Monday, November 26, 2012

Ops Bersih

Cuti sekolah dah pun menjengahkan wajahnya. Sedar tak sedar dah dua minggu aku melalui cuti persekolahan tahun 2012. Selain sibuk mempersiapkan diri untuk berhijrah ke tempat baru, aku mengambil kesempatan merehatkan diri bila je ada kelapangan. Memandangkan suamiku sibuk bekerja menghabiskan sisa tugasannya sebelum memulakan tugasan baru nanti, aku seringkali ditinggalkan sendirian. Asbab cuti panjang, aku menjalani rutin suri rumahtangga sepenuh masa. Memasak makanan kesukaan suami, mengemas dan membasuh membuatkan aku betah duduk di rumah sepanjang hari. Inilah masa aku menjalankan aktiviti tetap dan berpencenku ~ mengemas rumah. Seronok dapat melancarkan adrenalin di samping membersihkan setiap ruang yang ada. Memang sejak kecik aku tak tahan tengok rumah bersepah, kain baju tak berlipat, dapur tak berkemas... Rimas & semak mata memandang! Ok, segala peralatan dah tersedia so apalagi... jom kita mengemas!!! ;P


No comments: