Saturday, January 30, 2010

Semarak Kasih Mengenang Budi



Semenjak aku kembali ke SMKMA untuk menjalani program sandaran selama 6 bulan ni, desas desus khabar tentang pertukaran pengetua telah mula kedengaran. Mulanya 'angin' yang bertiup agak santai dan perlahan, namun desirannya kian jelas kedengaran sejurus sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2009 lalu. Ia mengundang keresahan dalam kalangan warga pendidik SMKMA. Iyelah.. kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? (Walaupun tak mustahil ada tangan monyet2 nakal cuba menggegarkan dahan pokok tu!!!) Ada yang mengiyakan, tak kurang juga yang langsung tak mau mempercayai berita tak rasmi yang dibawa. Namun, akhirnya terjawab juga teka-teki yg bersarang selama ini...


Sah!!! Datin Pengetua yg dikasihi akan ditugaskan berkhidmat ke sekolah lain... Warga Munshi menerima berita ini dengan pelbagai reaksi. Ada yang termenung panjang, tak kurang juga yang tercengang2. Tumpang gembira kerana beliau kini berada di Gred DG52 (Pengetua Kanan Cemerlang), namun tak dapat ditahan rasa sayu dan sedih yang tersembunyi di sudut hati kerana bakal kehilangan seorang pengetua yg komited dan dedikasi.


29 Januari 2010 merupakan hari terakhir Datin Hajah Hasnah bt Md Sem bertugas di SMKMA setelah berkhidmat selama 5 tahun 3 bulan di sini. Majlis Semarak Kasih Mengenang Budi diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih seluruh warga SMKMA kepada Yg Bhg Datin sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama di sekolah ini. Dalam majlis yang penuh syahdu diiringi sendu sebahagian besar warga SMKMA, Datin Pengetua terus memberikan kata2 semangat agar kecemerlangan terus menjadi agenda yang perlu diberikan keutamaan. Dalam getar suara di akhir ucapannya, beliau sempat mendeklamasikan sajak berjudul "Kita Ini Tetamu Senja" yang begitu menginsafkan dan meruntun perasaan. Selamat meneruskan perjuangan di tempat baru Datin... Terima kasih setulus hati dan semoga kita berjumpa lagi!

Thursday, January 28, 2010

Makam Diraja Mahmoodiah, JB


Hari ini kami berpeluang menziarahi makam Almarhum DYMM Sultan Iskandar di Mahmoodiah, Johor Bahru. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru (termasuk YBhg Datin Pengetua) berangkat ke makam tersebut menaiki bas. Jalan agak sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa yang lebih panjang daripada yang sepatutnya. Kami tiba di perkarangan Kawasan Perkuburan Mahmoodiah ketika matahari kian tegak di atas kepala. Di sana, beberapa kumpulan murid dari sekolah lain turut menziarahi makam Almarhum Sultan. Sebaik melangkah masuk ke perkarangan Makam Diraja, bau harum kemboja menyambut kehadiran kami. Kami berpeluang untuk duduk berhampiran makam Almarhum dan membacakan surah Yassin beramai2. Bagiku ini adalah pengalaman sangat berharga memandangkan inilah kali pertama aku menziarahi makam diraja. Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada...

Tuesday, January 26, 2010

Kemangkatan DYMM Sultan Johor


Berita kemangkatan DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Al Haj ibni Almarhum Sultan Ismail disambut dengan kesedihan oleh seluruh rakyat di bumi Darul Takzim. Almarhum mangkat pada hari Jumaat 22 Januari 2010 jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital tersebut kerana gering. Baginda memerintah negeri Johor selama hampir tiga dekad dan merupakan sultan keempat dalam sejarah Johor moden. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani bin Othman pada jam 11.20 malam.


Almarhum Sultan Iskandar diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932 dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Baginda merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar. Pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Almarhum telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. Sempena kemangkatan almarhum sultan, rakyat dan penduduk negeri Johor berkabung selama 7 hari dan bendera negeri dinaikkan separuh tiang. Semoga almarhum DYMM Sultan Iskandar ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh dan roh baginda dicucuri rahmat olehNya. Al-fatihah...

Monday, January 25, 2010

Pertandingan Melukis Poster







Pertandingan melukis poster telah diadakan sempena MS1M 2010 dan berakhir pada 22 Januari 2010 yang lalu. Pertandingan bertemakan Minggu Sejahtera 1Malaysia ini mendapat sambutan hangat daripada murid2 SMKMA. Semua lukisan yang dihasilkan telah dipamerkan di Galeri Munshi untuk tatapan semua warga sekolah. Disebabkan lukisan yang dihasilkan cantik2 belaka, pihak juri yang diketuai oleh Puan Norizan binti Zuaini sukar membuat pilihan menentukan pemenang pertandingan. Akhirnya, setelah puas membelek, melihat dan menilai lukisan2 yang dihasilkan, keputusan pertandingan diumumkan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi yang tak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi, ok?

Apiiii!!! Apiiii!!!

Ringggggggg!!!!!!!! Sebaik mendengar loceng panjang dibunyikan tepat pada jam 9.30 pagi Khamis bersamaan 20 Januari 2010, seluruh warga SMKMA bergegas menuju ke padang. Dengan langkah teratur semua murid dan guru berkumpul. Tanpa berlengah, guru tingkatan mengatur semua murid dan mengambil kehadiran untuk memastikan tidak ada yang 'rentung' dalam kebakaran. Sarjan Masnon dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kulaijaya, mencatatkan masa pergerakan yang diambil dan memberikan laporan sepintas lalu kepada semua warga yang terlibat. Seterusnya, sesi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dijalankan.

Yang Berbahagia Datin Pengetua serta beberapa orang guru dan murid telah mengambil bahagian untuk memadam api dengan cara yang betul dengan tunjuk ajar anggota bomba bertugas. Demonstrasi memadam api dan latihan kebakaran ini merupakan satu daripada program sempena Minggu Sejahtera 1Malaysia 2010. Kepada Cikgu Noor Zainal dan Puan Prathiba yang banyak membantu, jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Jasa kalian akanku kenang selagi hayat dikandung badan...

Thursday, January 21, 2010

Demonstrasi Halal Part 2

Tepat seperti yang dijanjikan, pada jam 2.30 ptg tanggal 20 Januari 2010 sepasukan kakitangan dari Klinik Kesihatan Kulaijaya telah datang ke SMKMA bagi memenuhi undangan sempena MS1M. Kedatangan mereka yang diketuai oleh Dr Norasyiken Abd Rashid disambut mesra. Sesi dibahagikan kepada dua bahagian - ceramah dan demonstrasi. Meskipun tumpuan murid agak terganggu dek suasana panas tengahari yg menyengat, penyampaian Dr Norasyiken tetap mantap dan tidak tergugat. Terima kasih diucapkan atas kesudian doktor dan team beliau memenuhi undangan kami.. Maaf andai ada kekurangan di mana-mana. Datanglah lagi dan jangan serik ya!

Wednesday, January 20, 2010

Demonstrasi Halal Part 1

Ini bukan cerita demonstrasi jalanan, demonstrasi menuntut apa2 hak dari siapa2pun... tapi demonstrasi mencuci tangan yg betul sempena Minggu Sejahtera 1Malaysia yang aku jalankan di SMKMA. Pagi ini dua org nurse yang cantik molek dari Klinik Kesihatan Kulaiijaya telah sudi memenuhi undangan pihak sekolah untuk mengadakan demo cara2 mencuci tgn yg betul kpd semua murid. Maklumlah... gelombang H1N1 yang kedua masih melanda negara. Murid2 sangat gembira bila berpeluang mencuba sendiri kaedah yg diajar kepada mereka.. Jangan lupa cuci tangan ye...?

Tuesday, January 19, 2010

Emergency!! Call 999!!


Panik!!! Suasana awal pagi yang mulanya tenang, tetiba tercalar apabila tidak semena-mena dua orang murid pengsan di kawasan sekolah akibat terbabit dalam kemalangan jalanraya. Ia berpunca daripada kecuaian mereka menunggang motorsikal. Di celah2 keriuhan dan hiruk pikuk gerombolan warga sekolah yang kebingungan, tiba2 terdengar sayup2 jeritan yang meminta agar panggilan kecemasan segera dilakukan.. Sepantas kilat 999 didail sebelum insiden yang mengundang keresahan itu dilaporkan kepada pihak hospital. Sementara menantikan ambulans tiba, tanpa membuang masa sepasukan anggota PBSM terus menghulurkan bantuan. Rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan diberikan dengan sebaik2nya. Hasil kepantasan dan kecekapan anggota2 terlatih, PBSM berjaya mengendalikan situasi berkenaan dengan baik dan mangsa2 kemalangan dapat diselamatkan.
Insiden tersebut merupakan satu daripada adegan yang terdapat dalam sesi demonstrasi pertolongan cemas yang dijayakan oleh pasukan PBSM sempena Minggu Sejahtera 1Malaysia awal pagi tadi. Tahniah kepada Puan Pang Lee Yee dan anggota PBSM yang telah menjayakan persembahan mereka dengan berkesan. Well-done!!

