Wednesday, June 22, 2011

Komuniti Pembelajaran Profesional

Minggu ni merupakan minggu paling sibuk dalam diari hidupku.. Meniti hari2 terakhir sebelum menyiapkan naskhah tesis sebagai memenuhi keperluan sarjana kepengetuaan benar2 menghambat kesibukan yang semakin meresahkan. Susah betul hati memikirkan date line semakin menghampiri tapi progress penulisanku masih belum di tahap membanggakan. Apa tidaknya, berada di pangkuan suami kat Penang sepanjang seminggu ni seolah2 membuatkan idea menulis untuk menyiapkan Bab 4 jadik tersekat2. Susah betul nak menghasilkan analisis dapatan kajian rasanya.. Bukan salah sang suami tercinta menyebabkan fikiran aku seolah2 tak mampu menjadi kritis dan kreatif mencanai bahan untuk tatapan penyelia dan pembaca kertas kajian kes, tapi aku sendirik tak dapat berfikir dengan waras nampaknya... Hehehe... Seronok rasanya melaksanakan rutin di rumah membantutkan idea untuk aku berfikir. Justeru, peluang kembali ke IPK lantaran sesi perbincangan dengan rakan sepasukan dan Dr Zuraidah Abdullah selaku penyelia aku manfaatkan sebaiknya. Bantuan rakan2 terutamanya Sujirah untuk menyediakan analisis deskriptif dan dapatan kajian memang sangat2 aku hargai. Kajian aku sebenarnya berfokus kepada PLC a.k.a KPP (Komuniti Pembelajaran Profesional). Tajuk kajian yang aku hasilkan ialah Kepimpinan Menyokong dan Berkongsi Pengetua dalam Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional Melalui Kajian Tindakan. Tambah menarik, penyelia aku Dr Zuraidah bukan calang2 orangnya. Berpeluang berguru dengan beliau yang merupakan antara pelopor bidang kajian mengenai PLC di Malaysia, pastinya merupakan peluang keemasan buatku. Nasihat dan bimbingan yang diberikan sememangnya amat 'mahal' harganya. Oklah, sampai sini dulu bebelan kali ni.. aku nak fokus ke Bab 5 pulak ni.. Adios amigossss... :)

Thursday, June 16, 2011

Kenali Anak Kita

11 Jun 2011 lalu aku berpeluang menyertai seminar Kenali Anak Kita anjuran PENGASIH Malaysia dengan kerjasama Petronas, LPPKN dan KPM di Penang Golf Resort. Sebenarnya aku ke sana untuk bersama-sama Abg Sham yang terbabit selaku Jawatankuasa Media kat situ. Tak sangka pulak aku yang suami kesayanganku ni aktif berkhidmat selaku sukarelawan rupanya... Menarik juga pengisian seminar yang diadakan ni. Sesi ceramah oleh Dr Fatimah Abu Bakar dari LPPKN, Datuk Yunus Pathi selaku Presiden Pengasih & Dr Zuraida memberi input yang sangat berguna bagi bakal ibu bapa dan remaja untuk mengenali potensi anak2 mereka dan bagaimana melahirkan remaja yang bebas daripada gejala penagihan dadah. Seminar dirasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yackob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut sama berkongsi pengalamannya bersama peserta. Kemuncak bagi seminar ini ialah persembahan yang sangat2 bertenaga oleh Jamal Abdillah yang ternyata mampu memahat penonton di kerusi masing2 dengan vokalnya yang merdu. Menyampaikan lagu 'Gadis Melayu' dan 'Seroja', penyanyi tersohor negara ini tidak menghampakan permintaan audien untuk menyanyikan lagu popular 'Azura' tanpa muzik. Meremang bulu roma mendengarkan kelunakan suara biduan itu.. Memang mengasyikkan.. Two thumbs up buat semua yg menjayakan program Kenali Anak Kita 2011 khasnya buat suamiku yang tercinta.. I love u abang!! :)

Wednesday, June 8, 2011

Wayang Kita?

Minggu ni agak relaks bagi aku. Memandangkan aku masih belum menyiapkan laporan Bab 3 dan memulakan penulisan Bab 4, aku cuba schedule balik plan aku dan manfaatkan masa yang ada sebaik2nya. Mengambil keputusan menarik diri daripada Program Outbound ke India, aku ada lebih banyak masa untuk memfokuskan kepada penghasilan tesis yang perlu aku siapkan untuk memperoleh Master yang aku idam2kan. Sepanjang minggu ni aku habiskan bersama2 suami tercinta di pulau mutiara. Rutin harian ~ mengemas rumah, membasuh, memasak.. aku laksanakan dengan penuh kegembiraan. Mudah2an apa yang aku laksanakan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadah di sisiNya. Sejak meniti alam rumah tangga ni, aku benar2 menikmati erti kebahagiaan bergelar isteri kepada abang Sham yang aku cintai. Melihat senyum lebar terukir di wajah manis abang Sham sudah cukup menghiburkan. Alangkah berserinya duniaku kini... Oppppssss.. Romantika de amour la pulak.. Hehehe..


Sepanjang minggu ni aku berkesempatan bersantai2 sikit. Jalan2, membeli barang keperluan harian, main boling & tengok wayang dapat merehatkan sekejap minda yang agak runsing mengenangkan tesis yang belum selesai. Kesudian abang Sham melapangkan masa melayani karenah aku memang tak ternilai harganya. Macam2 gak citer yang kami 'layan' sepanjang minggu ni. Yang best, yang tak best, yang setakat ok je.. semua ada.


Yang paling aku tak boleh lupa ialah citer Toyol Nakal lakonan Julia Ziegler. Apa taknya.. sepanjang aku hidup ni, rasanya itulah citer yang paling melemaskan, menyebalkan, menyemakkan dan menyesakkan fikiran. Entah hapa2! Jalan citer kabur, skrip longgar, lakonan membosankan.. aduyaiiiiii.. sakit betul hati aku tengok citer cam tu. Terfikir lak aku betapa ruginya produser menghasilkan filem yang macam setakat melepaskan batuk di tangga tu. Start filem tu ditayangkan sampai ke sudah aku dok asyik nengok jam je manjangggg. Rahang lak naik longgar pasal aku menguap x sudah2.. Bosannn!!! Nak kata kelakar, langsung takde adegan yg menggeletek hati.. balik2 pelakon dok highlight lawak lucah. Sket2 sebut pasal 'malam Jumaat', 'buat anak'.. iskkkk.. geli aku!


Mood berbeza dapat aku rasakan bila berpeluang menonton Kungfu Panda 2. Gelagat si panda shomel, Mr Po memang menghiburkan. Gelak besar abang Sham di sebelah aku nyata menampakkan bahawa dia pun turut terhibur. Begitu juga dengan filem Nur Kasih yang meruntun perasaan dengan sinematografi yang menawan. Rasa bagai ingin masuk ke dalam layar menikmati indahnya buana bersama Adam, Nur dan Aidil yang berjaya memainkan peranan dengan penuh penghayatan. Filem seram sulung kelahiran KRU Pictures sentuhan Yusry KRU juga tidak menghampakan. Walaupun tak le best mana pon, Karak berjaya gak la mencelikkan mata aku agar tak terus terlena atau menjengah jam selang 5 minit macam citer Toyol tu.. Aduhaiiiii.. Tak caya? Tengoklah sendiri... ;P