Thursday, March 31, 2011

Mini Karnival Idea 2011


Penat, pening, lepak dan letih... jelas terlukis di wajah mahasiswa Sarjana Kepengetuaan sepanjang minggu ni. Apa tidaknya, usai program Khidmat Komuniti di Paya Jaras, Sg Buloh kami bergegas pula dengan persediaan Mini Karnival Idea untuk paper YGA6108 (Pengurusan dan Pembangunan Diri Pelajar). Mengetengahkan 3 konsep utama bagi setiap booth pameran, kami diminta bersedia dengan idea masing2 mengenai konsep bilik darjah futuristik, program bagi remaja hamil dan konsep menghijaukan bumi (Go Green). Memang penat.. hampir setiap hari aku tido lewat hingga ke dinihari memastikan persediaan karnival berjalan sptmana yg dirancangkan. Kalau hari2 macam ni alamat pucat lesi la muka aku menjelang hari bahagia aku nanti... Hmmm... Spt biasa, aku bertugas selaku MC bagi majlis perasmian yg disempurnakan oleh Master Trainer Dr Christopher Wong, CEO Perfection The Training Academy. Memang letih.. dan tambah meletihkan bila karenah rakan2 sekumpulan mula menyebak dan menyebalkan perasaan. Biasalah.. bila dah penat masing2 mulalah meragam.. Ada aje la yg tak kena kat mana2.. Elok2 nak berkarnival, sudahnya masing2 hampir menjadi 'canibal' hehehe... Apapun, sekalung tahniah dan syabas kepada sahabat baikku, Ustazah Siti Aida Ibrahim selaku Pengerusi Program Mini Karnival Idea 2011 kerana berjaya merealisasikan projek terakhir ni dengan hebat dan penuh warna. Buat sahabat2 mahasiswa Sarjana Kepengetuaan IKP UM, syabas atas kerja kuat kita semua. Lepas ni nampaknya boleh la kita pulun menyiapkan deretan assignments yang perlu diselesaikan sebelum peperiksaan berlangsung.. Tapi sebelum tu, rehat la secukupnya dan rehatkan minda seketika.. Chaiyokkkkk!!!

Monday, March 28, 2011

Rumah Kasih Harmoni


Wajah anak2 itu ceria.. Tersungging senyum manis yang dilemparkan tatkala menyambut kedatangan kami pada pagi Sabtu, 26 Mac 2011 yang ceria itu. Dari raut wajah mereka yang tidak berdosa, jelas terpamer kegembiraan apabila dilawati oleh kumpulan mahasiswa Sarjana Kepengetuaan, IKP seramai lebih 40 orang. Kehadiran rombongan bersama Pengarah IKP dan ADUN Paya Jaras, YB Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor menambahkan lagi keceriaan yang bertamu. Namun, di sebalik senyuman dan jernih bebola mata mereka yang aku tatap satu per satu itu, jelas terpapar raut kesayuan dan kesedihan dalam diri mereka. Rumah Kasih Harmoni ~ rumah anak yatim dan asnaf yang terletak di Kampung Paya Jaras, Sg Buloh Selangor itu diuruskan oleh seorang anak muda bernama Encik Jamaludin Abu Bakar. Sentiasa melemparkan senyuman kepada semua, anak muda ini tabah menguruskan dan menghadapi pelbagai karenah seramai 67 orang anak2 berusia 3 hingga 16 tahun di rumah ini dengan bantuan beberapa orang staf yang merupakan sukarelawan. Menghabiskan masa seharian bersama anak2 kecil ini, hati diruntun kesayuan yang tidak terbendung melihat anak2 ini ketawa dan bergembira bersama kami lewat aktiviti yang disertai. Pegangan erat tangan Iman (3 tahun), Era (6 tahun) dan Along Akmal (6 tahun) yang setia 'mengekori' ke mana saja aku pergi petang itu, masih hangat aku rasakan. Tawa manja dan keletah mereka terngiang2 di telinga dan menari2 di birai mata.. Lukisan2 mural yang terlakar di dinding asrama adalah antara kenangan yang dipahatkan sebagai kenang2an buat anak2 kecil itu tanda kami pernah bersama mereka meskipun hanya seketika. Buat anak2 ku di Rumah Kasih Harmoni, akan ku titipkan doa kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan buat kalian setiap hari dari kejauhan ini. Buat Encik Jamaludin, Kak Ina, Encik Azam dan semua staf Rumah Kasih Harmoni, doa kami sentiasa mengiringi usaha murni kalian mendidik dan membesarkan anak2 yang tidak berdosa ini menjadi insan berguna dan diredhai Ilahi selamanya. Rumah Kasih Harmoni ~ kenangan diabadikan sebagai ingatan sepanjang zaman... Salam kasih buat semua..!

