Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru


Sambutan Hari Guru tahun ni hambar. Buat pertama kali sepanjang tempoh 10 tahun aku bergelar pendidik, aku tak begitu dapat merasakan kehadirannya. Tanpa lagu tema Hari Guru yang biasanya mampu membuatkan bulu romaku terpacak tegak kerana aura tersendiri, semalam tak de bezanya dengan hari2 terdahulu yang aku lalui. Sama je.. biasa2 je.. Disebabkan seluruh SMKDOB sedang sibuk dengan demam peperiksaan yang telah bermula 9 Mei 2012 hingga 22 Mei 2012, perayaan istimewa buat para pendidik ditangguhkan ke 25 Mei nanti. Meskipun agak sedih, aku berbangga kerana berjaya menempuhi tempoh 10 tahun ini dengan pengalaman pelbagai perisa ~ pahit, manis, masam, masin.. dengan hati yang terbuka. Paling penting aku amat berbangga kerana aku berjaya melihat anak2 didikku berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan dan aku menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka. Buat para guru yang mendidikku dengan keikhlasan dan tanpa jemu memberikan dorongan dan bimbingan, khasnya buat guru-guru dan para pensyarahku di SK Angkatan Tentera JB, SK Panglima Adnan PD, SMR SiRusa (SMK Bukit Saujana) PD, SMK Skudai JB, SM Teknik JB, English College (MSAB) JB, USM, UTM, UM, MPIK dan IAB Genting Highlands serta rakan2 guru khasnya di SMK Munshi Abdullah Kulaijaya dan SMK Dato' Onn Butterworth, SELAMAT HARI GURU buat semua. Terima kasih cikguuuuu!!!!

2 comments:

Kengkawan said...

selamat hari guru my pren

Zahizan Hasrin said...

Selamat Hari Guru gak andak Norizan hehehe.. wahhhh.. dah nengok gambo2 dan baca citer andak kat mingguan wanita.. tetap ayu, maintain mudaaaa gitu.. ;P