Saturday, April 9, 2011

Persidangan Parlimen


Khamis lalu, aku dan rakan2 berpeluang ke Parlimen menyaksikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas diadakan secara 'live'. Menaiki bas sekolah yang disewa, pergerakan kami dari IKP Universiti Malaya berjalan lancar. Walaupun hari2 aku melewati bangunan Parlimen utk ke IKP, aku belum pernah berpeluang masuk dan menyaksikan sendiri persidangan yang diadakan di situ. Cuaca panas dan pelawat agak ramai pada hari tu menyebabkan suasana agak kurang selesa. Maklum ajelah, ia merupakan hari terakhir Parlimen bersidang. Bas terpaksa diletakkan agak jauh dari pintu masuk dewan menyebabkan kami terpaksa menapak agak jauh mendaki bukit menuju ke destinasi. Sesekali berjalan kaki best jugak.. cuma aku rasa kasihan pada Kak Rosmahwati & Kak Hapizoh yang sarat mengandung tapi terpaksa turut bersama berjalan kaki agak jauh hari tu. Rombongan UM turut disertai oleh pensyarah Pengurusan dan Undang2 kami, Prof Madya Dr Tie Fatt Hee yang bermurah hati membawa cenderamata bagi pihak IKP. Oleh kerana galeri awam Dewan Rakyat ketika itu penuh sesak dengan pelawat, kami dibawa untuk taklimat ringkas di Dewan Negara. Penerangan pegawai Parlimen mengenai perjalanan persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang sangat menarik tu terpaksa dihentikan sebaik kami menerima isyarat masuk ke galeri awam Dewan Rakyat. Perasaan teruja kerana berpeluang melihat sendiri perbahasan oleh wakil2 rakyat yang terpilih akhirnya hilang apabila usul yang dibahaskan tidak sehangat yang disangkakan. Yang mendukacitakan, jumlah kehadiran perwakilan amat sedikit dan tidak memenuhi walaupun suku daripada kerusi yang ada. Aku rasa, mungkin ramai perwakilan lebih berminat untuk 'turun padang' ke Sarawak sempena pilihan raya di sana. Lebih mengecewakan apabila aku melihat sendiri karenah perwakilan yang dipilih rakyat sempat melayari Facebook semasa usul dibahaskan di dewan yang mulia itu membuat aku terfikir seketika soal integriti dan kepercayaan yang diserahkan oleh rakyat kepada mereka. Apapun, inilah kenangan yang bakal aku bawa pulang sebaik sahaja aku tamat mengikuti Sarjana Kepengetuaan menjelang akhir Jun nanti. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk akan aku jadikan sempadan..

No comments: