Entah kenapa lagu retro dendangan Broery Marantika ni asyik terngiang2 kat telinga aku dua tiga ari ni. Nak kata aku minat lagu tu... boleh tahan la jugak. Pada aku lagu ni memang nostalgic, syahdu dan sekali sekala menggamit perasaan (dan perasan) aku kepada memori silam yang aku tinggalkan. Sebagai manusia biasa, aku macam org lain jugak, melalui pelbagai episod suka duka sepanjang merentas perjalanan dan liku hidup atas muka bumi yang terbentang luas ni... Kesedihan, kegagalan, kecewaan dan kepiluan yang pernah singgah dalam hidup, aku anggap sebagai perencah yang meng'enak'kan lagi santapan rohani aku yang selalu hanyut dalam kealpaan. Memang perit, memang sakit bila dikenangkan.. Tapi aku akur bahawa di sebalik apa yang berlaku, tersembunyi banyak hikmah dalam kehidupanku. Aku bersyukur kerana dalam pahitnya kekecewaan, ada manisnya persahabatan. Dalam peritnya kepasrahan, aku rasa indahnya pengorbanan. Isk.. Apasal malam ni syahdu pulak hati aku ni..? Sibuk pulak mengenang masa lalu dan menghitung esok yang belum tentu. Hmmm.... Biarlah bulan bicara sendiri...
No comments:
Post a Comment