Monday, March 12, 2012

Kembali Bersua


Adusss.. Lamanya blog ni tak ku jenguk.. Kesibukan rutin harian yang sering menghambat masa santaiku membataskan aktiviti kegemaranku ini. Menulis.. hobi yang secara tak sedar mulai aku pinggirkan. Macam2 dah aku lalui sepanjang tempoh menyepikan diri dari dunia menulis blog ni.. Alhamdulillah.. pembedahan membuang Cysts aku berjalan lancar pada 13 September 2011 lalu. Hospital Besar Pulau Pinang menjadi saksi kepakaran kumpulan doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr Nicholas merawat diri ini. Aku bersyukur ke hadrat Allah swt atas anugerah2 yang diberikannya kepadaku. Kesempatan untuk terus menghirup udara di maya pada ini pastinya anugerah terbesar yang insyaAllah tidak akan aku persiakan. Aku juga dah kembali berbakti kepada anak2 didik kesayanganku - peneraju generasi masa hadapan. Sepanjang melalui tempoh 'pantang' tu juga aku sempat menghadiri dua majlis konvokesyen di dua lokasi berbeza. Perasaan terharu dan kegembiraan yang tidak terluah oleh perkataan yang ada menjengah tatkala skrol Sarjana Kepengetuaan tergenggam kemas di tangan sebaik disampaikan oleh DYTM Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Alangkah gembira, alangkah bahagia, alangkah indahnya.. seribu satu perasaan bercampur baur dalam diri pada ketika itu. Pengajianku di universiti tertua negara itu membuahkan hasil dan bertambah manis sementelah aku memperoleh gred yang baik yang membolehkan aku menjadi antara siswazah cemerlang Institut Pengajian Kepengetuaan UM. Meskipun sebak asbab aku tidak ditemani arwah abah dan emak, kehadiran abang Sham & emak mertuaku mengubat kesedihan hati menambahkan kecintaanku kepada Abg Sham yang tak pernah padam.. Ehem.. melalut pulak bicara bisuku ini.. Hehehe.. Usai majlis di UM, sekali lagi aku menghadiri majlis konvokesyen tetapi kali ini di IAB Genting Highlands. Setia ditemani Abg Sham, aku menerima Diploma Pengurusan Sekolah dan Sijil Kelayakan Utk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (dikenali juga sbg Sijil Kepengetuaan) daripada Datuk Seri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.. Syukur kepadaMu ya Allah.. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.. :)

2 comments:

Kengkawan said...

yeayyyyyyyyyyyyy!!!
conmgrats

Zahizan Hasrin said...

tq andakkkkk...