Thursday, March 24, 2011

Malam Suara Serumpun


Hebat & seronok! Dua perkataan itu sebenarnya sudah cukup menggambarkan betapa bestnya program Majlis Makan Malam Suara Serumpun UM~UNG yang berlangsung penuh meriah pada 23 Mac 2011 semalam. Bertugas selaku pengacara majlis bersama pasangan pengacara yang sangat komited dan kreatif ~ Encik Mohd Yusop Md Zain, tugas kami menjadi semakin mudah dan lancar dengan adanya komitmen padu daripada krew di bawah penyeliaan En Zaharul Ariffin Md Zin. Majlis makan malam ini dihadiri oleh YBhg Prof Dato' Jamil Maah (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UM), Prof Hamzah Abd Rahman (TNC Penyelidikan & Inovasi UM), Prof Welly Pangayow (Ketua Delegasi Universitas Negeri Gorontalo, Sulawesi, Indonesia), Prof Marohaini Yusof (Pengarah Institut Kepimpinan Pendidikan UM), para pensyarah, mahasiswa UNG & IKP serta staff2 IKP. Majlis bermula agak formal dengan ucapan YgBhg Prof Dato' TNC disusuli makan malam dengan juadah enak dengan beraneka menu di atas meja. Sebagaimana lazimnya, MC tengok ajelah dari jauh kengkawan beratur dan makan kerana tuntutan tugas yang masih belum selesai. Nak buat camane.. dah tugas beb! Dalam sibuk2 mengurus acara tu, masih sempat lagi aku menikmati segelas minuman 'punch' yang sangat menyegarkan.. Yang mengharukan, tetiba sahabatku Nazri datang menghulurkan sepiring buah2an. Thanks Naz! Terharu rasa bila diri diingati oleh rakan2.. Membuka tirai acara persembahan, kumpulan mahasiswa dari UNG hebat mempersembahkan paket seni dengan gemalai tari sarunde dan nyanyian yang memaku perhatian audiens di Dewan Banquet, IKP itu. Ternyata rakan2 dari seberang memiliki bakat nyanyian yang hebat dengan lontaran vokal yang amat lunak didengar. Aku dapati sahabat2 UNG memang patriotik sekali. Dari alunan lagu2 yang diperdengarkan, jelas sekali kekentalan semangat nasional mereka kepada tanahair meskipun mereka berada beribu batu jaraknya dari bumi Indonesia.


Paling ditunggu2 pastinya persembahan dari kumpulan mahasiswa IKP bertemakan 'Pesan Anak Laut' di bawah pimpinan Zaharul. Bangga menyaksikan kemerduan lenggok suara Zaharul mengalunkan nazam, deklamasi puisi penuh tenaga oleh Munshi IKP ~ Encik Ahmad Kamal dan lontaran vokal Lee (macam penyanyi profesional!), Cikgu Mazlan & Jack. Paling mengasyikkan sudah pasti persembahan Ckg Ashri Dris yang mendendangkan lagu "Burung Kenek Kenek" dengan paluan kompang yang bersahaja namun berjaya mencuri perhatian hadirin pada malam itu. Terima kasih kepada Ckg Ashri kerana 'menujukan' satu rangkap lirik Burung Kenek2 yang terakhir kepadaku... hehehe.. Debaran menyelesaikan assignment mengacarakan majlis tersebut hilang lenyap tak berjejak seusai majlis malam itu. Genggaman erat tangan Prof Marohaini, Pengarah IKP disertai ucapan tahniah beliau dan Yg Bhg Prof Dato' TNC secara peribadi di atas kejayaan mengacarakan majlis malam itu sangat mengharukan aku dan cikgu Usop. Alhamdulillah.. tugas yang kami galas nampaknya berjaya dijalankan dengan jayanya. Semuanya hasil usaha dan tungkus lumus krew yang berjaya merealisasikan Malam Suara Serumpun sebagai pengalaman manis yang akan dikenang sebaik kaki melangkah meninggalkan IKP menjelang Julai nanti. Buat rakan2 dari UNG, sampai ketemu lagi. Mudah2an kalian sukses dan selamat sampai di bumi Indonesia untuk berkongsi pengalaman di Malaysia dengan sahabat2 di sana. Syabas kepada semua.. dan jumpa lagi!!

Thursday, March 17, 2011

Impian Seorang Nelayan

Dadaku berdebar.. Jantung berdetak pantas.. Turun naik nafas kehibaan kian melemaskan. Dari jauh telingaku sudah menangkap bunyi petikan gitar yang memecahkan keheningan pagi tadi. Lama aku amati bunyi itu.. Sah, memang itulah irama lagu yang membangkitkan kesyahduan ku pagi ini. Air mata yang terasa panas di kelopak, aku tahan sedaya mampu. Merdu lenggok suara Zaharul mengalunkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan Kembara dan M. Nasir diiringi petikan gitar tong itu aku amati. Inilah lagu yang sering aku 'request' kat adik2ku setiap kali mereka bermain muzik di rumah.. Tak pernah menghampakan, adik2 kembarku ~ Aa dan allahyarham Mie pasti akan melagukannya utk aku..

Seakan terngiang2 di telinga, manis suara Aa menyanyikan lagu tu sambil diiringi petikan gitar mereka berdua. Mie main 'bass' dan Aa 'lead'nya. Suara Aa memang merdu.. memang itu hakikat yang tidak dapat aku nafikan. Bukannya mengangkat adikku sendiri. Memang betul! Sememangnya Aa dikurniakan suara merdu yang sering mencuri hati. Tiupan seruling Aa juga sedap didengar. Arwah Mie jarang menyanyi, dia agak pemalu bila disuruh menyumbangkan suaranya. Sesekali bila Aa takde di sisi bermain gitar dan melepak bersama, Mie berlagu juga. Lazimnya aku akan duduk menyibuk dan 'tumpang sekaki' bersama2 mereka.. adakalanya sesekali aku turut men'sumbang'kan suara utk release tension. Masa kami di TSP, bila hujan turun mencurah2 dan kitorg lepak2 di beranda rumah, petikan gitar mereka akan kedengaran.

Hari ni, lagu tu mengingatkan aku kepada adikku yang telah tiada itu.. Kali terakhir aku request lagu tu ialah pada satu petang tatkala hujan turun dengan lebatnya.. Mie baru balik dari pejabat sedang aku baru tiba dari KL. Menghiburkan puteri ciliknya, Wawa yang menangis nak ikut Eman keluar, Mie capai gitar dan mula menyanyi. Mula2 dia nyanyi lagu 'Wajah Kesayangan Hamba' kat Wawa.. Pastu lagu dlm citer School of Rock tu.. entah lagu apa aku tak pasti tapi ada citer pasal Matematik (maths is a beautiful thingggg....kalau tak salah aku la). Aku request lagu tu ~ Impian Seorang Nelayan utk dimainkan. Memenuhi permintaanku, Mie terus memetik gitar dan mengalunkan suara.. Itulah kali terakhir aku mendengar Mie menyanyi.. dan pagi tadi sebaik mendengar petikan gitar Zaharul, semua kenangan bersama allahyarham bertimbal balik dalam kotak ingatan menerbitkan kerinduan buat adikku yang telah kembali kepada rahmat Ilahi. Alfatihah buat Mie.. adik yang amat aku rindui..

