Monday, January 31, 2011

Cinta + Rindu = Cindu

Hubungan kami unik ~ pertemuan secara tetiba2 itu mengundang perasaan luar biasa yang sukar dimengertikan. Kehadirannya di kala aku memang memerlukan teman, amat tepat pada masanya. Ketika aku tersepit dalam permainan perasaan yang memerlukan aku membuat keputusan yang sukar untuk menentukan kehidupan masa depan, Yang Maha Kuasa mempertemukan kami.. Dia insan biasa ~ penuh kesederhanaan. Wataknya yang sederhana, bicaranya yang sopan tanpa bermain kata2 atau bermadah pujangga, sikapnya yang berterus terang, air wajahnya yang tenang tiba2 memberikan warna ceria dalam kehidupanku. Entah daripada mana, tiba2 suram malam terasa terang bak dilimpahi sinaran cahaya rembulan.. Tu yg dengan tak semena2 keluar lagu Malam Bulan Dipagar Bintang tu.. Ramai sahabat tak percaya bila aku khabarkan berita bahawa kami akan disatukan tak lama lagi. Mungkin kerana singkatnya tempoh pertemuan kami.. mungkin.. Sebagai seorang muslimah yang beriman kepada Rukun Iman yang enam, aku percaya kepada qada' qadar dan ketentuanNya. Jika telah ditakdirkan bahawa dia tercipta untukku dan aku tercipta untuknya, sudah pasti sejauh mana kami berlari.. setinggi mana kami mendaki.. ikatan ini tetap akan terpatri. Di kala ini aku merasakan seluruh perasaan cinta dan rindu ini tercurah hanya kepada dia.. Biarpun jarak memisahkan kami, perasaan CINDU ini kian hangat aku rasai. KeCINDUan ini hanya buatmu.. Shamsulizan ~ Kutub Utara Kutub Selatan. :)

Sunday, January 23, 2011

Reunion ~ 5 PA (2006)

Sepanjang tempoh perkhidmatan aku selaku pendidik di SMA, pelbagai memori suka dan duka terakam kemas di kotak ingatan dan aku simpan dlm sanubari. Keletah dan ragam anak2 didik sering menghiburkan hati dan menceriakan hari2 yang aku lalui. Meskipun ada kalanya terdapat jugak karenah anak2 murid yang melukakan hati dan kadangkala mencabar kesabaranku, semua tu aku terima dengan hati yang terbuka. Aku memang akrab dengan pelajar2 di SMA tak kiralah sama ada mereka aku ajar secara langsung mahupun tidak. Sebagai cikgu tiada apa yg lebih bermakna selain menyaksikan kejayaan anak2 didik aku dalam kehidupan mereka. Kecemerlangan akademik adalah bonus tapi menyaksikan mereka matang dan membesar di depan mata aku memberi kepuasan yang tak dapat aku jelaskan dengan kata2. Aku memang sayangkan anak2 didikku tanpa mengira latar keluarga dan bangsa mereka.. Aku percaya kerana itu jugalah keakraban yang terjalin antara kami melekat kuat hingga ke hari ini. Aku bersyukur kerana sepanjang tempoh ini aku masih diingati dan hubungan dengan anak2 didikku terjalin harmonis dan penuh kasih sayang. Itulah 'mahal' dan manisnya kenangan sebagai guru a.k.a pendidik yang sangat memberi kesan kepada diriku.


22 Januari 2011 lalu, bersama Kak Aya, aku dipertemukan semula dengan anak2 (aku menggelar pelajarku sbg anak2ku) dari kelas 5 Perakaunan. Meskipun kami dipisahkan oleh jarak dan masa, ia tidak membataskan kemesraan yang terjalin antara kami. Walaupun tak semua pelajar hadir bersama2 memeriahkan reunion pertama tersebut, majlis berlangsung penuh meriah. Sebagai guru tingkatan mereka pada tahun 2005/2006, aku sangat berbesar hati kerana masih diingati dan dikasihi oleh anak2 didikku yang rata2nya telah berjaya membina kehidupan masing2. Seperti biasa Ayyapan la yg menghidupkan suasana di Merrybrown, IOI Kulaijaya dengan jenakanya membuatkan kami tak kering gusi. Kesudian Sasi K.K. melapangkan jadual latihannya bersama skuad bola sepak negara, Harimau Muda utk menyertai reunion ini tambah merancakkan suasana. Chai Chin (Mapiow) pun dah jadi ibu muda yang elegan dan rupawan... Sook Fen, Lih Yun, Julie, Huey Huey, Vitya, Leena, Fong Yin dan Chai Chin semakin jelita dan bergaya. Maklumlah duit dah berkepuk dlm tas tangan masing2. Neruthasan, Parames, Nagaraj, Thinesh selain Ayyapan dan Sasi memang hensem bergaya bak model citer Hindustan... Hehehe..


Aku mengharapkan agar kehidupan anak2 didikku terus dilimpahi kejayaan dan kegembiraan. Walau sejauh mana kalian pergi, setinggi mana kalian terbang, cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keceriaan mengiringi derap langkah kalian. 5 Perakaunan 2006 akan terus kekal dalam memori.. All the best guys! Salam ingatan penuh rindu dan kasih sayang buat kalian semua.. I miss u all!

Wednesday, January 19, 2011

Dalam Kenangan.. 19/1


Hari ni 19 Januari merupakan ulangtahun kelahiran arwah abah ke 51. Rasa sebak dan sayu menerjah kotak ingatan sebaik teringatkan abah yang telah kembali ke rahmatullah hampir 6 bulan lalu.. Saban tahun sambutan ulang tahun setiap ahli keluarga kami diraikan secara sederhana. Saling menyayangi dan mengasihi, lazimnya tak putus2 SMS dikirimkan sebagai pengganti diri mengucapkan selamat atas sambutan hari lahir sesama kami. Abah... kasih sayang dan ingatan adik tak pernah putus buat abah meskipun kita kini berada di dua dunia yang berbeza. Ya Allah, himpunkanlah abah bersama2 orang2 yang soleh dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang2 yang beriman. Temukanlah aku dengan abah bila sampai saat aku pergi menemuiMu suatu hari nanti.. Salam kasih penuh kerinduan buat abah yang sentiasa ada dalam hati ni... Al-Fatihah~

Only You..


Dalam meniti perjalanan dalam kehidupan ni, bermacam ragam manusia telah aku temui. Sahabat, kawan, teman, kenalan.. memenuhi kebanyakan ruang dalam diari hidupku. Aku memang seorang yang suka berkawan. Persahabatan pada aku memang merupakan satu elemen terpenting dalam kehidupanku. Dalam persahabatan, kejujuran merupakan satu aspek yang amat aku pentingkan.. Melalui pelbagai fasa dalam kehidupan dalam mendepani hari2 yang bersilih ganti, ragam teman2 dan sahabat handai aku hadapi dan aku telan satu per satu meskipun dalam kepahitan. Tidak mengapalah.. kerana apa jua yang berlaku dalam kehidupanku aku biar saja berlalu dan aku serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Aku bersyukur kerana akhirnya kini aku ditemukan dengan seorang teman dan sahabat sejati yang benar2 memahami dan menemani aku dalam menghadapi pancaroba kehidupan ini. Setiap tuturnya yang penuh keikhlasan memberi bekas yang mendalam di dalam hati ini.. Terima kasih kerana menjadi teman setia yang menemani hari2 ku selama ini.. Thanks abang.. You mean everything to me!

Wednesday, January 5, 2011

Menyimpul Kasih 1.1.11


1 Januari 2011 merupakan detik bersejarah dalam diari hidupku. Tepat jam 2.35 petang, secara rasminya aku menjadi tunangan Abang Shamsul, jejaka dari Negeri Sembilan yang kini bermastautin di pulau mutiara. Doakan kebahagiaan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa dan seterusnya hingga ke syurga.. Ukuran kebahagiaan bukanlah harta kekayaan dan kemewahan duniawi, tapi ketaatan kepada agama, budi bahasa dan kasih sayang yang aku dambakan di dalam hidup ini.. Cintaku kini milikmu ~ Shamsulizan 7376..