Aku mula berkenalan dgn Kak Aida di IAB sewaktu pengajian NPQEL.. Keserasian antara kami tercipta dengan mudah lantas membibitkan persahabatan yang akrab dan erat. Kak Aida yang kukenali memang sangat 'sempoi' orangnya. Tanpa banyak karenah, kesabaran dan ketelitiannya sepanjang pengajian kami lalui bersama memang sangat menyentuh hatiku. Hampir saban hari kami ke kuliah bersama. Sama-sama tak sanggup mendaki tangga 'Batu Caves' IAB (setinggi 104 mata anak tangga) kami berkereta untuk ke kelas. Lazimnya seusai bersarapan pagi di Dewan Makan, kami akan sama-sama ke bilik kuliah. Adakalanya bila terserempak rakan2 yang menapak ke destinasi yang sama mereka pun akan joined sekali. Jauh dari keluarga, hubungan kami tak ubah macam adik beradik. Kak Aida sangat mengambil berat soal kebajikan ku sepanjang di sana. Setiap kali aku sakit, Kak Aidalah yang selalu datang membantu, menghantar ke klinik dan memicitkan kepala (selain sahabat se'bilik air' yang sangat baik ~ Mastura) dan tanpa jemu menghulurkan bantuan. Begitu juga, dalam hampir setiap tugasan berkumpulan, gabungan trio Kak Aida, Kak Ros & aku pasti akan dibentuk dengan sendirinya..
Ketika pengajian di IAB hampir tamat, Kak Aida & suaminya, Tn Hj Halim membantu aku mencari kediaman di UM dengan seikhlas hati. Insiden aku jatuh tangga ketika turun dari pejabat Kolej 10 ketika tu masih segar dalam ingatan.. Memang tak terbalas rasanya jasa kedua2 insan ini kepadaku. Pasangan suami isteri yang romatik ni membawa aku menghayati keindahan i-City, menikmati keenakan nasi lemak Kg Baru, ikan keli bakar di Awan Besar bahkan yang paling tidak dapat aku lupakan merekalah yang bertanggung jawab membawa aku pulang ke JB ketika aku bakal melangsungkan pernikahan. Memang aku terhutang budi dan jasa kepada mereka.. sungguh!
Di UM, ustazah muda inilah menjadi pembakar semangatku.. Hasilnya, alhamdulillah kami sama-sama dapat menamatkan Sarjana dengan cemerlang. Sayangnya, kak Aida tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kami pada 4 Oktober 2011 kerana pada tarikh yang sama beliau dan suami tercintanya menjadi tetamu Allah pada musim haji tersebut. Meskipun sedih kerana kak Aida tidak sama-sama naik ke pentas menerima Ijazah Sarjana bersama, aku mendoakan agar kak Aida & suaminya dipermudahkan dalam urusan mereka dan memperoleh haji yang mabrur... Setelah lebih setahun tidak bersua, akhirnya kami dipertemukan semula pada Syawal yang lalu. Kunjungan ku bersama abang Shamsul ke rumah kak Aida yang indah disambut mesra oleh mereka suami isteri. Hidangan makan tengahari ~ kari daging batang pinang, sayur goreng, ikan masin dan air bandung soda hasil air tangan kak Aida memang membuka selera kami. Terubat rindu sepanjang tempoh bertamu di rumah kak Aida.. Lama juga kami menghabiskan masa bersama.. Di akhir pertemuan aku mendoakan semoga selepas ini kami akan bertemu lagi dan pasangan Kak Aida & Tuan Haji Halim sentiasa dirahmati Allah swt.. Terima kasih Kak Aida!!