Monday, November 26, 2012

Salam Terakhir ~ SMKDOB

9 November 2012 merupakan hari terakhir aku mengajar di SMKDOB. Sesungguhnya aku amat bertuah kerana berpeluang mengajar di sini ~ antara sekolah tersohor di Pulau Pinang dan di Malaysia. Mendidik anak2 yang sememangnya cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum memberikan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata2.. Memang seronok mengajar anak2 cemerlang ni.. Buatlah apapun aktiviti, pasti sambutan dan sokongan yang diberi sepenuh hati. Banyak kenangan terpahat di sanubari sepanjang aku bersama anak2 ini.. Mereka ceria, sporting dan tak banyak ragam. I had a lot of fun with them! Sayangnya setelah bersama selama setahun 4 bulan, kami bakal berpisah menjelang sesi 2013 nanti. Aku bakal meneruskan perjuangan di tanah kelahiranku awal tahun depan. Buat anak2 didik yg sangat teacher sayangi, jaga diri bebaik. Semoga kecemerlangan terus mengiringi setiap derap langkah kalian tidak kira di mana kalian berada dan apa jua yg kalian usahakan. Keep in touch!!!



3 comments:

ain said...

Eh kak zahizan ade blog..hehe..wish u luck in your new school!

Izan Hasrin said...

Thanks sudi jenjalan kat blog ni. Lama xtgk, x update sbb bizi manjang hehe..

Are_min said...

asalam,rindu kat tr. Bla tr ada blog xtau pon.Apa pon wish u n ur family happy