Tuesday, June 3, 2025

Syafakillah Awa!

Di sebalik kesibukan yang menerpa minggu lalu, aku dikejutkan dengan berita Awa pengsan di sekolah! Awa (Haimy Najwa binti Hilmy) merupakan anak saudaraku yang kedua selepas Adam Fahmy. Arwah abah Awa, Hilmy merupakan adikku yang meninggal dunia secara mengejut 15 tahun yang lalu. Cucu Emak ada 5 orang, dua daripadanya perempuan.. dan kedua-duanya anak yatim ~ Awa & Ain. Awa menjadi yatim kecil.. sejak umurnya 1 tahun 8 bulan. Semenjak itu, adik iparku Hamidah hidup sendiri membesarkan Awa bersama kami. Kasih aku kepada Awa, Adam, Anas dan Aneeq amat mendalam sebagaimana kasihnya aku kepada Ain..


Sebaik mendapat berita Awa dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, jiwaku tak tenteram. Namun disebabkan keterbatasan waktu menjelang pembentangan PRIME ditambah dengan sesi kunjung bantu pihak JPNJ ke asrama SMed, aku tahankan niat menziarah Awa meskipun hati meronta ingin terbang ke sisi Awa. Disebabkan itu, sebaik sesi PRIME berakhir, aku kembali ke sekolah sebelum bersegera ke HSA sebaik waktu pejabat ku tamat. Alhamdulillah, lega melihat wajah bersih Awa kembali merah selepas menerima tambahan darah akibat masalah anemia yang dialami Awa.


Ketika coretan ini ku nukilkan, Awa telahpun kembali ke rumah dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.. Terus sihat ye sayang.. semoga Awa & anak-anak Mak Ngah yang lain dihindari dari mara bahaya dan sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria. Mak Ngah sayang semuanya!!



No comments: