Sunday, January 23, 2011

Reunion ~ 5 PA (2006)

Sepanjang tempoh perkhidmatan aku selaku pendidik di SMA, pelbagai memori suka dan duka terakam kemas di kotak ingatan dan aku simpan dlm sanubari. Keletah dan ragam anak2 didik sering menghiburkan hati dan menceriakan hari2 yang aku lalui. Meskipun ada kalanya terdapat jugak karenah anak2 murid yang melukakan hati dan kadangkala mencabar kesabaranku, semua tu aku terima dengan hati yang terbuka. Aku memang akrab dengan pelajar2 di SMA tak kiralah sama ada mereka aku ajar secara langsung mahupun tidak. Sebagai cikgu tiada apa yg lebih bermakna selain menyaksikan kejayaan anak2 didik aku dalam kehidupan mereka. Kecemerlangan akademik adalah bonus tapi menyaksikan mereka matang dan membesar di depan mata aku memberi kepuasan yang tak dapat aku jelaskan dengan kata2. Aku memang sayangkan anak2 didikku tanpa mengira latar keluarga dan bangsa mereka.. Aku percaya kerana itu jugalah keakraban yang terjalin antara kami melekat kuat hingga ke hari ini. Aku bersyukur kerana sepanjang tempoh ini aku masih diingati dan hubungan dengan anak2 didikku terjalin harmonis dan penuh kasih sayang. Itulah 'mahal' dan manisnya kenangan sebagai guru a.k.a pendidik yang sangat memberi kesan kepada diriku.


22 Januari 2011 lalu, bersama Kak Aya, aku dipertemukan semula dengan anak2 (aku menggelar pelajarku sbg anak2ku) dari kelas 5 Perakaunan. Meskipun kami dipisahkan oleh jarak dan masa, ia tidak membataskan kemesraan yang terjalin antara kami. Walaupun tak semua pelajar hadir bersama2 memeriahkan reunion pertama tersebut, majlis berlangsung penuh meriah. Sebagai guru tingkatan mereka pada tahun 2005/2006, aku sangat berbesar hati kerana masih diingati dan dikasihi oleh anak2 didikku yang rata2nya telah berjaya membina kehidupan masing2. Seperti biasa Ayyapan la yg menghidupkan suasana di Merrybrown, IOI Kulaijaya dengan jenakanya membuatkan kami tak kering gusi. Kesudian Sasi K.K. melapangkan jadual latihannya bersama skuad bola sepak negara, Harimau Muda utk menyertai reunion ini tambah merancakkan suasana. Chai Chin (Mapiow) pun dah jadi ibu muda yang elegan dan rupawan... Sook Fen, Lih Yun, Julie, Huey Huey, Vitya, Leena, Fong Yin dan Chai Chin semakin jelita dan bergaya. Maklumlah duit dah berkepuk dlm tas tangan masing2. Neruthasan, Parames, Nagaraj, Thinesh selain Ayyapan dan Sasi memang hensem bergaya bak model citer Hindustan... Hehehe..


Aku mengharapkan agar kehidupan anak2 didikku terus dilimpahi kejayaan dan kegembiraan. Walau sejauh mana kalian pergi, setinggi mana kalian terbang, cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keceriaan mengiringi derap langkah kalian. 5 Perakaunan 2006 akan terus kekal dalam memori.. All the best guys! Salam ingatan penuh rindu dan kasih sayang buat kalian semua.. I miss u all!

No comments: