Jauh di sudut hati, aku dah boleh agak sebab sebenar perasaan yang aku rasakan ini. Aku sebenarnya bimbang andai ada komplikasi pembedahan kali ini. Apa akan jadi kepada anakku sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kepada Mommy? Sebak dada mengenangkan pandangan sayu Ain tatkala menghantar ku pergi tadi.. Allah! Aku mesti kuat mendepani takdirku esok. Demi Ain, demi mak.. aku takkan mudah putus asa. Gemuruh tu biasa, gentar pun biasa.. insyaAllah aku akan melaluinya dengan baik-baik saja. Yang penting aku tak sabar nak berlari apatah lagi bila dapat kaki bionik nanti 😂 Setidaknya, itulah penawar mengurangkan gerun yang tak mahu hilang. Bantu aku Ya Allah.. kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung. Aamiin..
Wednesday, January 22, 2025
Moga Baik-Baik Saja..
Hari ni menjadi antara hari yang penting dalam hidupku. Susah untuk ku jelaskan betapa kuatnya debaran yang aku rasakan. Setiap saat yang berlalu semakin mendekatkan aku dengan detik pembedahan yang bakal aku lalui. Aku sendiri pun sebenarnya musykil.. apa yang nak aku gentarkan.. ini bukan pertama kali aku bertarung dalam dewan pembedahan. Entah, aku pun tak faham mengapa rasa cemas ini tak kunjung padam dari benak fikiran. Sedangkan sepanjang 48 tahun aku hidup, aku memang seorang yang berani mendepani sebarang cabaran. Pantang aku menyerah sebelum berjuang. Risk taker kata orang.. Mungkinkah dengan bertambahnya usia, aku mula berubah menjadi orang yang overthinking? Tak mustahil juga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment