Ustazah Tengku Norhayati binti Tengku Othman adalah salah seorang guru yang sangat komited dan berdedikasi di SMA. Anak kelahiran Terengganu ini merupakan seorang yang ceria dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Selaku penolong penyelia petang SMA, Kak Engku sangat bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Di sekolah kami, inilah penceramah berkaliber yang disebut2 mampu menggugat Datuk Dr Mashitah dan Datuk Utazah Siti Nurbayah pada masa depan. Mulai 23 Disember 2009, Kak Engku akan meninggalkan SMA dan bercuti belajar sepenuh masa selama 2 tahun untuk mengikuti program sarjana di UKM dalam bidang Pengajian Islam dengan biasiswa KPM. Syabas dan tahniah kepada Kak Engku... Selamat maju jaya.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan..
1 comment:
ckg yg pling byk memberikn kata2 semngat pda sye... =)
Post a Comment