Usai solat Subuh, aku turun menyiapkan juadah untuk Zahin yang akan ku tinggalkan sebentar lagi. Bertemankan lantunan irama merdu lagu-lagu melankolik yang menghidupkan suasana hati, aku mengurus apa yang perlu sebelum meninggalkan rumah. Masih awal, aku singgah ke Restoran Lesung Ibu untuk menikmati sarapan pagi hasil saranan Nizam 5 ~yang rajin mencuba pelbagai juadah di pelbagai lokasi. Ramai betul pelanggan sehingga tiada meja tanpa penghuni. Terlihat satu kerusi kosong di hadapan dua wanita separuh usia, aku mohon izin duduk bersama. Alhamdulillah.. dapatlah aku menikmati roti sarang burung yang enak bersama kenalan baru, Kak Intan dan Kak Noriha yang mesra. Sempat kami bergurau dan bertukar-tukar cerita macam dah kenal lama! 😂
Selesai mengalas perut, aku terus ke Mydin Mall Mutiara Rini untuk menyertai pertandingan bowling anjuran MPSM. Lama betul tak main apatah lagi selepas kecederaan kaki tempohari. Terfikir juga, masih berupaya kah aku? Alah belasah jelah.. sekadar main suka suka mengeratkan hubungan sesama rakan Pengetua kan.. Zaman bermain bersungguh-sungguh & mengejar juara dah lama berlalu. Melihat sekeliling terasa lucu. Macam-macam skill keluar.. yang melempar, membaling, meleret, menggolek semua ada! Riuh rendah kami bergelak ketawa, diketawakan dan mengetawakan.. Hilang kejap stress yang membelenggu. Syukur alhamdulillah, another day to remember.
No comments:
Post a Comment