Thursday, August 7, 2025
Semangat Yang Hilang..
Thursday, July 31, 2025
Belasungkawa Mak Long
Wednesday, July 30, 2025
Ku Lepaskan..
Membara namun tidak menyala
Mungkin sekadar cukup membias cahaya
Menerangi malap kelam rindu yang gelita
Ada dua langkah..
Yang keliru antara dua persimpangan
Mungkin hanya untuk berkongsi arah
Tidak untuk saling berpimpinan
Beriringan menuju penamat garisan
Tapi ada satu rasa..
Yang Allah izinkan hinggap walau sekejap
Bukan untuk selamanya memiliki
Sekadar cukup membuka hijab diri
Ada yang perlu pasrah dilepas
Agar tak terasa sakitnya terhempas
Moga tak terbenam terlalu dalam..
Itu bukan petanda hati gagal mencintai
Tapi itu saksi
Tunduk patuh diri kepada Ilahi
Melepaskan yang dicintai
Sesungguhnya amat menyakitkan
Itulah hakikat perit kehidupan
Apabila rasa cinta dalam genggaman
Terpaksa jua dilupa dan dilepaskan..
Terkadang..
Apa yang dilepaskan penuh redha
Adalah sebenar-benar bukti
Hati pernah menyayangi
Dengan ketulusan dan keikhlasan rasa
Bukan sekadar pandangan kosong tanpa jiwa
Thursday, July 3, 2025
Setanggi Syurga
Semenjak dua menjak kebelakangan ini, lantunan nasyid alunan kumpulan In Team sering menemani kesepian hari-hari yang ku telusuri. Pelbagai maksud tersurat dan tersirat dalam bait-bait indah prosa tampil menyerikan nada merdu yang disampaikan, seolah-olah menterjemah perjalanan panjang kehidupan yang aku lalui. Pahit, manis, indah, kelamnya kehidupan, menyedarkan aku betapa mahalnya harga yang perlu ku bayar untuk memiliki gemersik rasa sebuah cinta. Kembara bahagia insan sekerdil aku, menemukan diriku dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan akal dan membangunkan kesedaran. Sedar di mana letaknya diri, sedar di bumi mana aku berpijak, juga sedar di balik awan mana aku bernaung.. Biarpun adakalanya sulit mendepani kenyataan jerihnya perjuangan untuk menikmati secebis bahagia seorang Zahizan, tegar aku hayunkan kaki mendepani rintangan yang tersaji di depan mata.. Syukur, alhamdulillah untuk segalanya.
Kerna ku yakin apa digenggamMu
Saturday, June 28, 2025
Happy birthday, Zahizan!
Ada satu kisah tentang hari kelahiran ku yang jarang sekali aku ceritakan kecuali kepada insan-insan yang akrab dalam kehidupanku. Semasa arwah Abah masih ada, aku menyambut hari jadi dua kali setahun. Kalau ikutkan emak, sebenarnya aku diputerikan pada tanggal 26 Jun tetapi oleh kerana ketika itu arwah Abah berada di Sabah menyertai operasi ketenteraan, maka aku terlewat didaftarkan. Sebaik Abah menjejak kaki kembali ke bumi Darul Takzim, barulah aku diberi nama dan sekaligus kelahiranku didaftarkan di Balai Polis Batu Pahat. Maka, tercatatlah dalam semua dokumen rasmi, tarikh lahir ku 28 Jun.
Dalam kalangan saudara mara, sahabat handai dan anak didik aku senang sekali diraikan pada 28 Jun kerana tarikh istimewa 26 Jun aku sambut hanya dengan Abah dan Mak, dua sosok penting dalam hidup seorang AKU. Tapi entahlah bagaimana, aku tercerita pula kisah ini kepada rakan-rakan di SMK Medini.. Hasilnya, aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir pada 27 Jun pulak π€£lucu bila difikirkan.. Apa taknya, rezeki aku tahun ni sambut hari jadi 3 days in a row! Asyik tuaaaa je lah aku tahun ni π
Sanah helwah wahai diri sendiri.. Semoga kehidupanku dilimpahi sakinah, mawaddah, barakah, warahmah.. Mudah-mudahan dengan pertambahan usia ini, aku akan menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada yang lain, menyebarkan kasih sayang sesama insan, istiqamah untuk menyumbang ke arah kebaikan dan terus berusaha untuk menjadi Zahizan dalam versi yang terbaik sedaya yang aku mampu. Ya Allah, terima kasih meminjamkan usiaku di dunia.. Barakallahu fii umrik.. Happiest birthday untuk diriku sendiri!! π·ππ°
Abah.. ππ₯Ί
15 tahun lalu, insan istimewa ini kembali ke pangkuan Rabbul Izzati. Pemergiannya seolah-olah menunggu kepulangan ku yang sedang menuntut ilmu, meninggalkan rasa kehilangan yang tidak tergantikan oleh sesiapa pun. Menelan hakikat berpulangnya Allahyarham kepada Ilahi sehari sebelum hari kelahiranku memang sangat menyakitkan.
Adiwira ku inilah yang menjadi pujaan hati, sahabat terbaik dan segalanya untuk diriku. Ramai yang mengatakan aku mewarisi bias wataknya dalam banyak perkara. Pemergiannya ke alam baqa' memberi tamparan hebat kepadaku ketika itu. Sukarnya menghadapi hakikat, meruntuhkan segala keyakinan yang aku ada. Alhamdulillah, dengan sokongan berterusan ahli keluarga dan sahabat akrab aku bangkit meneruskan legasi sebagai seorang pendidik, menjadi Pengetua sebagai mana yang dihasratkannya. Semoga damailah Abah di sana. Satu hari nanti kita akan berjumpa lagi, Abah. Al-Fatihah buat superhero, cinta hati pertamaku, Abahku.. Allahyarham Haji Hasrin bin Anas.
Abah.. Adik Rinduuu! πππ
Monday, June 23, 2025
Dugaan Ku...
Saturday, June 7, 2025
Sedetik Lebih
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Salam Aidil Adha
Wednesday, June 4, 2025
Cuti Ke Tak Cuti?
Tuesday, June 3, 2025
Syafakillah Awa!
Monday, June 2, 2025
Perkongsian Amalan Terbaik
Semasa aku bercuti sakit, aku dimaklumkan bahawa semua Pengetua novis dikehendaki menjalani satu program residensi yang dinamakan PRIME. Satu daripada elemen yang perlu dipenuhi ialah pembentangan amalan terbaik sekolah sepanjang 2024. Dibimbing oleh Puan Haslinah Johar selaku SIP+ SMed aku merasa bertuah dengan banyaknya input yang dikongsi secara dalam talian. Mulanya pembentangan kami dirancang untuk diadakan secara kecil-kecilan, di SMK Medini memandangkan keupayaan ku untuk bergerak agak terbatas ketika itu. Kami berlima agak positif dan merasa yakin bahawa pembentangan akan dilaksanakan dengan cara yang santai sesama kami.
Tidak semena-mena, aku menerima surat menyatakan pembentangan akan dilaksanakan secara besar-besaran di Auditorium MBIP pada 28 Mei 2025. Terdapat pula checklist yang perlu dipatuhi sebagai garis panduan pembentangan. Dibantu Hang Setia berdua ~ Hajah Hazizah & Encik Hairulnizam, aku menyiapkan 51 slides sebagai bahan pembentangan. Bersungguh-sungguh aku bersengkang mata mengumpul bahan dan menyediakan Power Point ku sendiri berbekalkan maklumat Hajah & En Hairul. Siap, aku serahkan hasil kerja kepada Tuan Hj Ma'alim selaku pembimbing menggantikan Puan Haslinah yang telah bersara.
