Terkesima sejenak apabila Hajah Hazizah dan Encik Hairul rancak berkongsi kisah bermain meriam buluh sebagai satu acara mengisi kemeriahan bulan puasa semasa mereka membesar. Terpancar keseronokan di wajah masing-masing tika menerangkan proses menghasilkan meriam yang memeriahkan sambutan Ramadan dan Syawal. Seperti biasalah.. bertubi-tubi soalan aku utarakan dek kerana tak dapat membayangkan macamana rupa bentuk muka bumi meriam buluh sebenar-benarnya. Akhirnya sebaik sampai di rumah, aku terus bertanya pakcik Google dan terlihatlah rupa sebenar meriam buluh yang diceritakan itu. Tapi sekadar itulah.. tak dapat dibayangkan rupanya yang sebenar secara realiti 😂
Apapun, terima kasih Hajah Hazizah dan Encik Hairul kerana selalu berkongsi kisah mereka dengan ku. Selain menonton kartun Upin Ipin yang menyajikan kisah kehidupan anak-anak desa, pengalaman yang diceritakan rakan-rakan juga menjadi kisah menarik untuk aku pelajari. Lain padang, lain belalang.. lain orang lain pula kisah dan pengalaman. Sudah pasti aku pun ada kisah zaman kecilku yang utuh, menjadi ingatan yang manis untuk ku jadikan kenangan dan ku sandarkan sebagai pedoman di masa hadapan.. 😊
No comments:
Post a Comment