Semenjak dua menjak kebelakangan ini, lantunan nasyid alunan kumpulan In Team sering menemani kesepian hari-hari yang ku telusuri. Pelbagai maksud tersurat dan tersirat dalam bait-bait indah prosa tampil menyerikan nada merdu yang disampaikan, seolah-olah menterjemah perjalanan panjang kehidupan yang aku lalui. Pahit, manis, indah, kelamnya kehidupan, menyedarkan aku betapa mahalnya harga yang perlu ku bayar untuk memiliki gemersik rasa sebuah cinta. Kembara bahagia insan sekerdil aku, menemukan diriku dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan akal dan membangunkan kesedaran. Sedar di mana letaknya diri, sedar di bumi mana aku berpijak, juga sedar di balik awan mana aku bernaung.. Biarpun adakalanya sulit mendepani kenyataan jerihnya perjuangan untuk menikmati secebis bahagia seorang Zahizan, tegar aku hayunkan kaki mendepani rintangan yang tersaji di depan mata.. Syukur, alhamdulillah untuk segalanya.
Kerna ku yakin apa digenggamMu