Tanggal 6 Syawal semalam, aku menyambut kedatangan tetamu yang agak ramai. Bermula dengan kunjungan Cikgu Liyana, menjelang petang keluarga dari Batu Pahat pula menyusul datang. Rombongan Kak Long Azah & Abang Halim sekeluarga, Kak Jai & Abang Kadir serta anak-anak, Nasir, Hanif & Hakim menambah keceriaan sambutan lebaran. Selepas Isyak, keluarga Amy Ameeta tiba dari Pasir Gudang. Amy merupakan sahabat sepermainan semasa kecil ku di Port Dickson dulu. Riuh rendah berkongsi cerita dan mengimbau kenangan lama, mengundang derai tawa dan air mata..
Alhamdulillah.. hanya lafaz kesyukuran mampu ku zahirkan kepada Allah SWT kerana merezekikan aku meraikan tetamu yang tak putus-putus kali ini. Ia merupakan satu daripada hikmah yang Allah kurniakan setelah ujian kesakitan dan kecederaan yang diberikan kepadaku. Terima kasih Allah atas kurniaan dan limpah kasihMu kepada kami semua. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. 🌹❤️
No comments:
Post a Comment