




Semenjak dua menjak ni banyak bebeno kabar angin yang diterima tentang program kami ni. Ada yang baik tapi banyak jugak la yg menyebabkan aku termenung panjang... Sebaik mendapat kabar angin yg sepoi2 bahasa (tak dpt dipastikan bahasa Melayu, Inggeris atau Jawa!) tentang program NPQEL ni, masing2 menjadi gundah gulana. Apa tidaknya, sandaran belum pun abis, dah dikatakan yang sebaik je program tamat kami akan terus masuk sekolah dan tak perlu lagi kembali ke IAB...sedih tuuu...! Ada satu lagi berita sensasi yang dibisikkan geng kami, Mr. Jack Sparrow pasal program kami. Katanya program ke UM tu tak jadik diteruskan sebab masalah budget... Harap2 semuanya cuma lawak jenaka yg tak berapa nak menjadi. Apapun tahniah buat tok penghulu eh... encik penghulu K4, Sdra Izam yang bertindak dgn segera, terus merisik khabar dan menghubungi sumber2 yg sememangnya boleh dipercayai untuk menjelaskan situasi yang tak begitu tenang sekarang ni. Mudah2an berita2 tersebut cuma kabar angin semata2 sebab dengo kabo ada geng yang dah mula tak lalu makan piza, tak lena tido siang dan meracau2 dalam tido sebab terlalu rindukan IAB yang sejuk nyaman tu. Betul ke???
Hari ni merupakan hari kedua berlangsungnya peperiksaan SPM 2009. Para pelajar ting 5 akan bertarung di medan peperiksaan menghadapi kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2. Sedari pagi lagi mereka hadir dengan semangat waja.. walaupun ada yg last minute baru nak bukak buku, kesungguhan mereka patut dikagumi. Macam2 karenah diorang ni bila dah panik, ada yang menangis2 dek susah ati, tak kurang juga yang buat tak reti macam takde apa2 yang berlaku (cover la tu!!). Yang penting kalau ditoreh muka2 mereka ni nescaya frust la drakula coz takde darah yang keluar - pucat abis... Bukan setakat students, cikgu2 BI semua dah kecut perut, tak lalu makan, tak lena tidur mengenangkan apalah yg bakal ditulis oleh students masing2 masa exam nanti... Selamat maju jaya buat semua anak didikku yang disayangi.. Mudah2an segalanya dipermudahkan untuk kalian. Good luck and all the best!!!
Kenangan ke Zoo Negara adalah antara yang termanis sepanjang aku di IAB. Selain menziarahi 'rakan taulan' kat sana, dapat la jugak melarikan diri dari kesibukan belajar buat seketika. Sepanjang di sana, x abis2 geng2 ni bergambar. Agaknya haiwan2 kat sana pun naik heran tengok gelagat kengkawan yg tak sudah2 dgn pose maut masing2.. Tak sabar nak jumpa geng2 semua dan plan aktiviti seterusnya...