Minggu ni agak relaks bagi aku. Memandangkan aku masih belum menyiapkan laporan Bab 3 dan memulakan penulisan Bab 4, aku cuba schedule balik plan aku dan manfaatkan masa yang ada sebaik2nya. Mengambil keputusan menarik diri daripada Program Outbound ke India, aku ada lebih banyak masa untuk memfokuskan kepada penghasilan tesis yang perlu aku siapkan untuk memperoleh Master yang aku idam2kan. Sepanjang minggu ni aku habiskan bersama2 suami tercinta di pulau mutiara. Rutin harian ~ mengemas rumah, membasuh, memasak.. aku laksanakan dengan penuh kegembiraan. Mudah2an apa yang aku laksanakan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadah di sisiNya. Sejak meniti alam rumah tangga ni, aku benar2 menikmati erti kebahagiaan bergelar isteri kepada abang Sham yang aku cintai. Melihat senyum lebar terukir di wajah manis abang Sham sudah cukup menghiburkan. Alangkah berserinya duniaku kini... Oppppssss.. Romantika de amour la pulak.. Hehehe..
Sepanjang minggu ni aku berkesempatan bersantai2 sikit. Jalan2, membeli barang keperluan harian, main boling & tengok wayang dapat merehatkan sekejap minda yang agak runsing mengenangkan tesis yang belum selesai. Kesudian abang Sham melapangkan masa melayani karenah aku memang tak ternilai harganya. Macam2 gak citer yang kami 'layan' sepanjang minggu ni. Yang best, yang tak best, yang setakat ok je.. semua ada.
Yang paling aku tak boleh lupa ialah citer Toyol Nakal lakonan Julia Ziegler. Apa taknya.. sepanjang aku hidup ni, rasanya itulah citer yang paling melemaskan, menyebalkan, menyemakkan dan menyesakkan fikiran. Entah hapa2! Jalan citer kabur, skrip longgar, lakonan membosankan.. aduyaiiiiii.. sakit betul hati aku tengok citer cam tu. Terfikir lak aku betapa ruginya produser menghasilkan filem yang macam setakat melepaskan batuk di tangga tu. Start filem tu ditayangkan sampai ke sudah aku dok asyik nengok jam je manjangggg. Rahang lak naik longgar pasal aku menguap x sudah2.. Bosannn!!! Nak kata kelakar, langsung takde adegan yg menggeletek hati.. balik2 pelakon dok highlight lawak lucah. Sket2 sebut pasal 'malam Jumaat', 'buat anak'.. iskkkk.. geli aku!
Mood berbeza dapat aku rasakan bila berpeluang menonton Kungfu Panda 2. Gelagat si panda shomel, Mr Po memang menghiburkan. Gelak besar abang Sham di sebelah aku nyata menampakkan bahawa dia pun turut terhibur. Begitu juga dengan filem Nur Kasih yang meruntun perasaan dengan sinematografi yang menawan. Rasa bagai ingin masuk ke dalam layar menikmati indahnya buana bersama Adam, Nur dan Aidil yang berjaya memainkan peranan dengan penuh penghayatan. Filem seram sulung kelahiran KRU Pictures sentuhan Yusry KRU juga tidak menghampakan. Walaupun tak le best mana pon, Karak berjaya gak la mencelikkan mata aku agar tak terus terlena atau menjengah jam selang 5 minit macam citer Toyol tu.. Aduhaiiiii.. Tak caya? Tengoklah sendiri... ;P
No comments:
Post a Comment