Saturday, June 28, 2025

Happy birthday, Zahizan!

Ada satu kisah tentang hari kelahiran ku yang jarang sekali aku ceritakan kecuali kepada insan-insan yang akrab dalam kehidupanku. Semasa arwah Abah masih ada, aku menyambut hari jadi dua kali setahun. Kalau ikutkan emak, sebenarnya aku diputerikan pada tanggal 26 Jun tetapi oleh kerana ketika itu arwah Abah berada di Sabah menyertai operasi ketenteraan, maka aku terlewat didaftarkan. Sebaik Abah menjejak kaki kembali ke bumi Darul Takzim, barulah aku diberi nama dan sekaligus kelahiranku didaftarkan di Balai Polis Batu Pahat. Maka, tercatatlah dalam semua dokumen rasmi, tarikh lahir ku 28 Jun.

Dalam kalangan saudara mara, sahabat handai dan anak didik  aku senang sekali diraikan pada 28 Jun kerana tarikh istimewa 26 Jun aku sambut hanya dengan Abah dan Mak, dua sosok penting dalam hidup seorang AKU. Tapi entahlah bagaimana, aku tercerita pula kisah ini kepada rakan-rakan di SMK Medini.. Hasilnya, aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir pada 27 Jun pulak 🤣lucu bila difikirkan.. Apa taknya, rezeki aku tahun ni sambut hari jadi 3 days in a row! Asyik tuaaaa je lah aku tahun ni 😂

Sanah helwah wahai diri sendiri.. Semoga kehidupanku dilimpahi sakinah, mawaddah, barakah, warahmah.. Mudah-mudahan dengan pertambahan usia ini, aku akan menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada yang lain, menyebarkan kasih sayang sesama insan, istiqamah untuk menyumbang ke arah kebaikan dan terus berusaha untuk menjadi Zahizan dalam versi yang terbaik sedaya yang aku mampu. Ya Allah, terima kasih meminjamkan usiaku di dunia.. Barakallahu fii umrik.. Happiest birthday untuk diriku sendiri!! 🌷🎂🍰

No comments: