Semenjak sesi persekolahan bermula, sepertimana warga pendidik lain, aku turut sama dihujani pelbagai tugas yang perlu dilangsaikan mengikut tempoh masa yang diberikan. Tahun ini aku diberikan mandat selaku guru penasihat kepada UBU dan kelab sukan yang tak pernah tergambar dek pemikiranku.. Menerajui Kelab Bola Sepak SMKDOB aku merasa agak janggal juga pada mulanya. Mujur juga ada Cikgu Zulidzam (yang juga guru baru bertukar dari Johor) yang penuh semangat berpanas berhujan bersama2 pemain sekolah yang penuh dedikasi. Pengalaman pertama kami menyertai Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Perpaduan di USM Penang sangat mengujakan. Sebagaimana rutin, Abang Sham tetap bersama2 menyokong pasukan kami. Meskipun tewas dengan tendangan penalti, jelas tergambar semangat juang penuh 'berapi' daripada ahli pasukan kami yang belum bernama.
Selain Bola Sepak, aku juga merupakan guru penasihat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) atau PKBM. Utk pengetahuan semua, 76 org anggota PKBM ni semuanya merupakan pelajar lelaki. Entah kenapa la aku diberikan post mcm ni.. Tak pe, macam yang selalu mentor aku Dr Zuraidah Abdullah katakan, apa pun cabaran yang diberikan.. ambik dan hadapi dengan sabar. Aku percaya bahawa aku akan berjaya menjadik cikgu yang 'all rounder' satu hari nanti.. Wahhhh... Bersemangat sungguh! InsyaAllah..