Langkah demi langkah yang diatur rapi itu semakin mendekat dan kian menghampiri. Jantungku berdegup pantas dan semakin kencang. Tanpa dapat dikawal, peluh sejuk mula membasahi sekujur tubuhku. Renungan pemilik seraut wajah manis bermata bundar itu sedikit pun tak dapat menenangkan jiwaku yang kacau. Lunak suaranya melontar kata juga tak dapat menenteramkan hatiku yang meronta keresahan.
Suara itu memang merdu bagai halwa telinga yang mendamaikan, namun entah mengapa teramat aku geruni. "Nama-nama yang disebutkan, sila ke bilik rawatan sekarang..." Satu demi satu nama terpacul dari bibirnya yang merah hingga akhirnya... "Zahizan Hasrin!!"... Bagai halilintar membelah bumi, suara itu menghentikan lamunanku yang panjang. Alamak... kenapalah aku tak pengsan aje masa ni..? Hati kecilku menjerit2 minta diselamatkan. Matilah aku sekali ni....!
Dengan langkah gontai longlai dan lutut terketar2 aku akur menurut langkahnya menuju ke lokasi yang diarahkan... Di sana, sorang lelaki berjubah putih sedia menanti. Aku diarahkan duduk dan bermulalah misinya 'menyelamatkan' harta yang aku sayangi... Abislah gigi aku!!! Huhuhu!!! Selesai rawatan, maka berakhirlah "azab sengsara" aku pada hari tu... Fuh... leganyaaaaaa tak terkata!!! Itulah kenangan yang tak dapat aku lupakan selama hayat dikandung badan.
Sesungguhnya detik2 dipanggil oleh jururawat pergigian sampailah menerima rawatan daripada doktor gigi memang cukup menggerunkan aku sejak zaman budak2 sampailah dah tua renta skg ni... Hahahaha... apa nak jadik ni??? :P
10 comments:
wakaka..kenapa gmbar drill(handpiece namanya) tu kembang? kelakar pulak haha
Hahaha... sebab nak tgk gambo menda ni pun dah rasa gigil kepala lutut la dr!! (Ayat cover line la tuuu...) ;P
ingtkan apela..upenya pasal gg....ingtkan citer hantu....hehhe...
salam , bayangkan zan sedang memandu .... gambar yang kedua bayangkan seperti gear automatik kereta JHM ....
gimik je lebih, izan... hehehe...
kak aya, isk ... kalau la drill tu jadik gear saya abis la... eeeeiii ngerinyaaaa!!!
ehmmm... arini sy br dpt tgk blogt akk. sori le kak. xbrp nk sempat.. fb n email pun dh lama xjenguk.. nk smpt2kn mmg xsmpt jgk akhirnya.. mcm baca bahasa novel le kak. akk ada bakat jd penulis skrip drama n novel! Syabbasaaa!!
Tqvm suhaimi...dlm sibuk2 tu sempat jugak mjengah2 blog akak ni. Setakat tulis cincai2 mcm ni boleh la mie, tupun nasib x kena edit ngan Ketua Bidang Bahasa.. heheheh..
huhu... tekojot den
Best jugak mengojutkan kengkawan skali skalo...hahaha!!
Post a Comment