Friday, August 31, 2012

IELTS


11 Ogos 2012 lalu aku menduduki satu pengalaman baru. Ditemani suami tercinta, aku menduduki peperiksaan IELTS (International English Language Test System) di Cititel Hotel, Pulau Pinang. Seminggu sebelum tu aku ke British Council Penang untuk mendaftarkan diri sebagai calon persendirian. Memandangkan aku kesuntukan masa untuk menghadiri kelas2 yang dianjurkan oleh British Council aku 'gamble' je menyerah diri untuk ke ujian kelayakan (placement test) untuk menentukan tahap penguasaan Bahasa Inggerisku sebelum aku dibenarkan menduduki IELTS. Kalau boleh aku tanak la attend kelas selama 32 jam tu sebab ia memakan masa yang agak panjang sebelum peperiksaan tersebut. Lagipun yuran kelas yang dikenakan agak 'boleh tahan' juga ~ RM600 untuk kuliah yang diadakan setiap hujung minggu. Syukur kepada Ilahi kerana aku berjaya lulus cemerlang semasa placement test dijalankan pada 3 Ogos 2012 sekaligus menjimatkan RM600 duit poketku.. Hehehe.. Walaupun peperiksaan dijalankan dalam bulan Ramadhan, aku tak patah semangat menduduki peperiksaan yang memerlukan aku membayar RM590 ni. Memandangkan yuran exam yang agak mahal aku kuatkan  hati menghadapinya. Apatah lagi ditemani oleh abang Sham yang menjadi tonggak kekuatanku. 


Peperiksaan ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Pada peringkat pertama  calon2 perlu menjawab soalan listening, reading dan writing mulai jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Setiap sesi diperuntukkan selama 1 jam untuk menjawab. Soalan2 yang diberikan agak sukar juga lebih2 lagi bahagian listening sebab 'accent' orang putih yang digunakan agak pekat, laju lak tu. Usai sesi pertama kami dikehendaki hadir bagi sesi speaking lak.. Masalahnya, turn aku menghadiri ujian tu ialah jam 6.40 ptg sedangkan jam 12 lagi exam dah abis. Aduhhhh.. mana aku nak pegi sementara nak tunggu giliran aku yang masih jauh & lama lagi tuuu.. Nak balik ke rumah, bukannya dekat. Akhirnya kata putus diambil. Setelah berbincang dengan abang, akhirnya kami mengambil keputusan bermalam je kat Cititel Hotel.. aku belanja! Kami berpeluang berbuka dengan makanan Jepun yang enak dan bersahur dengan bestnya hari tu.. 


Ujian pertuturan (speaking) habis agak lewat petang tapi aku puas hati kerana berjaya menjawab soalan2 yang dikemukakan oleh penemuduga dari England, Mr Robert dengan lancar. Kini, keputusan telah aku peroleh dan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah.. Sekali lagi aku lulus cemerlang!Mudah2an langkah ku untuk menggenggam PhD terlaksana dan aku berpeluang melanjutkan pengajian dengan cemerlang di negara orang. Doakan kejayaanku.. ;)

Salam Lebaran


Aidilfitri menjelma lagi dan Syawal telah beberapa hari berlalu. Harap aku masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan dan pembaca blog ni. Tahun ni aku meraikan awal Syawal di kampung laman abg Sham kat Seremban, Negeri Sembilan. Bersolat Adisilfitri di Masjid Pantai, berkunjung ke rumah sanak saudara dan meraikan taulan yang datang berziarah ke rumah bonda mertuaku memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Dalam kegirangan meraikan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa, tetiba abg Sham 'tumbang' dek kerana demam, batuk dan selsema. Lepas abang kembali sihat aku pulak ambik 'turn' merasai bahang demam yang asyik berulang. Kunjungan emak, kakak & adik2 serta anak2 saudaraku yang comel belaka ke rumah keluarga abang Sham pada 2 Syawal mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin antara dua keluarga besar kami. Sempena Syawal yang masih berbaki ini, aku menyusun jemari nan sepuluh memohon ampun maaf andai ada keterlanjuran kata dan perlakuan yang menyinggung hati sesiapa jua. Maaf Zahir & Batin... :)