Thursday, November 26, 2009

Penawar Hati...


Banyak kata2 yang menginsafkan dan memotivasikan diri telah aku baca dan aku teladani. Mungkin bagi sesetengah orang, kata2 ini hanya omongan kosong yang tak membawa sebarang erti kepada mereka namun bagi diriku yang serba kekurangan, kata2 inilah yang menjadi pembakar semangat dan memberi aku kekuatan agar aku terus tabah menghadapi cabaran dalam hidupku. So, aku kongsikan kata2 ini dgn kalian. Mudah2an memberikan manfaat kepada kengkawan semua. Renung2kan dan selamat beramal...


  1. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibuka untuk kita
  2. Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
  3. Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati
  4. Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus
  5. Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran
  6. Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan
  7. Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai
  8. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan
  9. Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya
  10. Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam

No comments: