Tuesday, April 26, 2011

Segenggam Gumam


Exam dah start. Semalam kertas pertama bermula. Paper YXGA6108 yg diajar oleh Dr Suria Baba merupakan 'buah mula' untuk perjuangan kali ini. Seperti biasa, setiap kali hampir peperiksaan, macam2 karenah rakan2 mula dapat dilihat. Dalam kesibukan aku memikirkan tentang 'hari besar dan bersejarah' yang bakal aku tempoh 3 hari lagi, aku masih sempat menjalankan perbincangan dengan beberapa rakan. Memang menyebak dan menyebalkan juga apabila berdepan dengan karenah rakan2 yang 'menyembunyikan' nota dan enggan berkongsi (walaupun aku dengan segala senang hati dan rela hatinya berkongsi apa yang aku ada) pengetahuan denganku. Yang tak best tu ada yg berpura2 takde nota yg dimaksudkan tapi bila laman fail diselak terlihat jelas kertas yang dimaksudkan. Kelakar pun ada juga... macam budak2 je.. Membenam perasaan terkilan tu jauh di sudut hati, terfikir juga aku ~ adakah dengan cara itu (enggan berkongsi) maka kita akan jadi lebih pandai? Mendapat keputusan yang lebih baik? Atau setidak2nya menjadi lebih cemerlang berbanding rakan2 yang lain? Hmmm.. entahlah.. Apapun aku tetap berpegang kepada prinsip yang mudah ~ apa yg aku ada aku kongsikan bersama2. Cuma kali ni maaf sebab aku tak sempat nak tag apa2 nota di FB memandangkan aku sibuk melayan angau tak sudah aku ni.. Hehehe.. Yang pasti dalam setiap perbincangan yg aku sertai, aku akan pastikan bahawa aku bukan sekadar 'penumpang' yang menadah telinga semata2 tetapi aku tampil sebagai orang yg ada 'isi' dan boleh melontar idea. Bagi rakan2 yang masih rajin meminta dan enggan memberi.. tak ngapelah. Hak individu tetap aku hormati.. Terpulanglah.. Ada otak pandai, ada akal pakai.. ada bijak nak kena gadaikah? Hehehehe...

Wednesday, April 20, 2011

Menuju Puncak


Diam tak diam, sedar tak sedar masa berlalu amat pantas dan sentiasa mencemburui kita. Masa berlari meninggalkan semalam sebagai kenangan dan sejarah yang bakal tersimpan dalam kotak ingatan. Menoleh ke belakang.. banyak pengalaman pahit manis aku tempuhi sepanjang pangajian di sini. Dalam kerancakan menyelesaikan deretan tugasan yang diberikan, aku melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan inayahNya maka aku masih bernafas di bumi yang penuh pancaroba ini, menikmati indahnya wajah alam nan luas terbentang dan menghirup udara di kota batu yang tak pernah lekang dengan kesibukan. Alhamdulillah... Semakin lama, aku semakin hampir ke penghujung pengajian di universiti tertua negara ini. Mulai 25 April 2011 ni bermulalah pertempuran kami di medan peperiksaan hingga 5 Mei 2011 nanti. Macam2 jenis peluru dan bom dah kami siapkan sebagai strategi menghadapi peperangan yang menuntut kejituan semangat dan kekentalan mental fizikal yang bukan sedikit itu. Perbincangan demi perbincangan dahpun dijalankan sebagai langkah persediaan awal. Aku merasa bertuah dan gembira sebaik dipelawa menyertai kumpulan perbincangan yang diketuai oleh Zaharul tempohari. Perdebatan, perbahasan dan perbincangan mengenai kaedah menjawab soalan serta ulangkaji berasaskan soalan2 tahun lalu, sedikit sebanyak berjaya mengusir kegusaran di hati. Rasa agak lapang fikiran kerana kali ni memang aku perlu bertindak segera. Keputusan semester lepas dengan CGPA 3.82 akan cuba aku perbaiki untuk memperoleh kedudukan lebih cemerlang memandangkan aku benar2 bercita2 meneruskan pengajian ke peringkat PhD selepas ni.. InsyaAllah.. Aku bersyukur kerana Abang Sham tak pernah menghalang bahkan memberikan galakan kepadaku mengejar cita2 yang aku impikan. Mudah2an aku dapat menghadapi peperiksaan kali ini dengan tenang meskipun kian dihimpit kesibukan dengan persiapan menjelang perkahwinan yang bakal menjelang 9 hari lagi. Aduhai.. Berdebar jantungkuuuuu...!!! :D

Saturday, April 9, 2011

Persidangan Parlimen


Khamis lalu, aku dan rakan2 berpeluang ke Parlimen menyaksikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas diadakan secara 'live'. Menaiki bas sekolah yang disewa, pergerakan kami dari IKP Universiti Malaya berjalan lancar. Walaupun hari2 aku melewati bangunan Parlimen utk ke IKP, aku belum pernah berpeluang masuk dan menyaksikan sendiri persidangan yang diadakan di situ. Cuaca panas dan pelawat agak ramai pada hari tu menyebabkan suasana agak kurang selesa. Maklum ajelah, ia merupakan hari terakhir Parlimen bersidang. Bas terpaksa diletakkan agak jauh dari pintu masuk dewan menyebabkan kami terpaksa menapak agak jauh mendaki bukit menuju ke destinasi. Sesekali berjalan kaki best jugak.. cuma aku rasa kasihan pada Kak Rosmahwati & Kak Hapizoh yang sarat mengandung tapi terpaksa turut bersama berjalan kaki agak jauh hari tu. Rombongan UM turut disertai oleh pensyarah Pengurusan dan Undang2 kami, Prof Madya Dr Tie Fatt Hee yang bermurah hati membawa cenderamata bagi pihak IKP. Oleh kerana galeri awam Dewan Rakyat ketika itu penuh sesak dengan pelawat, kami dibawa untuk taklimat ringkas di Dewan Negara. Penerangan pegawai Parlimen mengenai perjalanan persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang sangat menarik tu terpaksa dihentikan sebaik kami menerima isyarat masuk ke galeri awam Dewan Rakyat. Perasaan teruja kerana berpeluang melihat sendiri perbahasan oleh wakil2 rakyat yang terpilih akhirnya hilang apabila usul yang dibahaskan tidak sehangat yang disangkakan. Yang mendukacitakan, jumlah kehadiran perwakilan amat sedikit dan tidak memenuhi walaupun suku daripada kerusi yang ada. Aku rasa, mungkin ramai perwakilan lebih berminat untuk 'turun padang' ke Sarawak sempena pilihan raya di sana. Lebih mengecewakan apabila aku melihat sendiri karenah perwakilan yang dipilih rakyat sempat melayari Facebook semasa usul dibahaskan di dewan yang mulia itu membuat aku terfikir seketika soal integriti dan kepercayaan yang diserahkan oleh rakyat kepada mereka. Apapun, inilah kenangan yang bakal aku bawa pulang sebaik sahaja aku tamat mengikuti Sarjana Kepengetuaan menjelang akhir Jun nanti. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk akan aku jadikan sempadan..

Thursday, April 7, 2011

Sedetik Lebih

Pejam celik.. pejam celik.. April dahpun menjelma. Tinggal 23 hari lagi sebelum aku bergelar isteri kepada Abang Sham ~ tunangan yg sentiasa aku CINDUI dan bertakhta di sanubari ku kini. Debar menjadi raja sehari semakin hari semakin kuat aku rasakan. Alhamdulillah.. Persiapan pun dah banyak yg selesai. Kadang kala terbit juga rasa resah dalam hati. Maklumlah, aku yang jauh di KL ni, hanya dapat 'remote' je persiapan yang diatur ahli keluarga yang jauh nun di selatan tanah air sana. Perasaan sayu dan sedih adakalanya tumpang mengintai di kamar hati bila mengenangkan hari bahagia yang bakal tiba tanpa Abah dan Mie bersama. Namun aku akur dengan suratan Ilahi dan mendoakan kesejahteraan mereka 'di sana'. Semenjak pemergian Mie dan Abah, suasana riang kat rumah menjadi agak murung. Yang paling sedih, tak lain tak bukan pastilah emak.. Lepas pemergian Abah, Mie adalah pengganti yang sering menghiburkan emak dengan jenaka spontannya dan menemani emak di waktu senggangnya. Aku tau emak kuat dan tabah. Kekuatan dan ketabahan emak sekarang pun sebenarnya banyak disebabkan oleh Wawa dan Miedah ~ insan2 yang dicintai Mie sepanjang hayatnya. Emak selalu menangis dalam diam.. aku tau. Aku pernah beberapa kali melihat air mata emak berlinangan seusai solatnya... Tempohari ketika berbual dengan emak tentang majlis yang bakal dilangsungkan hujung bulan ni, emak membisikkan betapa sedih hatinya sebab semenjak pemergian abah dan Mie, ada antara saudara mara yang seolah2 menyepikan diri. Mak kata, masa Mie 'pergi' tempohari cuma wajah beberapa orang je yang kelihatan. Emak kata, emak faham semua orang sibuk bekerja dan tak dapat menghadirkan diri. Cuma yang emak sedih dan terkilan, ada saudara terdekat yang langsung tak menghubungi emak.. bertanyakan berita tentang dirinya yang dilanda musibah ketika itu. Sampainya hati.. kata emak sambil mengesat rembes air mata di wajahnya yang muram. Tambah menyedihkan hati emak, bila emak dapat tau ada kalangan mereka yang pulang ke kampung tapi langsung tak bertanyakan khabar emak. Itu pun emak kata emak faham.. ye lah, kampung tu jaraknya agak jauh dari rumah kami. Sudah pastilah ia akan memakan masa berjam2 untuk sampai ke Pulai Indah dari sana dan melibatkan kos yang tinggi. Entah apa salah kita agaknya, kata emak. Kami terdiam panjang mendengar keluhan hati emak dan akhirnya kami sama2 mengalirkan air mata. Adakala aku terfikir juga, andaikata Allah mentakdirkan aku 'pergi' sebelum emak, masih sudikah antara kalian meminjamkan sedetik lebih yang ada menjengukkan diri menjengah pusaraku.. bertanya khabar juga mententeramkan sedih di hati emak yang aku cintai...? Dan jikalau masa yang menjadi halangannya, adakah komunikasi maya sudah tidak berfungsi lagi atau sudah mati? Sabarlah emak.. Jangan menangis lagi yea emak.. Apapun yang terjadi adik akan tetap bersama2 emak.. Adik, Kak Gee, Aa dan Aiman akan tetap sayang emak sampai akhir hayat kami.. Kami sayang emak!