Sepanjang cuti sekolah ni suamiku sangat sibuk. Menghabiskan tugasan agar tiada tunggakan kerja yang ditinggalkan sebelum berundur dari Toyota merupakan sasaran yang perlu abang Sham laksanakan. Seperti yang selalu dinyatakan kepadaku, abang ingin melangkah keluar dengan nama yang baik dan imej yang bersih. Itulah yang menyebabkan abang pulang lewat hampir setiap hari sepanjang minggu ini. Sebagai isteri aku memahami kerjaya abang dan sentiasa mendoakan kejayaannya.
Justeru, bila abang meluangkan masa senggangnya yang amat terhad itu bersamaku, aku merasa sangat bahagia dan gumbira. Terasa diri disayangi.. cewah.. Bukan apa, aku pasti setiap isteri akan rasa sangat bertuah bila suami mereka sudi meluangkan masa emas mereka demi kita. Betul tak? Aku rasa bertuah kerana berpeluang spend masa berharga dengan abang sebelum kami berhijrah dari utara tanah air ini.
Antara destinasi menarik yang sempat kami lawati ialah Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris) kat Sik, Kedah. Walaupun lokasinya agak jauh jugak dari Kepala Batas, abang Sham berbesar hati membawa aku ke sana. Tempatnya yang cantik dikelilingi tasik yang mendamaikan memang memukau pandangan. Siapa sangka, nun jauh di sana ada ladang anggur yang berbuah lebat dan sedia dipetik bila-bila masa saja asalkan korang bayar dulu sebelum masuk.. hehe.. So sesape yang teringin nak rasa pengalaman memetik anggur dan merasai kemanisan anggur yang segar, jomlah melawat Tasik Beris dan sudah pasti korang akan terpesona dengan keindahan panorama yang indah dan mengasyikkan...