SemalΓ m hujan di Iskandar Puteri. Mujur ketika aku hampir berangkat pulang hujan mulai reda dan perlahan-lahan menghentikan tangisan. Perjalanan pulang agak lancar meskipun banyak kenderaan di jalanan. Bertemankan lagu-lagu merdu mendayu, aku memandu pulang dengan tenang sehingga ke laman Pulai Indah yang permai. Sebaik tiba, seperti biasa aku parkir kereta dengan selamat. Pada masa yang sama, ada sebuah kereta diparkir betul-betul di depan rumah.
Saturday, September 20, 2025
Sampai Jumpa Lagi!
Hati, Jiwa, Rasa & Minda
Hati
Terasa beratnya bila menyayangi
Tetapi indah bila dihargai
Tiap masa dirasa sepi
Apabila ia tidak diisi
Jiwa
Terasa seksanya bila kecewa
Bukan sekadar cinta
Natijah kepada khianat manusia
Walau puas ia dijaga
Rasa
Menterjemah hati dan jiwa
Seolah mati kadang kala
Pabila acapkali kecewa
Angkara manusia
Kadang kala jadi bahagia
Terpenuhi runtunan hati dan jiwa
Keindahan alam membayang di mata
Minda
Bagaimana akhirnya keputusan dibina
Kekadang keliru dengan yang dirasa
Berbeza dengan yang tertulis dijiwa
Dihati juga tidak sama
Kepada Allah ku serah segalanya
Kerana ku tahu yang terbaik buatku
Putera Mahameru
20092025
Friday, September 19, 2025
Senyum + Ketawa = Bahagia
Ada yang pura-pura
Ada yang buat-buat suka
Ada yang mudah terasa
Ada yang jelas ikhlasnya
Ketawa membahagiakan
Bukan hanya bagi yang ketawa
Juga kepada yang melihatnya
Tak perlu dizahir dengan kata-kata
Senyum dan ketawa menjadi tanda
Yang bahagia pasti merasa
Indahnya senyum dan ketawa
Sebahagian amal membawa ke syurga...
Thursday, September 18, 2025
Hashtag 3 Beradik
Aku merasa amat bertuah kerana selama hampir 2 tahun berkhidmat di Medini, aku direzekikan bekerja dengan insan-insan hebat yang menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab. Aku menikmati keseronokan bekerja asbab dikelilingi barisan penolong kanan yang proaktif dan sangat menyokong melalui kebersamaan dalam menjayakan setiap misi sekolah. Kejelekitan dan persefahaman antara kami amat aku syukuri. Manakan tidak, acapkali tanpa menyatakan hasrat di hati, Hajah Hazizah dan En Hairul dah tahu apa yang bermain di benak fikirku.
Bohonglah kalau selama ini kami tak pernah berlaga angin atau berasa hati jika ada pendapat yang tak dipersetujui.. Cuma, lazimnya suasana tegang tak pernah terbiar lama kerana biasanya bicara kami penuh seloroh dan gelak ketawa. Teringat pulak lirik lagu alunan penyanyi kelahiran Kanada, Shania Twain antara lain menyatakan 'A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words.'
Keikhlasan jalinan persaudaraan yang dibina antara kami bertiga membuatkan aku menggelar kami 3 Beradik. Ke sana ke mari kami bertiga.. Sebab itulah bila En Hairul digerakkan ke CIQ ketika Hajah Hazizah sedang cuti sakit berpanjangan akibat retak tulang kakinya, aku merasa sangat kosong.. Terasa betul ditinggalkan! Sedih, sepi.. tak tahu bagaimana nak mengungkapkan kepedihan hati ketika itu. Tambah menyakitkan apabila titis air mata yang tumpah di dasar hati, semuanya aku hadapi sendiri.
Alhamdulillah, kini aku dah mulai bangkit untuk menerima realiti dengan membuka jiwa dan hati. Berjauhan tidak bermakna putusnya ikatan persahabatan. Bingkisan yang dikirim oleh En Hairul sebagai tanda mata kenangan kami bertiga sememangnya amat istimewa. #3Beradik sangat mahal harganya buat insan sekerdil aku. Semoga jalinan ukhuwah antara kami kekal selamanya dan segala urusan kami juga dipermudah olehNya. Moga hubungan baik kita 3 Beradik berkekalan sampai bila-bila!! Aamiin πΉ
#Medinidihati ❤️
Think Positive!
Membina suasana hati yang positif amat penting kerana ia dapat membantu kita merasa lebih baik untuk menerokai pelbagai dimensi indah dalam kehidupan. Apabila kita memilih untuk berfikir secara positif, secara tidak langsung kita dapat mencipta persekitaran minda yang lebih terbuka dan berkembang dengan kreatif sekaligus menerbitkan kebahagiaan dengan cara kita sendiri. Di samping itu, berfikiran positif juga berupaya meningkatkan kesihatan mental dan fizikal selain membantu mengawal tekanan dengan lebih baik.
Adakalanya ketika mendepani ujian dalam kehidupan, pusat pemikiran menjadi terlalu sensitif untuk berfikir secara wajar khasnya dalam membuat keputusan. Pemikiran positif amat penting dalam membentuk kekuatan psikologi yang membolehkan kita menangkis pelbagai halangan dan cabaran hidup. Sebagai contoh, ada pesakit kronik yang berjaya sembuh dan kembali sihat disebabkan iltizam untuk pulih dipasak kemas dalam minda di dalam dan di luar sedar. Begitu juga halnya dengan mereka yang berjaya mencipta kejayaan luar biasa disebabkan pemikiran positif dan kekuatan semangat yang dimiliki.
Sebenarnya nukilan ku kali ini adalah peringatan serta nasihat ku kepada diri sendiri agar sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif ketika menghadapi sesuatu kesukaran. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang menyayangi diri kita sepenuh hati, bukan? InsyaAllah ambil semua yang baik-baik sebagai panduan melandasi kehidupan agar apa juga yang dilaksanakan berakhir dengan kebaikan. InsyaAllah.. πΉ
Tuesday, September 16, 2025
Penawar di Hati ❤️
Mencari Mimpi
Aku, Dia & Lagu
Monday, September 8, 2025
Tiada Kata Secantik Bahasa
Sunday, September 7, 2025
Terlajak Perahu Boleh Diundur..
Saturday, September 6, 2025
Bowling.. Baling!
Friday, September 5, 2025
Selfish or Selfless?
For me, it is likely a type of slandering the school administrators as a whole. In reality, all activities were well planned and transparently discussed prior execution. Upon investigation, I learnt that the teacher was unhappy for being uninformed and uninvolved when the decision was made by the Principal, SLTs and MLTs. Sigh..! The word 'Selfish' was repeatedly uttered making me wonder a lot about what we had gone through all these while. Selfish? That's not a good word to portray what we have done as I found that most of us had been selfless carrying out our duly duties and playing our parts as Medinians.
Being a selfish person means one is being excessively concerned with oneself, one's own advantage and one's own needs without regarding for the need or feelings of others. Selfishness can be seen as the opposite of altruism or selflessness. On the other hand, selfless means being kind and generous to others, being altruistic especially to those in need. And now I wonder, are we being selfish or selfless when operating the school, handling all the responsibilities or confronting the hassles up to the date? π₯Ί Sigh again! Nevertheless, bringing altogether to achieve the mission is tough but I will never stop nor surrender until my mission is accomplished.
#medinidihati ❤️