Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul


Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) merupakan pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Baginda merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M. Bonda baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahanda baginda bernama Abdullah, ialah anak kepada Abdul Mutalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahanda Nabi Muhammad telah meninggal dunia sebelum kelahiran baginda lagi. Bonda baginda pula meninggal dunia ketika baginda baru berusia kira-kira enam tahun. Justeru, baginda membesar sebagai seorang anak yatim. Sebagaimana tradisi keluarga bangsawan Mekah yang lain, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu iaitu wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di kawasan pergunungan selama beberapa tahun.

2 comments:

Unknown said...

salam maulidur rasul.....

kak jan da kena tag..lau kak jan boring2....jwbla tag sy tue...kopipes dr blog sy...k...luv u kak jan....

Izan Hasrin said...

Salam maulidur rasul...
Luv u too izan... kekadang rasa cam cakap ngan diri sendirik plak...maklum la sama nama...hahaha...