Hari ni merupakan hari kedua berlangsungnya peperiksaan SPM 2009. Para pelajar ting 5 akan bertarung di medan peperiksaan menghadapi kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2. Sedari pagi lagi mereka hadir dengan semangat waja.. walaupun ada yg last minute baru nak bukak buku, kesungguhan mereka patut dikagumi. Macam2 karenah diorang ni bila dah panik, ada yang menangis2 dek susah ati, tak kurang juga yang buat tak reti macam takde apa2 yang berlaku (cover la tu!!). Yang penting kalau ditoreh muka2 mereka ni nescaya frust la drakula coz takde darah yang keluar - pucat abis... Bukan setakat students, cikgu2 BI semua dah kecut perut, tak lalu makan, tak lena tidur mengenangkan apalah yg bakal ditulis oleh students masing2 masa exam nanti... Selamat maju jaya buat semua anak didikku yang disayangi.. Mudah2an segalanya dipermudahkan untuk kalian. Good luck and all the best!!!
No comments:
Post a Comment