Minggu ni merupakan minggu terakhir aku berada di SMA untuk mengikuti program sandaran bagi melengkapkan program NPQEL anjuran IAB, KPM. Tak dapat aku nafikan betapa gembira dan terujanya aku nak menamatkan sesi yang sangat panjang ni... 6 bulan aku kira bukan satu jangkamasa yang singkat. Masuk hari ni, dah seratus enam hari aku bernaung di bawah redup bumbung SMA yang damai ni (hehe...dok kat Bilik Media yg ada air cond memang la nyaman!). Kesemua 3 projek dahpun dijalankan tapi sampai ke tika dan saat ni (masa aku menaip ni) laporan program masih jugak tak siap2 lagi... Tu yg membuatkan tidur aku selalu tak lena dan makanan tak terdaya nak ditelan... Aduhaiiii...
Di celah2 kesibukan aku menyiapkan tugasan yang dibekalkan pihak IAB, ada jugak beberapa perkara menarik yang meringankan beban di bahu ni.. Selain pertemuan semula aku dengan rakan2 sekolah yang hampir 20 tahun terputus hubungan melalui laman sosial FB yang memang berjaya menyerikan hidupku - yang tatkala itu dirundung kesedihan, hidup aku diwarnai dengan kehadiran seorang rakan 'maya' yang aku temui secara tak sengaja di laman Skype. Ini bukan cerita kasih sayang uda dan dara, jauh sekali kisah merpati dua sejoli yg asyik masyuk bercinta... cuma kisah biasa sebuah persahabatan yang berjaya 'menghidupkan' semangatku yang hampir pudar nyalaannya. Persahabatan yang dijalinkan tanpa menetapkan syarat dan sempadan masa. Sembang2 pun bukan omongan kosong dan merapu semata2, cuma adakalanya diselitkan juga gurauan yang tidak melanggar susila dan budaya. Kehadiran rakan maya nan satu ni tak la sampai mewujudkan istilah 'teman tapi mesra' cuma kehadirannya memang aku rasa...
Selain rakan maya yang banyak memotivasi dan menginspirasi, aku terkesima dengan kegigihan seorang sahabat yang begitu memuja keindahan alam ciptaan Ilahi (aku pernah menyebut tentang sahabatku itu dlm entri2 lalu)... Dari lensa kameranya, terakam banyak panorama indah yang menginsafkan aku kepada keagungan Maha Pencipta. Aku sangat terharu dan berbesar hati kerana acapkali diberi kesempatan menulis komentar untuk wajah2 alam yang dipotretkan - walaupun aku bukanlah org selayaknya berbuat demikian... terasa diri betul2 dihargai. Wajah2 sang mentari, titisan embun di pagi hari, pemandangan indah di Tasik Chini, flora dan fauna yang berwarna warni, terasa dekat di sanubari... Biasalah disebabkan aku ni spesis jiwang tahap gaban, setiap yang dirakamkan tu memberi kesan yang sangat mendalam. Sensitiviti dan apresiasi yang didedikasikannya kepada alam yang indah terbentang ini, menyedarkan aku bahawa alam yang sangat luas ini adalah lagu, puisi, syair, lukisan dan ukiran yang menyimpan pelbagai misteri dan rahsia yang tersendiri. Nampaknya sekarang dah menjelang dinihari, assignment aku banyak lagi ni tapi aku dah merapu ke sana sini... Tidurlah sekejap, mana la tau ilham mencurah2 datang dalam mimpi... Zzzzzzzz...
18 comments:
Damai sekali melihat gambar2 di blog ni. Cantik dan menarik. Olahan bahasa yang santai namun tersusun. Teruskan menulis.
Hamzah Fansuri
Taiping
hi z..tak sangka gambo yg aku snap dapat kau susun sedemikian rupa hingga kelihatan indah dan mendamaikan..hehe i really appreciate ur efforts z..;)
Sdra Hamzah, terima kasih atas kesudian singgah sebentar menjengah blog saya... Gambar2 alam yg indah tu adalah drpd sahabat yg tersebut dlm entri ini.
Hi, Dr Ismail... gambo2 yg kau snap tu memang berjaya mencuri tumpuan ramai.. tak jemu dipandang dan sangat mendamaikan. Tq coz sudi beri kebenaran publish gambo2 ni.. Terima kasih daun keladi.. ;)
Izan.. ingat saya tak? Kita jumpa kat Tganu (Primula Beach Resort) masa mtg LPM dulu. Dengar cerita awak sambung belajar, kat mana?
106 hari? lama eh..
i agree.. d pics were amazing...
kak jan...harinie sy suka gambo kumbang dgn lalang....sy suka kak jan ada kat sekolah..harap pasnie cepat2 habis belaja n kembali ke SMA, kalau sudi....
Hola Shrydar... yes, of coz i remember u! Waaaa..Camana boleh 'sampai' ke blog ni? Tqvm.. i skg di IAB Genting Highlands under program NPQEL (dulu NPQH). Sekadar menambah ilmu di dada. :)
Kengkawan, actually 109 hari semuanya kalau sampai last day ni.. Fuhhh!! Lega dh nak abis.
* Mail... kan aku dah kata?? hehe
Anak Ain - tq (bg pihak photgrapher). Semua gambo beliau cantik2, rasa cam nak masukkan semua je hehe.. Tq, moga kita jumpa lagi pas ni.. Bukan k izan x sudi dok kat SMA, jauh dikkk! :)
Zan..sape si tukang gambo ni? Kemain puji dia ya..Ada apa2 ke ni? Wbpun, mmg cantik gambo tu sumer. Jgn mare.. hehe
best...
Anonymous - Tukang amek gambo2 ni adalah seorg dentist terkemuka kat Mersing. Jgn main2, kang abis dicabutnya sumer gigi yg ada.. hahaha!!
Anonymous - tqvm :)
Cemburunya kanda..
Cemburu?
haha.. akhirnya sy dpt baca entry ni. xsmpt pun dismpt2kn jgk sbb dh jajnji dgn kak jan cuma k jan je y x langsai2kan utang kat sy lg! kuikui.. gambo cntk dh. abis, gambo2 alam je ke? lain??
1. Thanks la coz akhirnya berjaya 'menjengah' ke blog akak yg x seberapa ni..hehe..
2. Ok, bab 'utang' nak gi umah alin tu nanti bila akak balik ke johor akak akan langsaikan tp alin jgn lupa masak bes2 tau! ;)
3. Gambo alam la yg best alin.. Ko nak gambo apa plak? Nanti akak sampaikan kat photographer...hehe
Post a Comment