Dalam meniti perjalanan dalam kehidupan ni, bermacam ragam manusia telah aku temui. Sahabat, kawan, teman, kenalan.. memenuhi kebanyakan ruang dalam diari hidupku. Aku memang seorang yang suka berkawan. Persahabatan pada aku memang merupakan satu elemen terpenting dalam kehidupanku. Dalam persahabatan, kejujuran merupakan satu aspek yang amat aku pentingkan.. Melalui pelbagai fasa dalam kehidupan dalam mendepani hari2 yang bersilih ganti, ragam teman2 dan sahabat handai aku hadapi dan aku telan satu per satu meskipun dalam kepahitan. Tidak mengapalah.. kerana apa jua yang berlaku dalam kehidupanku aku biar saja berlalu dan aku serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Aku bersyukur kerana akhirnya kini aku ditemukan dengan seorang teman dan sahabat sejati yang benar2 memahami dan menemani aku dalam menghadapi pancaroba kehidupan ini. Setiap tuturnya yang penuh keikhlasan memberi bekas yang mendalam di dalam hati ini.. Terima kasih kerana menjadi teman setia yang menemani hari2 ku selama ini.. Thanks abang.. You mean everything to me!
4 comments:
ensem abg akak..hehheh..(kak lin de kat sebelah sy ms sy tgh bg komen ni) ^^
izan, terima kasih.. ensem tu subjektif dik. beauty lies in the eye of the beholder kan..? sememangnya dia laaa yg paling ensem kat mata akak la ni... hehehe
hehe...btulla...x tipu...anak akak pon comel sgt2...ish, x sabar nak menghitung hr ke majlis akak nant..
thanks izan.. bab anak tu x leh komen laaa.. nnt ada hati yg terluka lak! hehe..
Post a Comment