Friday, March 26, 2010

Ranjau Sepanjang Jalan

Ramai org berkata, semakin jauh perjalanan kita di atas muka bumi ni maka semakin banyaklah pengalaman yang akan kita lalui. Ranjau, onak dan duri yang dilalui setiap insan dalam kehidupan mengindahkan perjalanan menuju gerbang kedewasaan. Aku percaya, setiap orang ada pengalaman dan hikayat hidup tersendiri. Pahit getir dan susah senang yang diharungi memberi banyak pengajaran yang tidak ternilai kepada setiap insan. Kadang2, kita tak perlu melalui sendiri sesuatu kepayahan untuk merasai sakitnya penderitaan, tak perlu merasai indahnya pengalaman untuk menikmati manisnya kehidupan... sebab kita bukan hanya belajar melalui apa yg kita alami tapi kita juga boleh meneladani apa yg ditempuhi oleh orang lain. Jadi, adakalanya sebelum kita melontar butir bicara, ada baiknya kita fikir sematang2nya kewajaran tutur kata yg mungkin bagi orang lain boleh menjadi senjata berbisa untuk 'mencederakan' hati dan minda. Ada ketika kita terpaksa menjadi dian menerangi alam, meminggirkan perasaan sendiri demi kebahagiaan org yang kita cintai... Namun, ada kalanya terdetik juga di dasar jiwa.. alangkah baiknya, andai kita boleh menjadi setegar mentari yang sedia menyinari semesta demi menerangi seisi buana. Entah kenapa, hati aku diruntun kesayuan tatkala dibisikkan ceritera syahdu yang menimpa seorang teman pada petang yang permai ini... Terlerainya dua jiwa yang pernah bernaung dalam mahligai cinta yang dibina, memang amat menyakitkan. Permata hati yang tidak berdosa menjadi mangsa dan akhirnya jadi rebutan. Alangkah sedih dan peritnya bila diri ini cuba aku letakkan selaku anak kecil yang masih belum mengerti apa yang terjadi... Namun aku akur, di sebalik segala peristiwa yang berlaku, hikmah tersembunyi pasti menanti. Sesungguhnya, setiap manusia hanya mampu merancang, Allah juga punya perancangan dan perancanganNya adalah yang paling baik... Apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan! Bersabarlah menempuhi liku2 perjalanan satu episod kehidupan... Buat sahabatku yang sedang lemas dalam gelora lautan air mata, hadapilah segalanya dengan tenang dan hati terbuka. Moga esok menjanjikan sinar kebahagiaan buatmu... Sabar ya..! :(

Saturday, March 20, 2010

Stanza Sepi Sekeping Hati

Hujung minggu memang sunyi kat IAB ni. Majoriti kengkawan balik ke rumah masing2 pulang ke kampung laman mengubat kerinduan setelah seminggu berpisah dgn org yg tersayang. Seperti biasa... aku menjadi penunggu setia yang tetap dan berpencen menemani kengkawan dari Sabah dan Sarawak di sini. Hajat nak balik ke Johor aku benam jauh di sudut hati memandangkan minggu depan kami dapat diskaun dibenarkan pulang. Penyelaras NPQEL, Encik Edaris Abbu Bakri dahpun mengisytiharkan cuti selama 4 hari dan kami diminta mengosongkan bilik untuk Konvensyen PIBG Kebangsaan minggu depan. Macam biasa jugak, aku la satu2nya insan yang bertapa kat tingkat 2 ni... Rasa sunyi semakin menggigit bila malam merangkak tiba. Lepas makan malam, aku pun mengurung diri dalam bilik. Apa agaknya yang nak dibuat...? Menonton tv kadangkala mengundang kebosanan. Maklum la, channel yg ada pun terhad... akhirnya aku hanyut melayan mimpi yang tak sudah. Bila la weekend ni nak berakhir, tak sabar menantikan Mastura (jiran sebilik airku) balik. Ada juga aku teman berbicara dan bertukar2 cerita. Nasib baik la ada Juspine menemani aku hari ni... Sambil melayan rasa syahdu pengantin baru yg terpaksa berjauhan dengan sang kekasih hati, aku melepak2 sambil makan 'amplam' cenderahati daripada Kak Rosni dari Sabah kat lobi asrama ni. Melodi indah dan bunyi2an dari mergastua dan hidupan yg ada di persekitaran IAB ni amat menghiburkan tapi kadangkala boleh mengundang rasa seram dan mengerikan (takottt!!!) Sunyinyaaaa...

Friday, March 19, 2010

Tinggal Kenangan..


Sekadar berkongsi rasa sedih rakan yang setia merakam gambar2 menarik yang menyerikan entri blog ini, aku ingin merakamkan kesedihan atas 'kehilangan' kamera kesayangannya. Sebagai peminat setia yang sering teruja dengan paparan menarik panorama alam garapannya, aku juga tumpang merasa kehilangan. Kepada insan yang setia memotretkan nuansa alam sepanjang perjalanan menerusi lensanya yang dah tak lagi bernyawa, takziah aku ucapkan... Bersabarlah dengan dugaan ini.. Kalau ada rezeki nanti boleh dapatkan kamera yang lebih baik lagi dan berkongsi dengan khalayak yang membaca. Sabar ye...?

Thursday, March 18, 2010

Senja Nan Merah




Bila berada jauh dari bumi kelahiran dan menjadi perantau kesepian, sesekali jiwaku terusik bila melihat keindahan ciptaan Maha Kuasa. Sepanjang perjalanan meredah kehidupan sepanjang usia ini, keindahan panorama alam memang acapkali berjaya mengharukan hati. Matahari, bulan dan bintang memberikan impak besar dan mendalam dalam diari hidupku. Melihatkan keindahan sang suria terbit di pagi hari dan menyaksikan terbenamnya mentari pada saat senja melabuhkan tirainya, hati dibuai rasa sayu yang sukar digambarkan kata2. Indahnya ciptaan Allah swt tidak terzahir walaupun dengan kata yg paling indah di dunia... Menatap wajah alam dilatari kirmizi senja nan merah di dada langit dan dihiasi pula dengan bot nelayan di pelabuhan nan sepi amat mendamaikan. Kepada sahabat yang setia memotretkan wajah2 alam sebagai tatapan, jutaan terima kasih aku rakamkan sebagai tanda penghargaan. Kalau ada kesempatan merakam wajah2 alam, sudi2kanlah kongsi bersama ye...

TERIMA KASIH DAUN KELADI!!

Wednesday, March 17, 2010

Kembali Ke Pangkal Jalan - IAB

Perasaan lega dan gembira bercampur baur seusai program sandaran yang memakan masa hampir 6 bulan di sekolah sandaran. Pada pagi Ahad nan hening aku memulakan perjalanan pulang ke kota keriangan Genting Highlands meneruskan pertapaan untuk melengkapkan fasa pertengahan dan fasa berterusan kat sini. Alangkah gumbiranya hati sebab dapat bertemu kengkawan dan geng2 NPQEL semula. Perasaan sedih kerana meninggalkan keluarga dan sahabat2 setia terubat juga apabila bersua dengan rakan2 seperjuangan yang riuh bercerita pengalaman bersandaran (dan tersandar) di sekolah masing2. Punya la excited masing2 bercerita sampai tak tau sape nak dengor sape citer... so spt biasa aku yg paling muda ni laaaa (dan paling pendiam antara sume yg ada ni hehe) yg menjadik pendengar setia cerita rakan2 yang pelbagai versi tu... hehe.. Keadaan yang sejuk berkabus akibat hujan lebat pada malam tu, ternyata tak berjaya menghentikan keterujaan kitorg bercerita.

Citer yang paling meletop sudah pasti berita gempar dari Bumi Kenyalang. Berita perkahwinan heroin Iban terakhir K4 yang juga sahabat baikku Jusphine yang menemui cinta sejatinya secara ekspres sepanjang tempoh sandaran memang mengejutkan ramai taulan... Sah la sudah Jusphine kini bertukar status dan kini digelar Puan Bonny secara rasminya... Tahniah Phine, doa kami semoga bahagia mengiringi kehidupanmu hingga ke akhir nyawa... Selain Puan Bonny, K4 juga meraikan kegembiraan atas pertunangan merpati dua sejoli iaitu mantan penghulu K4, Encik Mohamad bin Jauhari dan pasangannya Cik Rosni Ruddin. Mudah2an time nak makan nasik minyak sok kirorg sumer tak dilupakan...ehem..ehem..

Kuliah dahpun bermula... keadaan agak 'haru biru' (kaler2 yg lain blom kuar lagi) bila kengkawan sekumpulan mula tertanya2 tentang status utk ke UM. Antara soalan2 cepumas yang keluar termasuklah, adakah kitorg ni ada 'can' menyambung perjuangan di universiti tertua negara ni memandangkan KPM dah menangguhkan pengajian utk thn ni..? Apakah setakat ni je langkah kaki kitorg? Takde ke cara lain utk membantu kitorg menuju puncak (dah macam AF pun ada!).. macam2 persoalan bertimbal balik dalam minda dan tak tau camane nak merungkainya asbab IAB pun x memberikan kata putus lagi setakat ke tika dan saat ni. Situasi agak 'hangat' bila isu ni ditokok tambah pulak dengan pelbagai versi cerita dari pelbagai sumber yang diragui kesahihannya. Angin2 yang membawa perkhabaran pun tak kurang kencangnya seiring dengan kabus tebal dan suasana sejuk yang menyelimuti kedinginan kat sini... Apa2pun aku mengharapkan agar segala persoalan akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik dan bukannya 'terbalik'.

Minggu ni agak syok sket coz subject yang diketengahkan adalah subject ICT yang rasanya agak menarik. Baru hari kedua kitorg dah diberikan buah tangan untuk dibawa balik berupa assignment penyediaan manual oleh Mr Liew. Bagi kengkawan yang masih belum menyiapkan laporan sandaran sepenuhnya, sudah pasti masa yang ada dimanfaatkan sebaik2nya untuk melengkapkan laporan untuk dihantar kepada penyelia masing2. Yang penting tepat 31 mac 2010 semua laporan kena submit utk dinilai oleh coordinator pembimbing...


SELAMAT BERSUA KEMBALI!!!

Tuesday, March 9, 2010

Sandarkan Pada Kenangan

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku berada di SMA untuk mengikuti program sandaran bagi melengkapkan program NPQEL anjuran IAB, KPM. Tak dapat aku nafikan betapa gembira dan terujanya aku nak menamatkan sesi yang sangat panjang ni... 6 bulan aku kira bukan satu jangkamasa yang singkat. Masuk hari ni, dah seratus enam hari aku bernaung di bawah redup bumbung SMA yang damai ni (hehe...dok kat Bilik Media yg ada air cond memang la nyaman!). Kesemua 3 projek dahpun dijalankan tapi sampai ke tika dan saat ni (masa aku menaip ni) laporan program masih jugak tak siap2 lagi... Tu yg membuatkan tidur aku selalu tak lena dan makanan tak terdaya nak ditelan... Aduhaiiii...
Di celah2 kesibukan aku menyiapkan tugasan yang dibekalkan pihak IAB, ada jugak beberapa perkara menarik yang meringankan beban di bahu ni.. Selain pertemuan semula aku dengan rakan2 sekolah yang hampir 20 tahun terputus hubungan melalui laman sosial FB yang memang berjaya menyerikan hidupku - yang tatkala itu dirundung kesedihan, hidup aku diwarnai dengan kehadiran seorang rakan 'maya' yang aku temui secara tak sengaja di laman Skype. Ini bukan cerita kasih sayang uda dan dara, jauh sekali kisah merpati dua sejoli yg asyik masyuk bercinta... cuma kisah biasa sebuah persahabatan yang berjaya 'menghidupkan' semangatku yang hampir pudar nyalaannya. Persahabatan yang dijalinkan tanpa menetapkan syarat dan sempadan masa. Sembang2 pun bukan omongan kosong dan merapu semata2, cuma adakalanya diselitkan juga gurauan yang tidak melanggar susila dan budaya. Kehadiran rakan maya nan satu ni tak la sampai mewujudkan istilah 'teman tapi mesra' cuma kehadirannya memang aku rasa...


Selain rakan maya yang banyak memotivasi dan menginspirasi, aku terkesima dengan kegigihan seorang sahabat yang begitu memuja keindahan alam ciptaan Ilahi (aku pernah menyebut tentang sahabatku itu dlm entri2 lalu)... Dari lensa kameranya, terakam banyak panorama indah yang menginsafkan aku kepada keagungan Maha Pencipta. Aku sangat terharu dan berbesar hati kerana acapkali diberi kesempatan menulis komentar untuk wajah2 alam yang dipotretkan - walaupun aku bukanlah org selayaknya berbuat demikian... terasa diri betul2 dihargai. Wajah2 sang mentari, titisan embun di pagi hari, pemandangan indah di Tasik Chini, flora dan fauna yang berwarna warni, terasa dekat di sanubari... Biasalah disebabkan aku ni spesis jiwang tahap gaban, setiap yang dirakamkan tu memberi kesan yang sangat mendalam. Sensitiviti dan apresiasi yang didedikasikannya kepada alam yang indah terbentang ini, menyedarkan aku bahawa alam yang sangat luas ini adalah lagu, puisi, syair, lukisan dan ukiran yang menyimpan pelbagai misteri dan rahsia yang tersendiri. Nampaknya sekarang dah menjelang dinihari, assignment aku banyak lagi ni tapi aku dah merapu ke sana sini... Tidurlah sekejap, mana la tau ilham mencurah2 datang dalam mimpi... Zzzzzzzz...

Monday, March 1, 2010

Dia Datanggg!!!

Langkah demi langkah yang diatur rapi itu semakin mendekat dan kian menghampiri. Jantungku berdegup pantas dan semakin kencang. Tanpa dapat dikawal, peluh sejuk mula membasahi sekujur tubuhku. Renungan pemilik seraut wajah manis bermata bundar itu sedikit pun tak dapat menenangkan jiwaku yang kacau. Lunak suaranya melontar kata juga tak dapat menenteramkan hatiku yang meronta keresahan.

Suara itu memang merdu bagai halwa telinga yang mendamaikan, namun entah mengapa teramat aku geruni. "Nama-nama yang disebutkan, sila ke bilik rawatan sekarang..." Satu demi satu nama terpacul dari bibirnya yang merah hingga akhirnya... "Zahizan Hasrin!!"... Bagai halilintar membelah bumi, suara itu menghentikan lamunanku yang panjang. Alamak... kenapalah aku tak pengsan aje masa ni..? Hati kecilku menjerit2 minta diselamatkan. Matilah aku sekali ni....!
Dengan langkah gontai longlai dan lutut terketar2 aku akur menurut langkahnya menuju ke lokasi yang diarahkan... Di sana, sorang lelaki berjubah putih sedia menanti. Aku diarahkan duduk dan bermulalah misinya 'menyelamatkan' harta yang aku sayangi... Abislah gigi aku!!! Huhuhu!!! Selesai rawatan, maka berakhirlah "azab sengsara" aku pada hari tu... Fuh... leganyaaaaaa tak terkata!!! Itulah kenangan yang tak dapat aku lupakan selama hayat dikandung badan.
Sesungguhnya detik2 dipanggil oleh jururawat pergigian sampailah menerima rawatan daripada doktor gigi memang cukup menggerunkan aku sejak zaman budak2 sampailah dah tua renta skg ni... Hahahaha... apa nak jadik ni??? :P