Alhamdulillah, meski berdepan beberapa ujian yang menyesakkan dada, aku merasa bahagia sebaik keputusan SPM diumum beberapa minggu lalu. Lonjakan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.4 iaitu 3.41 daripada 3.81 sememangnya amat membahagiakan jiwa seorang guru seperti aku. Meski agak terkilan kerana seorang murid gagal Bahasa Melayu (sekaligus memecah rekod hilangnya LMS 100%) aku tetap bersyukur. Bahagia, kerana inilah hasil daripada kepimpinan ku sebagai pengetua buat kali pertama. Alhamdulillah..
Berdepan karenah ibu bapa di sebalik keterujaan mereka mengambil keputusan anak masing-masing adakalanya agak menjengkelkan. Manakan tidak, ada yang mengambil jalan pintas terus melapor ke pihak atasan tanpa merujuk pihak sekolah tentang tatacara pengendalian penyerahan slip keputusan secara melulu. Terasa hati juga bila difikirkan tapi begitulah.. Sebagai pengetua, aku belajar menerima di semua situasi dengan hati terbuka..
Apapun, tahniah dan syabas kepada semua warga atas kejayaan mencipta rekod baharu dalam SPM 2024. Aku percaya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang. Alhamdulillah, semoga SMed terus melakar kecemerlangan meskipun berdepan pelbagai ujian dan halangan. Tahun ini kita buat lebih baik lagi. inysaAllah.. Kita boleh! Salam sayang untuk semua.
#medinidihati❤️
#Mediniansareawesome
#sayasayangpasukansaya
No comments:
Post a Comment