Masa kian pantas berlari meninggalkan kita tanpa disedari. Diam tak diam dah tiga bulan aku kembali mencurahkan bakti di bumi kelahiranku ~ Johor Darul Takzim. Keputusan kembali ke negeri hujung medini sebenarnya diilhamkan oleh Abg Sham. Dah bosan berkelana di utara tanah air katanya.. Aku apa lagi.. terus bersetuju tanpa menunggu lama. Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat bermanja kan? Hehehe.. Walaupun sebahagian besar zaman remajaku dihabiskan di Negeri Sembilan, Johor tetap di hati. Apatah lagi pulang dan berbakti menjaga emak yang aku kasihi memang bonus terbesar dalam hidupku.
Kembali bertugas di JB, aku kini mencurahkan ilmu kepada anak bangsaku, peneraju generasi masa hadapan Malaysia tercinta. Berhampiran dengan taman tema Legoland, Malaysia perjalanan pergi balik ke sekolah yang memakan masa kurang 20 minit kini menjadi rutin. Syukurlah dalam keletihan menjalankan tanggungjawab mendidik remaja belasan usia, aku ditemani oleh Abg Sham yang setia bersama ku sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Memandangkan Abg Sham akan memulakan kerja menjelang April nanti, banyak masa terluangnya digunakan untuk menemani aku. Sepanjang tempoh 'berehat' Abg Sham, akulah insan paling bertuah. Rasa disayangi betul bila pergi dihantar balik dijemput.. Cewah!!
3 bulan aku bertugas di sini, nampaknya kesibukan kerja tidak kunjung pergi. Berkhidmat di sebuah sekolah AMANAH di selatan tanah air, kesibukan tugas bagai bertali arus tanpa penghujung. Menjelang hujung minggu memang aku betul2 kelelahan. Ahad merupakan hari istirehat utama kerana sepanjang Isnin hingga Sabtu aku sibuk dengan kerja yang bertimbunan. Mujur Abg Sham menjadi sahabat setia yang sentiasa mendengar keluh kesahku, menyabarkan aku sepanjang berdepan karenah dan kenakalan anak didikku dan memberikan sokongan tak berbelah bagi kepadaku. Syukur alhamdulillah.. terima kasih abang!!
No comments:
Post a Comment