Tuesday, March 15, 2011

Kualitatif vs Kuantitatif

Pagi ni kami berkumpul kat Dewan Pendeta, Kolej Ungku Aziz UM untuk sesi seminar pulak. Sesi pertama merupakan seminar kualitatif yang disampaikan oleh Dr Suria Baba, Timbalan Pengarah Akademik IPK. Pada mulanya seminar ni dikatakan akan diberikan oleh Pengarah IPK, Prof Dr Marohaini Yusof. Punyalah aku teruja nak dengar kuliah dari big boss IPK yang cantik menawan tu rupa2nya sesi tersebut diambil alih oleh Dr Suria memandangkan Prof Dr Marohaini ada tugasan lain.. Apapun, seminar yang memperkenalkan software NVivo 9 untuk proses analisis data bagi penyelidikan yang bakal dilaksanakan tu memang menarik. Sayang sungguh sebab bateri laptop aku mati time tu. Aku try gak install program NVivo tapi tak leh nak bukak sebab terlalu besor file dia.. Apa nak buat.. dok dengar je lah sambil mata terkebil2 memandang depan.. Nasib! Sesi petang, kami disajikan pula dengan sesi seminar yang santai dan menghiburkan oleh Dr Chua Yian Piaw bagi kaedah kuantitatif. Gelagat beliau yang spontan dan lucu menghidupkan suasana petang yang hangat. Bagiku, siri 'Surat Cinta Dr Chua' adalah segmen yang paling mencuit hati.. Sekalung penghargaan dan tahniah buat Dr Suria dan Dr Chua di atas seminar yang telah disampaikan. Mudah2an ilmu yang dicurahkan dapat kami gunakan dengan sebaiknya pada masa akan datang. Terima kasih daun keladi.. Sama2 daun pisang.. Hehehe... :D

Monday, March 14, 2011

Salam Nusantara


Hari ni aku keluar agak lewat dari kebiasaan memandangkan aku tak perlu menempuh trafik yang sesak di sepanjang jalan menuju ke IPK. Pagi ni aku menuju ke Kolej Ungku Aziz ~ Kolej Kediaman Ke11 Universiti Malaya kerana menyambut kedatangan delegasi dari Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Gorontalo, Indonesia untuk Program Inbound 2011. Bertugas selaku juruacara bagi Majlis Perasmian Program Inbound, aku melangkah tenang di perkarangan Bilik Mesyuarat Kolej. Ketibaan delegasi dari pusat pengajian tinggi dari Sulawesi Indonesia itu kami sambut mesra dan kami alu2kan dengan tangan terbuka. Sepanjang tempoh berada di Malaysia, pelbagai acara telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa program bagi memenuhi rantaian aturcara bagi meraikan tetamu dari seberang. 27 orang mahasiswa yang diketuai oleh Profesor H. Ansar dan Drs. H. Haris Mahmud ditempatkan di Kolej Kediaman Ke11 mulai 13 Mac hingga 26 Mac 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Profesor Dr Marohaini Yusof, Pengarah IPK. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang direncanakan walaupun 'berasap' jugaklah telinga menahan kesabaran serta menadah bicara sinis dan sindiran penyelaras program yang asyik tak berpuas hati dengan itu dan ini.. Aduhai.. Apapun, salam pertemuan, selamat datang dan ahlan wasahlan diucapkan kepada rakan2 mahasiswa dari UNG ke Malaysia. Mudah2an program ini mengangkat kecemerlangan pendidikan kedua-dua negara ~ Malaysia & Indonesia. InsyaAllah... :)

Saturday, March 12, 2011

Cucur Peneram Jln TAR




Malam ni cuaca cerah dan nyaman... Perut yang lapar semenjak tengahari tadi dah mula mengaum2 mintak diisi. Sengaja aku biarkan semata-mata sebab nak ke pasar malam lepas maghrib nanti. Sejuk cuaca malam dek kerana hujan renyai petang tadi, menemani santai langkah kami ke pasar malam yg terkenal di hutan batu KL yang tak pernah tidur. Pasar malam Jalan TAR sentiasa meriah.. dengan ramainya manusia bersesak2 (termasuk la kami! hehe..), gerai2 yg banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan makanan beraneka kaler dan rasa, memang menarik.. Perut mula berkeroncong mintak diisi. Dalam kemeriahan pasar malam tu, aku amat teruja dan tertarik dengan satu kedai menjual kuih peneram. Panas dan rangup ~ cucur peneram dari Yan, Kedah tu memang sedap! Tak percaya? Cuba laaaa~ :D

Wednesday, March 9, 2011

Lelaki Ini...