Malangnya, slides yang dihantar tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan, dan aku diminta menukar keseluruhan slides. Terasa tertampar, hampir aku menangis keletihan! Mujur Hajah & En Hairul terus menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk aku terus bangkit menguburkan niat mengangkat bendera putih. Alhamdulillah, akhirnya siap slides yang diminta dan aku akhirnya berjaya membentang amalan terbaik SMed dengan penuh yakin di pentas MBIP.
Yang mengharukan , semasa penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan KPPD, beliau turun dari pentas menyerahkan sijil kepadaku memandangkan pergerakan ku yang terhad untuk naik turun pentas. Meskipun merasa malu dengan keadaan tersebut, aku bangga mempunyai seorang ketua yang cakna dengan ketidakupayaan anak buahnya. Semoga Allah mempermudah urusan Tuan Haji Saliman bin Selamat dan melindungi beliau dengan keafiatan serta keselamatan sepanjang masa. Alhamdulillah.. tercipta satu lagi kenangan mengusik jiwa!
Sunday, May 25, 2025
Zahin Turns 11
It is always the date to remember. Amongst 365 days, 23rd May remarks the most significant and special day for me and Zahin. On the date, 11 years ago, Abang and I celebrated the arrival of our one and only sweetheart, Zahin Syaqireen, the most important person in my life.
My princess, it has been 6 years we celebrate this special day without Daddy and deep down, I understand that you always miss him. InsyaAllah one fine day we will be all together.. again as always. Happy birthday sayangggg πΉπΉπΉ May you always be showered with love, success and happiness wherever you are ❤️
Sunday, May 18, 2025
Selamat Hari Guru 2025
16 Mei hadir lagi. Tahun ini aku diizin olehNya meraikan hari guru buat kali ke 22. Alhamdulillah.. Perjalanan masa amat pantas dan tanpa sedar, telah lebih 20 tahun aku menumpahkan kesetiaan dalam profesion keguruan. Meskipun bermula kerana terpaksa (atas permintaan arwah abah), akhirnya aku benar-benar jatuh cinta dengan kerjaya ku. Berdepan pelbagai liku dan cabaran dunia pendidikan, aku turut merasai pelbagai perisa kehidupan yang mewarnai setiap turun naik citra hidup bak roller coaster.
Menyambut hari guru ditemani gurisan halus luka yang mencarik kedamaian sesungguhnya amat mencabar kesabaran. Melempar manis senyum di tengah ramai tatkala hati remuk berdepan tohmahan, menuntut kepasrahan jiwa yang bukan mainan. Tambah menyakitkan, apabila memikirkan kehadiran surat tanpa nama yang memerlukan masa untuk aku menghadam isi kandungannya. Walau aku yakin, maksud warkah yang diterima memetik banyak frasa dusta, ia tetap mengundang kecewa.
Menyahut permintaan pasukan KEBIRUS untuk mengenakan busana bertema tradisional Melayu, aku capai kebaya hijau untuk digayakan. Dengan aksesori ringkas yang sedia ada, aku cuba menyahut tema yang diberi sebaiknya. Alangkah terkejut sebaik sesi penggambaran bermula, nuansa sama dikenakan pula oleh sang 'hulu belang' atau memanda menteri kepada permaisuri Medini. Nasib baik rona hijau kami agak berbeza. Rasa serba tak kena bila digayakan bersama tapi apakan daya.. Redha dan redah jelah sambil menangkis lirikan mata pencari mangsa! Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik semoga kami terselamat dari fitnah getir yang menunggu masa..
Selamat hari guru buat semua insan yang pernah bergelar GURU. Semoga Allah memberi ganjaran atas keikhlasan dan kesungguhan kita mendidik anak bangsa demi memacu kecemerlangan pendidikan negara. Terima kasih cikgu! Guru Pemacu Reformasi Pendidikan.