Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Ia bertujuan untuk menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara matahari terbit itu terutamanya dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Apa itu 5S? 5S berasal daripada perkataan Jepun - seiri (sisih), seiton (susun), seiso (sapu), seiketsu (seragam) dan shitsuke (selalu amal). 5S merupakan projek kedua untuk program sandaran NPQEL ini. Bermula dengan sesi gotong royong (seiri) projek ini merupakan program berterusan di bawah bidang pengurusan pembangunan fizikal sekolah.
No comments:
Post a Comment