amek dari PPUM aritu utk membantu melenakan mata yg keletihan ni.. Abis camana? Kalau asyik jadik burung hantu je aku risau lak akan tersengguk2 mengantuk dalam dewan peperiksaan nanti.


Tak sabar rasanya menunggu 1 Disember - paper terakhir semester ni. Macam2 rancangan dah berbaris menunggu giliran dalam fikiran aku ni. First sekali, aku akan ke Melaka menghadiri persandingan sahabat baikku di zaman persekolahan, Radzuan (Wan) & Nazarith. Wan memang sahabat baik yang sangat aku sayangi. Seperkara yang kengkawan lain tak pernah tau, Wan pernah jadik 'posmen' aku tatkala zaman cinta monyet masa di bangku sekolah dulu. Hehehe.. Rahsia 'percintaan' aku memang la sumernya ada dlm poket Wan. Hahaha.. Dan sesungguhnya aku memang tertunggu2 majlis Wan ni dan bersyukur aku diberikan peluang menghadiri majlis persandingannya 4 Disember ni. Mudah2an tak de aral utk aku ke sana dan moga2 masa majlis tu nanti aku berpeluang untuk jumpa semula ngan kengkawan sekolah rendah yang aku rindui. Majlis Wan ni secara tak langsung akan jadik port untuk majlis reunion kami la nanti hehe... :)

Abis majlis di Melaka, maka 'terbang' la aku ke Kuching bertemu Juspine, sahabat yg sentiasa aku rindui... Tunggu kedatangan aku di bumi kenyalang yea Pine.. So buat kengkawan yg masih memerah otak dan bersengkang mata study dengan penuh iltizam utk lulus cemerlang dalam peperiksaan nanti, selamat berjuang... Mudah2an kita lulus cemerlang dan dpt keputusan terbang yg berwarna warni (flying colour result) hehehe.. All the best to all of us! :D

Monday, November 22, 2010

Kabut Serangkai Mawar


Di saat2 genting menghadapi peperiksaan ni, sesekali terasa agak bosan jugak bila dok asyik menatap buku dan nota yg bertimbun tersusun atas meja study ni. Satu cara yg best utk melarikan diri seketika daripada rutin harian ialah dgn menatap 'muka buku' kengkawan sbg satu cara melepaskan tekanan. Pastinya gambar2 flora garapan Dr Ismail yg aku cari sbg halwa mata.

Semenjak beralih angin ke tanah tinggi Cameron ni, Doc Mael lebih cenderung memfokuskan lensanya kepada bunga2an nan indah berseri di pergunungan yg damai tu. Sesekali terkesima dan terpesona juga mata menatap wajah2 ayu sang bunga di sebalik bidikan lensa tuan doktor ni. Banyak2 bunga mata aku memang mudah tertancap kepada kecantikan bunga ros atau mawar. Meskipun berduri, semerbak aroma bunga pujaan ku tu memang sentiasa memikat hati.

Warnanya yg bervariasi tidak berupaya mengundang jemu daripada bertandang ke ruang hati yang sering tenggelam dengan keserian yg memukau mata dan membolos hijab fikirku ini.. lantas membangkitkan semarak jiwa yang kacau ni untuk menjadi pencinta yang setia.. Pencinta bunga lah! Hehehe... Ni antara bunga yg aku kidnap (dengan izin) Doc Mael utk aku kongsikan dengan khalayak pembaca.. Enjoy yourself..

