Meskipun kurang sihat dengan batuk mengokol, sakit kepala yang berulang serta badan yang tak ketentuan rasa, aku gagahkan diri menghadap komputer hingga dinihari. Jam 5 pagi, selesai semuanya. Selepas Subuh, aku capai kunci kereta dan memandu ke Pulai Perdana. Sebagaimana janji, aku jemput Aneeq ke rumah sepanjang cuti persekolahan. Kasihan anak saudaraku yang paling kecil itu.. Jika tidak begitu, pasti sepanjang cuti sekolah Aneeq akan ke pejabat mak ayahnya secara bergilir sama ada ke UTM bersama Lin atau ke LPJ Pasir Gudang dengan Aa.. Kesian dia.. Setidaknya, di rumahku nanti Aneeq bebas ke sana sini. Nak buat homework ke, nak main ke, nak tidur baring ke... At least, makan minumnya terjaga..
Tak ke mana pun kami cuti kali ni. Ada tak ada, aku bawak Aneeq ke pejabat sekejap sebelum ke Assalam bersama Emak & Ain. Jadilah buat ubat cuti sekolah ni ye.. Betul cakap Aneeq. Mak Ngah ni cuti sekolah pun pergi sekolah.. 🤣 Dia tak tau Mak Ngah ni tak boleh tak nampak bumbung sekolah.. mesti nak pergi jugak! 😂 Ok, selamat bercuti sekolah semua! Manfaatkan cuti sekolah ini dengan aktiviti berfaedah ye.. Take care, guys! 🌹❤️
No comments:
Post a Comment