Saturday, August 27, 2011

Balik Kampung

Hari ni insyaAllah kami akan memulakan perjalanan pulang untuk beraya di Johor.Memandangkan umah mak kat JB tu kat terletak kat taman, so aku 'balik taman' la gamaknya.. hehe.. Mudah2an perjalanan kami berjalan lancar dan sampai dengan selamatnya supaya dapat kami sama2 meraikan lebaran kali ni. Bagi kengkawan yang sama2 pulang ke kampung halaman / taman perumahan masing2, selamat pulang diucapkan. Hati2 di jalanraya. Jumpa di sanaaaaa!!!!

Thursday, August 25, 2011

Tak Tau Antara Dua...

Yeahhhh!!! Tak sabar rasanya nak tunggu esok.. The last day of the school before the school break! Tak sabar rasanya nak balik JB Sabtu ni. InsyaAllah.. Sabtu ni kami akan memulakan perjalanan pulang ke tanah tumpahnya darahku tu. Ikutkan hati nak je aku balik pagi2 sesudah subuh agar cepat aku berjumpa dengan emak dan keluarga yang amat2 aku rindui. Tapi abang Sham kata kami akan bertolak balik waktu malam untuk mengelakkan kesesakan dan terik mentari waktu siang. Tak pelah.. as long as aku dapat balik meraikan akhir Ramadhan dan menyambut Syawal bersama2 keluarga, aku dah bersyukur. Alhamdulillah.. cuma aku terasa gundah gulana juga bila memikirkan kemungkinan yang berlaku sepanjang beraya kat Johor nanti. Dua hari lepas, aku ke klinik bertemu doktor di Bertam Indah. Amat mengejutkan bila doktor mengesahkan bahawa aku perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital. Hasil scan yang dijalankan, doktor mendapati Cyst yang mendiam di dalam perutku kini dah membesar dengan diameter 8.33 cm dan perlukan rawatan segera. Aduhai.. serba salah aku dibuatnya.. Nak ke hospital takut nanti ditahan pulak.. abis camane aku nak beraya ngan family kat JB kalau aku masuk spital, kan? Kalau tak pegi sekarang, bimbang gak kalau2 ia memberikan risiko kepada kesihatanku.. Alahaiii.. apa yang aku nak buat ni???

Monday, August 22, 2011

Mencari Lailatul Qadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saturday, August 20, 2011

Cahaya Aidilfitri


Ramadhan semakin menjauh dan lambaian syawal kian kelihatan.. Sedar tak sedar Hari Raya semakin mendekat merapati kesibukan rutin yang aku lalui.. Tak sabar rasanya nak balik JB menemui emak dan family yg amat aku rindui. Nampak gayanya tahun ni aku beraya di JB dulu sebelum balik ke Seremban menyertai keluarga abg Sham meraikan Aidilfitri di sana. Di sebalik keseronokan meraikan lebaran bersama2 insan yang aku cintai.. kesedihan, kesayuan dan kesyahduan sesekali hadir menggigit tangkai hati. Meraikan Syawal tanpa arwah Abah & arwah Mie pada kali ni pastinya amat berbeza.. Tambahan pula aku dalam keadaan yang masih belum betul2 pulih. Meskipun lega sebaik diagnosis perubatan menyatakan bahawa aku akan kembali sihat dengan rehat secukupnya, perasaan tak selesa tetap ada. Apapun aku mendoakan mudah2an Aidilfitri kali ini memberikan sinar buat kami sekeluarga.. Selamat menyambut kedatangan Syawal buat semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri & pohon kemaafan zahir batin buat semua yg mengenali diri ini..

Monday, August 15, 2011

Nuzul Al-Quran

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Wednesday, August 10, 2011

Happy Belated Birthday


Semenjak dah memulakan sesi persekolahan ni masa semakin mencemburui diriku. Kesuntukan masa semakin terasa apatah lagi sepanjang melalui bulan Ramadhan yang mulia ini.. Dalam kesibukan menghadapi hari2 mendatang yang penuh liku dan warna, kerinduanku kepada keluarga di JB tak pernah berkurangan. Apatah lagi bila terbayangkan wajah sayu emak yang amat2 aku kasihi dan rindui.. Mujurlah dengan adanya teknologi terkini kami dapat berhubung hampir setiap hari. Bertukar2 cerita dan menu juadah berbuka puasa setidak2nya dapat mengurangkan sedikit kerinduanku kepada bumi Darul Takzim yang terasa sungguh jauh aku tinggalkan.. Menjelang hari ketiga Ramadhan lalu, adikku Aiman dan anak saudaraku Adam Fahmy menyambut hari ulangtahun kelahiran mereka. Ini merupakan kali kedua aku tak dapat meraikannya bersama2 mereka.. Dari kejauhan aku mendoakan kesejahteraan, keceriaan dan kebahagiaan buat Aiman & Adam ~ insan2 yang amat aku sayangi. Salam penuh kerinduan buat adikku Aiman & anakanda Adam daripada Mak Ngah & Pak Ngah di Penang... Nanti raya kita jumpa noooo... I love u guys!!!

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadhan


Ramadhan kembali menjengahkan wajahnya.. menggamit kerinduan yang tak bertepi buat insan2 yang telah pergi tak kembali. Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam khasnya buat saudara mara, handai taulan dan anak2 didikku di mana jua kalian berada.. Mudah2an Ramadhan kali ini memberikan 1001 kebaikan buat kita semua. Ramadhan kareem.. Allahu Akbar!!!