Perjuangan Baru Bermula

Tadi aku baru je selesai 'berjuang' sedaya upaya di medan peperiksaan bagi paper pertama YXGA 6103 - Kaedah Penyelidikan & Statistik Untuk Pengetua di Bilik Seminar 2, Institut Pengajian Kepengetuaan UM. Bersama rakan2 sepengajian, kami berhempas pulas menjawab soalan2 yang dikemukakan selama 3 jam mulai jam 9.00 pagi sampai la 12.00 tgh. Penat gak la menggoreng apa2 yg patut utk menjawab soalan2 tu.. Alhamdulillah hampir 70% soalan yang kuar tadi sama dengan perbincangan yang dah kami jalankan sekaligus membuktikan tak sia2 usaha kami berempat kali ni. Two heads are always better than one maaaa... hehe... Ditambah dgn msg2 yg aku terima sejak seawal pagi daripada keluarga dan kengkawan, terasa berkobar2 nak buat yg terbaik dalam exam kali ni. Esok takde paper so boleh la aku rest sambil ulangkaji bahan untuk paper Prof Datin Rahimah (Teori & Penyelidikan dalam Kepimpinan & Pengurusan) Rabu ni. Esok gak SPM akan bermula, maknanya Aiman adik bongsu kesayanganku akan memulakan misi dan perjuangannya bertarung di medan peperiksaan. Selamat berjuang Aiman.. Doa kakak akan sentiasa mengiringi dari kejauhan ini. Salam sayang selalu buat adikku.. Let's do it!

Friday, November 19, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Entah kenapa dua tiga menjak ni perasaan aku mula tak tenteram. Nak kata aku risaukan exam yg semakin menghampiri tak jugak.. Walaupun banyak lagi topik yg aku lom khatam, tu bukan masalah besor memandangkan kekuatan study group yang menjadi tulang belakangku. Hati ini kadang2 jadi tak tenang akibat sering diasak dan dijentik dengan persoalan2 yg menduga fikiran & kesabaran. Seringkali juga rentetan perjalanan hidupku yg berliku menjadi topik perbualan yg tak berkesudahan. Sudah sudahlah.. aku sedang mengukir bahagia dlm hidup dgn cara aku sendiri.. acuan aku sendiri.. gaya aku sendiri.. and that's it. Susah sangatkah untuk menerimanya? Kalau kehadiranmu hanya sekadar ingin menguji kekuatan hati aku... silakanlah tapi malang sekali aku tak berminat menyambut kehadiranmu itu dgn hamparan permaidani merah sbg tanda penerimaan. Nasihat aku.. usah dicalarkan perasaan kasih insan yg sentiasa mendambakanmu hanya kerana aku. Tak berbaloi bermain dengan api kerana kelak ia akan membakar dirimu dan dirinya.. Biarkan aku mencipta bahagia dan melepaskan semalam dgn penuh ketenangan demi esok yg entah apa corak dan warnanya.. Persoalan kasih, sayang dan rindu.. biarlah ia berlalu dan hilang dlm dakapan waktu. Terima kasih...

Sunday, November 14, 2010

Cuti Dalam Cuti


Semenjak balik ke UM Rabu lalu, aku agak sibuk dengan stadi (dan stido). Maklumlah, exam makin lama makin menghampiri. Group discussion bersama Sujirah, Kak Rosmahwati & Kak Siti Aida memang banyak menyuntik semangat belajar yg makin lama makin suam2 kuku ni.. hehe.. Perbincangan dan perdebatan tentang topik2 yg dipelajari sepanjang semester ini bersama2 rakan sepengajian sememangnya lebih hangat daripada biasa. Tak sia2 la aku korbankan cuti 3 minggu dgn kembali ke UM utk persediaan awal menjelang peperiksaan. Alhamdulillah, sehingga entri ni aku nukilkan, kami dahpun berjaya menyudahkan ulangkaji topikal utk dua subjek terawal.


Hari ni Ahad - hari minggu yg agak membosankan. Nak mengadap buku rasanya dah naik jemu jugak so kami amek keputusan utk OFF drpd study. Sebaik jam menginjak ke angka 11 aku ajak Sujirah keluar... hilangkan stress. Lokasi pertama - Hospital Serdang. Aku ajak Suji menziarah jiran lama aku di TSP JB, Tn Hj Arif yg baru je menjalani pembedahan jantung kat sana awal bulan ni. Menjejak hospital yg sangat cantik dan selesa tu, aku menarik nafas kelegaan bila berjumpa Pak Arif dan Kak Ina, anak bongsu beliau di tingkat 6 Wad D. Syukur, pembedahan Pak Arif berjaya dan beliau kelihatan sihat dan dah boleh berjalan2 sekeliling wad. Mak Mon isteri Pak Arif tiba tak lama lepas tu. Melihat wajah Pak Arif, aku disapa rasa terharu seketika - lantas ingatan aku kpd arwah abah aku lontar jauh2.. Pak Arif memang baik dan mesra dgn abah. Maklum.. kami dah lama berjiran di TSP. Mak Mon pun sama... selain rakan berterawih aku dan emak, Mak Mon merupakan 'anak murid' emak yg paling setia (emak merupakan guru Al-Quran utk org2 dewasa di TSP).


Keluar dari hospital aku terus menghala ke lokasi kedua - Putrajaya. Lama dah sbnrnya aku janji nak bawak Suji makan kat Tmn Warisan Pertanian tp masih tak tertunai. Last sekali aku ke sana x silap aku bulan Mac aritu. Terimbas lak kenangan masa aku bawak Juspine ronda2 Putrajaya sambil amek peluang berjumpa Mie, Miedah & anak sedara kesayanganku, Najwa yg berchoti2 Malaysia. Tercapai gak hasrat aku bawak Suji makan nasi ayam kampung & ABC yg enak kat sana. Siap tapau Roti John utk makan malam kami lagi.. hehe.. Selesai solat Zohor di Masjid Putrajaya, kami berangkat pulang... Di tengah2 ujan yg turun lebat bagai dicurah2 tu, tetiba je suhu badan aku menjadik panas, kepala berdenyut2 sakit & tekak ku perit sekali.. Aduhai.. lupa la pulak.. aku mana boleh kena ujan. Demam la sok gamaknya. Hmmm... camane nak memandu balik ke JB Selasa ni..? :(

Saturday, November 13, 2010

Salam Aidil Adha 1431H

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
(Surah Al-Hajj: 36)

Sunday, November 7, 2010

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Aku memang minat dgn teater. Seingat aku minat kpd teater ni mula bercambah masa aku study kat USM dulu. Dah lama dah.. back in 1996/99. Teater pertama yg aku tonton masa tu ialah teater Ashabul Kahfi.. tu la first time aku tau apa tu teater. Yg membuatkan aku rasa kagum dgn pelakon teater selain lakonan mereka yg mantap dan mengesankan ialah cara mereka menghayati watak dan menginterpretasikan watak yg dilakonkan dengan penuh perasaan.. memang hebat bakat mereka tu. Kali terakhir aku menonton teater ialah pada tahun lepas (2009) ketika aku berada di IAB Genting Highlands dengan kengkawan seangkatan. Teater Muzikal Tun Razak yg dipentaskan di Istana Budaya KL tu diarahkan oleh Dato' Rahim Razali dan dibarisi pelakon Rashidi Ishak dan Fauziah Latif selaku teraju utamanya. Wow! Memang kelassss dan mantap! Apa yg membuatkan aku teringat2 dan terpanggil utk tulis ttg teater ni sbnrnya? Hmmm.. Selasa lalu aku balik ke JB. Bila balik umah ni la aku baru berpeluang mengadap 'kotak ajaib' yg menghidangkan bermacam2 rancangan. Best gak sesekali layan tv ni.. Satu daripada rancangan yg menarik perhatian aku ialah P Ramlee The Musical - teater yg memaparkan perjalanan hidup insan seni tersohor tanah air, Tan Sri P Ramlee. Lakonan mantap Musly Ramlee, Atilia, Liza Hanim, Melissa Saila (sekadar menyebut beberapa nama) membuatkan mata tertancap setia kepada skrin tv saluran Astro Citra pagi tu. Sedih dan sayu pulak memikirkan dugaan demi dugaan yg dihadapi oleh seniman agung itu dalam perjuangannya memartabatkan karya yg kini menjadi khazanah negara yg tak ternilai harganya. Menyaksikan dokumentari di saluran History tentang P Ramlee pulak mengundang rasa insaf kepada diri sendiri. Begitu banyak rintangan dan kekecewaan dihadapi beliau dgn penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga entri ni aku nukilkan bagai terngiang2 lagu Senandung Kasih nyanyian Allahyarham P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma di telinga.. membuatkan aku tersenyum sendiri... hehehe.. :D

Thursday, November 4, 2010

Haluuuu Kota Singa!


Dah lebih setahun aku meninggalkan tugas mengajar dan mendidik di sekolah semenjak aku sambung study. Mulai 1 Julai 2009 aku keluar dari SMA mengikuti program NPQEL kat IAB, Genting Highlands kemudian 1 Julai 2010 aku sambung pulak ke UM untuk tempoh setahun lagi bagi menyudahkan master dlm bidang kepengetuaan. Congak punya congak dah lebih kurang setahun empat bulan aku bercuti daripada mengajar. Sepanjang tempoh tu, aku jarang2 sekali menjengah ke SMA. Bukan aku lupa kat kengkawan sumer.. cuma aku segan nak menonjol2kan diri kat sana, entahlah kenapa.. Hehehe.. Baru2 ni aku dipelawa mengikuti rombongan ke Singapura anjuran BPGK. Bagai org mengantuk disorongkan bantal.. aku tanpa berlengah menerima pelawaan Ckg Saadah & geng utk menyertai mereka ke seberang tambak. Maka pada pagi 3 Nov yg permai, berangkat la rombongan cik kiah ke kota singa tu. Zoo Singapura, Masjid Sultan di Jalan Pinang dan Pusat Sains Singapura kami lawati dgn masa yg agak terbatas. Kesimpulannya, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri.. baik sgt dok negara sendiri. Bertambah2 cinta aku kepada negara Malaysia tercinta ni dan semakin bersyukur aku atas segala nikmatNya selama ini.. I am proud to be Malaysian!!!

Keranamu Orkid..


Ahad lalu aku berpeluang ke majlis sambut menantu Profesor Dato' Dr Hussein Hj Ahmad, yg diadakan di Pusat Komuniti, Taman Tun Dr Ismail KL. Pasangan pengantin - Jafny dan Fairoza - diarak ke dewan dengan iringan percussion diketuai oleh Steve Thorntorn. Majlis berlangsung meriah dengan alunan marhaban yg sangat 'manis' dilagukan oleh geng2 IPK yg diketuai oleh Ustaz Ashri Dris dan diserikan oleh tarian oleh pelajar2 SK Puchong Perdana di bawah bimbingan sahabatku, Mahindran. Tak sangka btol 'macha' nan sorg ni berkebolehan melatih penari2 cilik yg menari dengan penuh gemalai dan cantiknya.. Ramai tetamu yg hadir termasuklah Tan Sri KPPM dan isteri. Bertemu secara empat mata dengan Yg Bhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Mohd Dom merupakan satu kenangan yg sukar aku lupakan. Sempat pulak kami mengabadikan kenangan bersama beliau menerusi lensa kamera aku secara spontan.

Di celah2 kemeriahan dan keseronokan majlis yg dihadiri tu, aku takkan dapat melupakan betapa sebenarnya pada masa yg sama aku memendam perasaan terguris yg sangat memedihkan hati. Semuanya gara2 amarah seorang sahabat kepadaku. Bukan soal siapa yg bersalah menjadi persoalan.. yg pasti aku benar2 berjauh hati dengan kata2nya hari itu.. Meskipun kata2 kemaafan diucapkan dan keadaan telah pulih kembali, insiden itu benar2 mencalarkan perasaan. Tak mengapalah, aku akan terus memaafkan dan cuba bertahan serta bersabar dengan apa jua dugaan selagi hayatku masih ada. InsyaAllah... Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu dan kepadaMu jualah tempatku mengadu... :(

Harum Subur di Hati

Aku memang selalu teruja bila bertemu kengkawan lama khasnya masa zaman aku di bangku sekolah rendah dulu. Disebabkan sering berpindah randah mengikut arwah abah yang bertugas di pelbagai destinasi, sekolah aku pun merata2. Berjumpa kengkawan di alam maya (lazimnya menerusi laman maya FB) memang memancing rasa gumbira yg amat mendalam buat aku. Dalam ramai2 yg aku temui, seorang kawan lama yg kuat menyakat dan rajin mengusik, tetiba muncul, bertamu dan mewarnai hari2ku. Bicaranya yang bersahaja dan kelakar memang mencuit hati. Terhibur jugak dengan lawak spontannya sampai rasa mcm nak terguling2 ketawa.. Adakalanya menitis jugak air mata bila bercerita kisah2 silam yg selama ni tersimpan kemas di sudut ingatan. Namun, sayangnya tak sampai berapa ketika, beliau terpaksa 'menghilang' dari alam FB.. Aku pun tak pasti kenapa, namun doaku semoga beliau berbahagia melayari alam kehidupan bersama keluarganya. Sedih juga rasa hati, baru bersua dah hilang pulak sahabatku itu tapi apakan daya... Aku menghormati apa jua keputusan sahabat2ku asalkan ia terbaik buat mereka. Buat sahabatku - Raja (dalam rumah buat kira2.. hehe), sempat aku nukilkan sebuah sajak berbahasa Inggeris sebagai tanda penghargaan dan terima kasihku kepadanya. Sajak tu dahpun aku publish di FB dan netlog bertajuk "Goodbye, My Friend...". Apapun, bagi aku persahabatan kita akan tetap kekal dan abadi sampai bila2.. Friendship remains forever! All the best, my friend!

Lawatan : Putrajaya & Cyberjaya

Khamis tanggal 28 Oktober lalu, aku menyertai satu lawatan yg dikendalikan oleh IPK, UM ke Putrajaya. Lawatan ini merupakan satu daripada program khas di bawah penyeliaan Dr Suriamoorthy a/l Kannan bagi subjek YXGA 6106 - Pengurusan Kurikulum dan Pedagogi. Seramai 60 orang pelajar mengikuti program lawatan ke Bahagian Perancangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Di BPK, sambutan mesra Pengarah BPK dan para pegawai menanti kami. Dihidangkan dengan nasi lemak dan nescafe panas yg enak, sesi perbincangan rancak dijalankan. Antara yg menarik ialah perkongsian maklumat KPM yg bakal melancarkan KSSR pada tahun 2011 iaitu bagi anak2 yg akan menjejakkan kaki ke tahun satu tahun hadapan.

Selesai sesi di BPK, Putrajaya kami menuju ke Bahagian Tajaan, KPM di Cyberjaya pulak. Nak tau jugak perihal peruntukan RM576 juta bagi biasiswa bagi guru2 yg melanjutkan pelajaran sbgmana yg diumumkan oleh PM sempena belanjawan 2011 yg lalu. Kedatangan kami disambut oleh Puan Zalina dan Encik Azlan, dua orang pegawai unit biasiswa yang sangat2 mesra dan prihatin dgn program Sarjana Kepengetuaan yg kami ikuti ni. Kalau ikutkan rentak suara dan ritma kata mereka, aku rasa kami akan berjaya memperoleh biasiswa utk meneruskan pengajian ni (dah jadik mak belalang pulak laaa... hehe). Maklum la.. biasiswa kami telah dibekukan pada tahun 2010 disebabkan kegawatan ekonomi dan mujur juga pengajian dapat kami teruskan atas ihsan pihak IAB yg bersedia menaja yuran pengajian kami di IPK ni. Apapun aku amat bersyukur atas rezeki yg diberikanNya kepada kami. Buat kengkawan sepasukan dan seperjuangan, mudah2an rezeki kita akan semakin murah dan laluan kita menjadi semakin mudah selepas ni.. Amin Ya Rabbal Alamin...