Perasaan lega dan gembira bercampur baur seusai program sandaran yang memakan masa hampir 6 bulan di sekolah sandaran. Pada pagi Ahad nan hening aku memulakan perjalanan pulang ke kota keriangan Genting Highlands meneruskan pertapaan untuk melengkapkan fasa pertengahan dan fasa berterusan kat sini. Alangkah gumbiranya hati sebab dapat bertemu kengkawan dan geng2 NPQEL semula. Perasaan sedih kerana meninggalkan keluarga dan sahabat2 setia terubat juga apabila bersua dengan rakan2 seperjuangan yang riuh bercerita pengalaman bersandaran (dan tersandar) di sekolah masing2. Punya la excited masing2 bercerita sampai tak tau sape nak dengor sape citer... so spt biasa aku yg paling muda ni laaaa (dan paling pendiam antara sume yg ada ni hehe) yg menjadik pendengar setia cerita rakan2 yang pelbagai versi tu... hehe.. Keadaan yang sejuk berkabus akibat hujan lebat pada malam tu, ternyata tak berjaya menghentikan keterujaan kitorg bercerita.
Citer yang paling meletop sudah pasti berita gempar dari Bumi Kenyalang. Berita perkahwinan heroin Iban terakhir K4 yang juga sahabat baikku Jusphine yang menemui cinta sejatinya secara ekspres sepanjang tempoh sandaran memang mengejutkan ramai taulan... Sah la sudah Jusphine kini bertukar status dan kini digelar Puan Bonny secara rasminya... Tahniah Phine, doa kami semoga bahagia mengiringi kehidupanmu hingga ke akhir nyawa... Selain Puan Bonny, K4 juga meraikan kegembiraan atas pertunangan merpati dua sejoli iaitu mantan penghulu K4, Encik Mohamad bin Jauhari dan pasangannya Cik Rosni Ruddin. Mudah2an time nak makan nasik minyak sok kirorg sumer tak dilupakan...ehem..ehem..
Kuliah dahpun bermula... keadaan agak 'haru biru' (kaler2 yg lain blom kuar lagi) bila kengkawan sekumpulan mula tertanya2 tentang status utk ke UM. Antara soalan2 cepumas yang keluar termasuklah, adakah kitorg ni ada 'can' menyambung perjuangan di universiti tertua negara ni memandangkan KPM dah menangguhkan pengajian utk thn ni..? Apakah setakat ni je langkah kaki kitorg? Takde ke cara lain utk membantu kitorg menuju puncak (dah macam AF pun ada!).. macam2 persoalan bertimbal balik dalam minda dan tak tau camane nak merungkainya asbab IAB pun x memberikan kata putus lagi setakat ke tika dan saat ni. Situasi agak 'hangat' bila isu ni ditokok tambah pulak dengan pelbagai versi cerita dari pelbagai sumber yang diragui kesahihannya. Angin2 yang membawa perkhabaran pun tak kurang kencangnya seiring dengan kabus tebal dan suasana sejuk yang menyelimuti kedinginan kat sini... Apa2pun aku mengharapkan agar segala persoalan akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik dan bukannya 'terbalik'.
Minggu ni agak syok sket coz subject yang diketengahkan adalah subject ICT yang rasanya agak menarik. Baru hari kedua kitorg dah diberikan buah tangan untuk dibawa balik berupa assignment penyediaan manual oleh Mr Liew. Bagi kengkawan yang masih belum menyiapkan laporan sandaran sepenuhnya, sudah pasti masa yang ada dimanfaatkan sebaik2nya untuk melengkapkan laporan untuk dihantar kepada penyelia masing2. Yang penting tepat 31 mac 2010 semua laporan kena submit utk dinilai oleh coordinator pembimbing...
SELAMAT BERSUA KEMBALI!!!
5 comments:
alahai..sikitnya gambo..yg biasa2 je pulak tu hehe..cerita pun tak banyak..blog ni separuh muka je dah iklan..sparuh lagi baru ada blognya..mcmana tu?
rasanya gambo2 yg terpapar kat sini sgt cantik utk dikongsikan dgn khalayak yg membaca. nak upload pun amek masa yg panjang sbb line x ok. gambo2 lain akan dimasukkan dalam entri berikutnya k? design ni merupakan 3 columns design - saje tukar utk kelainan.. hehe.. thanks for the comment.. :)
Kat Genting mesti sejuk kan??? Besnya!
Cantiknya bunga2 tuuuuu!!
1. Genting memang sejuk nyaman.. bila nak ke mari?
2. Gambo2 bunga tu memaaaaangggg cantik kan?
Post a Comment