Friday, February 28, 2014

Warded.. Again..?

Sepanjang malam aku menahan kesakitan.. Abang ajak aku menginap di Hotel Katerina Batu Pahat sementara menantikan kenduri yang bakal kami hadiri di rumah Mak Ti kat Peserai. Petang sebelumnya kami sempat ke rumah Mak Ti menjengukkan muka sambil menghantar emak yang nak rewang di rumah adiknya tu. Tak seperti selalu sakit kali ni memang luar biasa. Mengalir juga akhirnya air mata yang ku tahan dek kesakitan yang teramat. Akhirnya aku angkat bendera putih. Aku kejutkan sang suami yang enak dibuai mimpi dari peraduan dan beritahu keadaan ku ketika tu. Abang Sham keletihan tapi sempat lagi bangun membancuhkan aku secawan teh panas dengan harapan sakitku hilang namun hampa...

Menjelang pagi, abang bergegas membawa aku ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nora Bt Pahat untuk menerima rawatan. Aku yang dah memang tak mampu berjalan terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda. Aku dirawat dengan baik dan sekali lagi perlu menjalani ujian dan imbasan oleh pakar. Dr Sufian, pakar O&G mengesahkan fibroid aku membengkak dan aku perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut demi kebaikan aku dan kandungan. Doktor beri aku suntikan penahan sakit namun tetap tak berkesan. Kali ni aku bertegas meminta ubat yang lebih kuat namun tidak dibenarkan kerana keadaan diri yang berbadan dua.. doktor menasihatkan aku agar bersabar kerana kesakitan macam tu akan terus aku rasai sepanjang tempoh kehamilanku. Kali ini aku akur untuk ditahan di wad... sepanjang 6 malam di wad 6 & 6A macam2 pengalaman aku lalui.. nantilah aku kisahkan apa yang berlaku sepanjang di sana okay..

Ketika tulisan ni aku nukilkan aku masih terasa sakitnya perut ni. Demimu anakku.. mummy akan kuat membawamu ke dunia ini. Doakan aku selamat dan tabah menghadapi ujian ini yea.. jumpa lagi! ☆☆☆

Aduh Sakitnya...!

Masih aku teringat menulis kat sini pasal dok dlm wad dalam post yang terdahulu. Menjelang cuti Tahun Baru Cina lalu aku sekali lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminahkerana sakit perut yang berpanjangan. Maklumlah.. simptom sakit perut dalam kalangan wanita hamil tidak boleh dipandang enteng! Setibanya aku di bahagian kecemasan aku terpaksa menyertai barisan orang ramai yang turut memerlukan rawatan. Oleh kerana sakit yang tak dapat ditahan2 lagi aku sampai terduduk di lantai hospital. Bila tengok keadaan aku dah tak boleh kontrol sakit abg Sham segera berjumpa nurse meminta ihsan agar aku dirawat segera. Syukur kepada Allah.Nurse terus membawa aku masuk untuk menerima rawatan. Ubat penahan sakit diinject segera namun masih tak menunjukkan perubahan.  Imbasan yang dijalankan dan syukurlah baby dalam kandunganku sihat dan aktif. Scan turut menunjukkan fibroid yang membengkak menjadi punca kesakitan yang tak dapat dibendung lagi.. doktor menyarankan aku ditahan di wad. Kesian abang.. esok aku janji nak temankan dia balik kampung di Seremban. Lama abang menantikan masa yang sesuai untuk menjenguk keluarga di sana. Lantaran kasihankan suami yang sabar melayani karenahku, aku memohon kebenaran untuk pulang dan menandatangani dokumen bahawa aku sanggup menanggung risiko yang bakal aku depani. Sepanjang jalan pulang ke TPI aku menahan kesakitan yang tak sikitpun berkurang. Tak mengapa...semoga kesakitan ini hilang menjelang esok... Aamiin..