Dalam banyak-banyak nama, ada satu nama yang sering 'mengikut rapat' kehidupan ku. Anehnya aku memang tak pernah terlepas daripada insan bernama NIZAM ke mana juga aku pergi 😂 Kebetulan.. barangkali. Tapi kebetulan yang adakalanya mendatangkan kemusykilan. Kadang-kadang terasa lucu pulak bila mengingatkan Nizam² yang hadir menghiasi diari hidupku.
Nizam 1:
Murid sekelasku darjah 1 Jujur yang kuat menangis dan tak boleh ditinggalkan oleh ibunya setiap kali ke sekolah. Ibunya terpaksa duduk di sebelah tingkap sepanjang waktu pembelajaran dan tak boleh bergerak ke mana-mana sehingga kami rehat. Adoi, geram tengok karenah Nizam yang terlebih manja, macam nak cubit je aku rasa! 😂
Nizam 2 :
Masa sekolah menengah dulu, ada beberapa kali aku terima surat bawah meja prep. Wangi.. Isi suratnya romantik juga 😂 Ada lirik lagu.. ada pantun cintan cintun. Malangnya si penulis ni salah tuju. Tak sekali pun aku balas surat-surat tu. Aku kumpul semua dan satu hari aku cari dia. Dengan penuh hormat aku kembalikan surat² tu.. Bukan niat hati mengecewakan, jauh sekali memalukan si pengirim surat. Tapi sejak hari itu, Nizam tak pernah mahu bertembung dengan aku. Dari jauh aku boleh nampak susup-sasap kawan tu melarikan diri kalau nampak aku 😂. Alahai.. rasa bersalah pulak.
Nizam 3 :
Ketika menuntut ilmu di utara tanah air, aku aktif melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti universiti. Dalam ramai-ramai senior ada seorang yang agak rapat dengan kami. Satu hari, senior tu jumpa aku. Beri bunga dan coklat. Pastu nada bicaranya berubah pelik.. iskkk tak selesa betul. Dahlah first move dia salah.. aku tak makan coklat! Sejak hari tu dia selalu delivery coklat kat aku.. Yang untung roommate akulah.. Dan sejak hari itulah aku sentiasa mencari macam-macam jalan dan alasan untuk melarikan diri daripada jejaka negeri jelapang padi itu.. Haishhh..
Nizam 4 :
Memandangkan usiaku semakin bertambah dan tak nampak tanda-tanda sudah berpunya, seorang jiran datang bertanya.. memperkenalkan anaknya untuk dijodohkan dengan ku. Aku ketawa bila Abah tanya kalau-kalau aku berminat. Aku bagitau Abah aku tak bersedia. Makcik tu pulak makin rajin bertandang ke rumah, mengirimkan bermacam juadah dan asyik push aku terima anaknya.. Serba salah, akhirnya aku ambil keputusan melarikan diri duduk menyewa di Kulai. Tak lama lepas tu aku sambung pengajian ke IAB dan UM. Semasa di UM, aku bertemu jodoh dengan arwah suamiku (bukan Nizam.😂). Aku dapat tau, sampai sekarang Nizam masih belum berumahtangga.
Nizam 5, 6 & 7 :
Sebulan selepas ditugaskan ke SMK Medini, aku terkejut menerima En Hairulnizam sebagai PK HEM kami. Nizam lagi.. bisik hatiku. Mengelak nama Nizam, aku panggil beliau En Hairul. Alhamdulillah, Nizam yang ini adalah Nizam yang paling sopan, penyabar dan paling baik pernah aku kenali sekaligus menjadi Hang Setia ku bersama Hajah Hazizah. Bertambah terkesima apabila Penyelia KBK SMed bernama Encik Nizam & tukang kebun pulak Abang Zam.
Aduhaiiii.. memang bagai tak boleh dipisahkan aku dengan Nizam ni. Dah lah jiran sebelah rumah ni pun Nizam namanya., iskkk..
Apapun, aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sehingga kini nama NIZAM tetap tersemat di hati sebagai satu nama yang istimewa dalam diari hidupku. Apatah lagi Nizam membawa maksud peraturan, satu nama yang baik dan indah. Semoga semua Nizam dalam keadaan yang baik-baik saja di mana jua kalian berada.
No comments:
Post a Comment