Friday, February 28, 2014
Aduh Sakitnya...!
Masih aku teringat menulis kat sini pasal dok dlm wad dalam post yang terdahulu. Menjelang cuti Tahun Baru Cina lalu aku sekali lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminahkerana sakit perut yang berpanjangan. Maklumlah.. simptom sakit perut dalam kalangan wanita hamil tidak boleh dipandang enteng! Setibanya aku di bahagian kecemasan aku terpaksa menyertai barisan orang ramai yang turut memerlukan rawatan. Oleh kerana sakit yang tak dapat ditahan2 lagi aku sampai terduduk di lantai hospital. Bila tengok keadaan aku dah tak boleh kontrol sakit abg Sham segera berjumpa nurse meminta ihsan agar aku dirawat segera. Syukur kepada Allah.Nurse terus membawa aku masuk untuk menerima rawatan. Ubat penahan sakit diinject segera namun masih tak menunjukkan perubahan. Imbasan yang dijalankan dan syukurlah baby dalam kandunganku sihat dan aktif. Scan turut menunjukkan fibroid yang membengkak menjadi punca kesakitan yang tak dapat dibendung lagi.. doktor menyarankan aku ditahan di wad. Kesian abang.. esok aku janji nak temankan dia balik kampung di Seremban. Lama abang menantikan masa yang sesuai untuk menjenguk keluarga di sana. Lantaran kasihankan suami yang sabar melayani karenahku, aku memohon kebenaran untuk pulang dan menandatangani dokumen bahawa aku sanggup menanggung risiko yang bakal aku depani. Sepanjang jalan pulang ke TPI aku menahan kesakitan yang tak sikitpun berkurang. Tak mengapa...semoga kesakitan ini hilang menjelang esok... Aamiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment