Saturday, April 21, 2012

Jangan Pandang Belakang

Lamaaaaa sangat aku x update blog ni. Pertama, sebab aku xde banyak masa skg.. kedua sebab tak de apa sangat nak dikongsikan bersama kengkawan.. ketiga sebab aku mengambil iktibar asbab tetiba karya aku akhir2 ni selalu gak 'diintai', 'dicuri', 'diceroboh' dan 'dimanupulasi' oleh khalayak yang tak dikenali. Buat sementara, di luar pengetahuan dan kerelaan ku, aku menjadi glamer pulak. Hehehe.. Pelik juga bila ada jugak yang meminati hasil air tangan aku yang tak sepertinya ni. Yalah.. aku bukannya sasterawan negara yang karyanya mampu menggoncang dunia dan peradaban manusia. Hobi menulis ni sebenarnya merupakan terapi minda untuk aku meluahkan apa jua yang terpendam di benak sanubari ku yang kerdil ini. Maklumlah, aku bukannya seorang yang petah berkata2 untuk menzahirkan apa jua yang terdetik di lubuk minda, penyair yang bisa meluahkan bait2 kata indah untuk melahirkan apa yang dipendam di benak perasaan. Aku orang biasa.. insan biasa.. menulis adalah cara aku... hobi aku.. kegemaran aku. Aku akan terus menulis meskipun bukan di ruang maya ini, di atas helaian kertas yang tidak pandai membohongi dan paling penting tidak menikam aku dari segenap sisi diri ini... Terima kasih daun keladi.. ;P

Ombak Rindu


Melihatkan tajuk entri kali ni mesti ada pembaca yang ingat aku nak tulis pasal filem pecah panggung.. gandingan hebat hero hensem dari negeri Temasik, Aaron Aziz, Maya Karin dan pengantin baru, Lisa Surihani. Bukannn.. tulisan ni bukannya pasal filem yang sound tracknya mampu buat aku meremang bulu roma. Mantap betul vokal Adira & Hafiz menjiwai lagu yg menyentuh pintu rasa mereka yang lena dilamun cinta. Ombak rindu ku yang tak bertepi adalah buat bonda yang amat aku kasihi. Emak.. jauh betul rasa jarak yang memisahkan aku dan emak. Walaupun telefon menjadi penghubung kami hampir setiap hari, ada masa dan ada ketikanya aku jadik homesick nak balik JB menjengah emak yang aku rindui. Apatah lagi saat-saat macam ni.. di kala emak memang perlukan perhatian lebih sebab kesakitan yang ditanggungnya. Tempohari Kak Gee bagitau emak kena minyak panas masa nak goreng kentang buat sarapan pagi. Kalau tengok gambar yang Kak Gee sent kat telepon abg Sham, kecederaan emak agak serius jugak. Hmmmm... Kalau aku ni burung, pasti aku dah terbang balik ke Johor untuk menemani emak. Malangnya aku sibuk sekarang ni... Dua minggu aku terlibat dengan perkhemahan PKBM peringkat negeri Pulau Pinang kat Kem Tentera Sg Ara, minggu lepas sibuk dengan taklimat Oral English Test utk SPM dan minggu ni aku sibuk 'berkanpung' dengan pasukan debat Bahasa Inggeris sekolah yang bakal beraksi di SMJKC Chung Ling menjelang Selasa ni... Di kejauhan ni, aku cuma mampu mendoakan emak kembali sihat dan sembuh seperti sediakala. Sedih rasanya bila setiap kali menghubungi, emak bagitau tangannya masih sakit dan berbisa. Emakkkkk.. adik rindu emak! Huhu..

Bola Sepak ke Sepak Bola..?


Semenjak dua menjak ni aku memang sibuk..Betul! Jadual kerja bertambah padat dek kerana menguruskan pasukan bola sepak sekolah menghadapi perlawanan sempena Kejohanan Bola Sepak MSSPP yang diadakan. Menguruskan 36 org pemain bawah 18 dan bawah 15 tahun agak meletihkan juga. Memang mereka tak banyak karenah, tak susah nak diuruskan.. Yang agak meletihkan ialah menguruskan makan minum, perjalanan dan pengurusan lainnya. Banyak borang nak diisi.. maklumlah nak bawak anak murid keluar sekolah ni memang bukannya mudah.
Isnin 26 Mac 2012, pasukan kami berdepan dengan SMK Kg Kastam untuk kedua-dua kategori. Malangnya selepas usaha yang bersungguh-sungguh kami tewas 2-4 utk pasukan bawah 18 tahun. Pun begitu, usaha pemain2 memang tak boleh dinafikan. Tak de rezeki.. nak buat camana kan? Seakan membalas dendam, pasukan 15 bangkit mengaum dan akhirnya padang SMK Gemilang menjadi saksi kejayaan pasukan 15 SMKDOB menundukkan pasukan yang sama dengan jaringan 2-0.

Rabu 28 Mac 2012, sekali lagi pertarungan sengit diadakan. Kehebatan pasukan SMK Mak Mandin memang tak dapat dinafikan namun pasukan SMKDOB juga tak kurang hebatnya.. Mungkin bukan rezeki kami, meskipun berjaya menewaskan pasukan SMKMM, pasukan 18 thn tidak berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya sebaliknya perjuangan ke suku akhir diteruskan oleh pasukan bawah 15 tahun yang ternyata berusaha dengan bersungguh-sungguh... Walau apapun, aku bersyukur kerana diberikan peluang bersama-sama skuad bola sepak SMKDOB dan melihat dari dekat permainan bola sepak secara 'live'. Sementelah aku berada kat kem tentera untuk kem PKBM pada tarikh pertarungan suku akhir diadakan pada 9 April lalu, pasukan kami kecundang di tangan SMK Desa Murni. Mulalah aku perasan tahap gaban.. mungkinkah ketiadaan aku penyebabnya? Wahahhaa.. Memang perasan! Syok juga menyertai kem PKBM yang diadakan setahun sekali tu. Dan yang paling best mestilah sebab aku berpeluang menembak menggunakan senapang M16 dengan peluru real dan menjadi satu2nya guru yang berjaya menembak dan menjatuhkan piring di Lapangsasar Sg Dua! Waaaaahhhhh!! Walau apapun, moga pasukan bola sepak SMKDOB terus berusaha mempamerkan aksi menarik untuk musim2 akan datang.. Majulah sukan untuk negara!!