Sepanjang hayatku ini, ramai lelaki singgah dan bertakhta di dalam hati ini. Lelaki2 inilah yang mewarnai kehidupan suka dukaku.. Menyinari suram hari2 yang aku lalui.. dan kerana mereka jugalah aku ada kekuatan untuk meniti kehidupan yang penuh ranjau duri ni..


Abah ~ Allahyarham Haji Hasrin bin Anas
Abah seorang yang berdisiplin. Sebagai seorang bekas tentera abah memang amat mementingkan disiplin diri terutamanya masa. Bagi abah, masa tu sama dengan janji. Orang yang tak mematuhi masa samalah dengan orang yang tak mematuhi janji. Biar kita menunggu sebab kita lebih awal daripada org lain, jangan biar orang menunggu kita sebab kecuaian mematuhi masa, nanti kita menyusahkan orang lain. Itu kata abah... Aku ingat dan aku pegang sampai bila2. Namun, dalam perjalanan meniti hidup ini, satu per satu ujian aku hadapi. Kehilangan orang2 tersayang sangat memberi kesan yang mendalam dalam seluruh kehidupanku. Kerinduan kepada mereka yang telah 'pergi' merupakan kerinduan yang tidak bertepi.. Pulangnya abah ke rahmatullah pada 26 Jun 2010 lalu menyebabkan aku hilang sahabat dan teman terbaik tempat aku bercerita dan mencurah rahsia. Adakalanya, bila aku terasa excited pasal sesuatu, secara tak sengaja aku terdail no henpon abah. Tapi sebaik je aku sedar yg abah dah takde.. aku terdiam sendiri. Baru aku sedar.. oh, abah dah takde lagi rupanya... Terasa sunyi dan suram hidup ini tanpa abah... Alfatihah..


Adik Kembar 1 ~ Azhar bin Hasrin
Aa seorang yang sangat aktif, ceria & manja.. Ceritalah bab bisnes dan duit dengan Aa, laju je sembang dia. Pengurus bank di Kulaijaya ni memang suka bab2 berkaitan dgn RM ni.. Money talk katanya. Aa seorang yang aktif dan tak tau dok diam.. Takraw, futsal, sofbal memang fevret dia la tu. Selalunya ke mana2 pun, Aa selalu bersama2 Mie. Maklumlah kembar.. Ke sana ke mari mereka berdua. Minat muzik, suara Aa memang merdu. Tiupan serulingnya selalu mengasyikkan.. Macam abah, Aa very open minded. Citer la apa je dgn dia.. dia layannnn aje. Dialah orangnya yang banyak membantu aku menguruskan banyak perkara, bahkan dia jugaklah jurucakap bagi pihak keluarga kami masa majlis pertunanganku tempohari. Aa tabah orangnya.. hatinya kental. Masa pemergian abah tempohari, Aa sangat tenang. Begitu juga apabila kembarnya, Mie meninggalkan kami buat selama2nya. Sebak rasa hati aku menyaksikan detik akhir Aa menyentuh jasad Mie ~ menyambut jenazah Mie untuk dimasukkan ke liang lahad semasa pengebumian adikku itu. Kakak tau, Aa sembunyikan kedukaan demi kami semua.. Kakak sayang Aa..


Adik Kembar 2 ~ Allahyarham Hilmy bin Hasrin
Seperti Aa, Mie seorang yang aktif dan manja. Dia kelakar dan suka berjenaka. Mie pun sukakan muzik. Drum dan gitar adalah instrumen muzik yang sangat dia suka. Ramai orang kata, adikku Hilmy sangat mirip kepada abah. Tingkahnya, gayanya.. sangat menyamai arwah ketua keluarga kami tu. Tak sangka.. lepas abah pergi, Mie pulak menyusul abah di alam baqa' dalam usia yang masih muda. Pemergiannya pun hampir sama dengan abah.. Kakak rinduuuu Mie. Alfatihah~

Adik Bongsu ~ Aiman bin Hasrin
Eman mempunyai ciri yang hampir sama dengan abang2nya. Muzik dan sukan memang kegilaan mereka bertiga. Jarak usia 13 tahun dengan kembar menyebabkan Eman menjadi kemanjaan keluarga. Sedang menantikan keputusan SPM yang bakal tiba tak lama lagi, Eman dok kat rumah menjaga emak (ke emak yg jaga Eman, aku pun tak tau.. hehe) Walaupun jarak usia kami agak jauh, Eman selalu menjadi 'telinga' mendengar masalahku dan menjadi harapanku untuk menjaga emak. Terima kasih, Eman.. Jaga emak baik2 tau.. Kakak sayang Adik Don!

Cindu ~ Shamsul Kamal bin Jamaludin
Dialah orangnya yang berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini terkunci rapi buat insan bergelar lelaki.. Insan yang aku harapkan dapat berkongsi susah senang, suka duka, tangis & ketawa dan setia di sampingku hingga ke akhir usia.. Kehadiran abang dalam hidupku melakar warna2 ceria dan bahagia.. Salam kasih berpanjangan buatmu.. InsyaAllah, 50 hari lagi kita bersatu.. Cindu!!

Saturday, March 5, 2011

Hari Terakhir...

Sebak, sedih, terkejut, tergamam.. bercampur baur dalam benak ini sebaik aku menerima berita yang mengejutkan itu. Jam menunjukkan angka 6.15 pagi apabila aku terima panggilan yang meranapkan ketenangan dinihari Selasa, 2 Mac 2011 itu. Esak tangis kakak ku Subuh itu takkan aku kupakan sampai bila2. Berita tentang adik kesayanganku Mie yang 'pengsan' membuat aku terperanjat lantas bingkas mengadap Ilahi dan bergegas pulang ke JB. Aku cuba menghubungi kembar Mie, Aa namun tak berjaya lantas aku hubungi Abg Sham meminta bantuannya. Dlm perjalanan, aku menerima berita itu daripada Aa~ berita sedih tentang kehilangan adik yang amat aku sayangi : Hilmy Hasrin yang menemui PenciptaNya akibat kegagalan jantungnya berfungsi. Sepanjang perjalanan dari UM ke JB air mataku tidak berhenti mengalir. Ujian ini amat berat aku rasakan.. Kesedihan di atas kehilangan abah masih belum hilang dan kini satu lagi khabar duka mengintai diari hidupku. Malam tadi aku baru je bersembang dan bercerita dengan Mie di telefon tapi pagi ini..? Sukarnya aku menerima berita tersebut Allah saja yg tahu. Mie memang adik yang baik. Dia penyayang dan gemar berjenaka. Lelucon dan telatahnya sering membuat kami tak kering gusi. Sebagai org no. 2 di Jabatan Imigresen Negeri Johor, Mie tegas dalam tugasnya. Sampai ke saat ni aku masih terbayang2 wajah ceria Mie yang tak pernah lekang dengan senyuman, bergurau senda dengan kami adik beradik. Kami memang akrab.. dan yang paling akrab dengan Mie pastinya Aa, kembarnya. Dilahirkan dengan uri yang sama dan wajah seiras yang saling tak tumpah, mereka selalu mencuri perhatian di mana saja. Kesian Aa.. dia kehilangan adik, saudara, sahabat dan teman terbaiknya. Wajah tabah Aa tak berjaya menyembunyikan kedukaannya. Tak ku sangka, tulisan Mie pada wallpaper fbnya 'hari terakhir..' merupakan satu signal yang menyatakan bahawa dia akan meninggalkan kami semua buat selama2nya. Meninggalkan emak yang sangat memerlukannya, Hamidah ~ isteri yang dicintainya semenjak zaman persekolahan dulu, anakanda Haimy Najwa (1 thn 8 bulan), Aa, Kak Gee, aku, Aiman, ipar2 : Abg Rafi, Lin & Abg Sham dengan rasa rindu yang tiada taranya. Ya Allah, ampunilah dosa adikku ini, tempatkanlah beliau dlm kalangan orang2 yang bertaqwa, beriman dan beramal soleh. Kakak akan selalu merindui Mie.. kakak sayang Mie.. al Fatihah~