Saturday, June 7, 2025

Salam Aidil Adha

Tahun 1446H menyimpan pelbagai memori suka duka yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit buat manusia sekerdil aku. Tak dapat dinafikan, memang banyak air mata yang tumpah, banyak waktu dicurah, banyak rasa tidak terluah.. semuanya menjadi pengajaran berharga buat diri ini. Mungkin pada mata kasar insan lain, ujian kehidupan aku tidak seberapa berbanding mereka. Yelah.. Allah menguji hambaNya dengan ujian yang berbeza. Yang pasti, setiap mehnah dan tribulasi harus didepani dengan penuh sabar tanpa gentar. 


Apapun, aku amat bersyukur dengan semua nikmat dan kasih sayangNya.. Semoga setiap pengorbanan yang telah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesabaran diterima oleh Rabbul Izzati dan segala urusan dunia akhirat ku serta mereka yang ku kasihi dipermudah olehNya.. Aamiin ya Rabbal Alamin..

No comments: