Wednesday, April 20, 2011

Menuju Puncak


Diam tak diam, sedar tak sedar masa berlalu amat pantas dan sentiasa mencemburui kita. Masa berlari meninggalkan semalam sebagai kenangan dan sejarah yang bakal tersimpan dalam kotak ingatan. Menoleh ke belakang.. banyak pengalaman pahit manis aku tempuhi sepanjang pangajian di sini. Dalam kerancakan menyelesaikan deretan tugasan yang diberikan, aku melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan inayahNya maka aku masih bernafas di bumi yang penuh pancaroba ini, menikmati indahnya wajah alam nan luas terbentang dan menghirup udara di kota batu yang tak pernah lekang dengan kesibukan. Alhamdulillah... Semakin lama, aku semakin hampir ke penghujung pengajian di universiti tertua negara ini. Mulai 25 April 2011 ni bermulalah pertempuran kami di medan peperiksaan hingga 5 Mei 2011 nanti. Macam2 jenis peluru dan bom dah kami siapkan sebagai strategi menghadapi peperangan yang menuntut kejituan semangat dan kekentalan mental fizikal yang bukan sedikit itu. Perbincangan demi perbincangan dahpun dijalankan sebagai langkah persediaan awal. Aku merasa bertuah dan gembira sebaik dipelawa menyertai kumpulan perbincangan yang diketuai oleh Zaharul tempohari. Perdebatan, perbahasan dan perbincangan mengenai kaedah menjawab soalan serta ulangkaji berasaskan soalan2 tahun lalu, sedikit sebanyak berjaya mengusir kegusaran di hati. Rasa agak lapang fikiran kerana kali ni memang aku perlu bertindak segera. Keputusan semester lepas dengan CGPA 3.82 akan cuba aku perbaiki untuk memperoleh kedudukan lebih cemerlang memandangkan aku benar2 bercita2 meneruskan pengajian ke peringkat PhD selepas ni.. InsyaAllah.. Aku bersyukur kerana Abang Sham tak pernah menghalang bahkan memberikan galakan kepadaku mengejar cita2 yang aku impikan. Mudah2an aku dapat menghadapi peperiksaan kali ini dengan tenang meskipun kian dihimpit kesibukan dengan persiapan menjelang perkahwinan yang bakal menjelang 9 hari lagi. Aduhai.. Berdebar jantungkuuuuu...!!! :D

No comments: