Namun, semasa Team Building SMed 2025 tempohari, aku dipelawa berduet oleh En Hairul. Mulanya agak keberatan.. bukan aku menolak tapi lebih kepada menjaga batasan agar stigma negatif tentang akrabnya hubungan kami tidak disalah erti. Namun, akhirnya aku mengalah dengan permintaan sahabat yang sedang dalam proses pertukaran sekolah itu.. Ditambah pula dengan roller coaster emosi yang sedang diuji, akhirnya aku bersetuju..
Usai semua persembahan setiap kumpulan, En Hairul terus membuat kemunculan mengejutkan hadirin dengan persembahan kami. Lagu Di Sebalik Rahsia Cinta kami dendangkan sepenuh perasan hahaha😂🤣 Dalam sungguh maksud tersirat melatari lirik yang disampaikan, menyentuh kesedihan yang bukan kepalang. Semoga menjadi kenangan yang amat mahal untuk kami kenang dan menjadi ubat tatkala kesyahduan hadir bertandang. Selamat bertugas di CIQ En Hairul. Setiap detik bersama, menjadi memori manis untuk dikenang selamanya 🥺
No comments:
Post a Comment