Monday, January 18, 2010

Perasmian MS1M

PERASMIAN MINGGU SEJAHTERA 1MALAYSIA 2010
Tarikh : 18 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 8.40 pagi
Tempat : Dewan Munshi Abdullah, SMKMA
Perasmi : Yg Bhg Datin Hjh Hasnah bt Md Sem


MS1M merupakan projek terakhirku sebagai pelengkap kepada Program Sandaran NPQEL yang aku ikuti di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Macam2 aktiviti telah direncanakan sebagai pengisian bagi merealisasikan projek ini. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang MS1M berlangsung termasuklah program Senam Seni 1Malaysia, Demonstrasi Pertolongan Cemas oleh PBSM, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Buku Skrap dan program Muridku Sayang. MS1M dirasmikan oleh Pengetua SMKMA, Datin Hjh Hasnah bt Md Sem semasa perhimpunan rasmi diadakan pada 18 Januari 2010.


Usai majlis perasmian MS1M, ceramah kesihatan bertemakan gaya hidup sihat disampaikan penuh bertenaga oleh Ketua Panitia PJK merangkap Setiausaha Sukan SMKMA, Encik Mohd Fadzly bin Saleh. Menggunakan power point yang menarik, sesi ceramah dikemudikan penuh bergaya.. Ala-ala Dato' Dr Fadzillah Kamsah gitu... hehehe... Keterujaan murid jelas tergambar semasa slot kuiz spontan dikendalikan oleh Puan Norsuhazlin bt Kharizan dan Puan Suzenny binti Ahmad. Berlumba-lumba hadirin menjawab soalan yang diutarakan sebab nak merebut hadiah tabung buah-buahan kiut yang ditawarkan.



Tamatlah sudah hari pertama program MS1M... Sekalung penghargaan buat rakan2 yang banyak membantu melicinkan perjalanan majlis perasmian MS1M 2010. Terima kasih daun keladi, esok ada aktiviti lagiiiii... :)

Wednesday, January 13, 2010

Bengang vs Bingung

Semakin menghampiri tarikh 23 Januari 2010, semakin banyak perkara yang membengang dan membingungkan berlaku. Satu persatu masalah dan dugaan muncul.. entah dari mana akupun tak tau. Semangat aku yang dulunya marak membara rasanya dah semakin malap nyalaannya. Tupun dah start membentuk kepulan yang bakal menjadi puing2 yang tak lagi bersisa.. Entah apa silapnya segala yang aku usahakan selama ni seolah2 payah betul nak direalisasikan. Semua dah siap, tunggu hari berlangsung majlis aje, tupun perit benar nak jadi.. Aduyaiiii... Satu-satunya perkara yang mengubat hati aku nan lara sekarang ni cumalah keyakinan dan sokongan padu yang tak berbelah bagi daripada kengkawan yg penuh pengertian.. Kalau tidak agaknya dah lama aku angkat kaki dan cabut lari. Rasanya ni la yg dinamakan perjuangan. Kata orang, takkan manis satu perjuangan tu andai tak diduga dengan badai cabaran dan dugaan... Kalau takut bermain ombak, jangan ngengada nak berumah di tepi pantai (rumah aku kat tasik bukan kat pantai!!!) Nak tak nak, suka tak suka, terpaksa la aku berdepan dengan semua ni sendiri.. Runsing, pening, pusing... tulah yg aku rasa sekarang. Duhai hati.. sabarlah, wahai jiwa... tabahlah.. Di saat aku melayan gundah gulana asbab hati aku yang dihambat masalah yang tak tau mana penghujung ni, aku teringat plak geng2 NPQEL yang sedang mencari jalan menyelesaikan kemelut yang melanda Kumpulan K4 pagi ni. Hanya doa je yang mampu aku kirimkan sbg ganti diri mengiringi langkah kalian. Mudah2an apa yang diusahakan beroleh kejayaan dan ada khabar gembira untuk dikongsi bersama. Amin ya rabbal 'alamin...

Thursday, January 7, 2010

Terkenang Semasa Dulu

Sehari dua ni aku teringat2 zaman persekolahan aku dulu... semua memori suka duka yang terakam dalam lipatan diari hidupku terasa seolah-olah dibuka helaiannya satu persatu. Kenangan zaman kanak-kanak sehinggalah aku menginjak usia remaja menggamit kesyahduan dan kerinduanku kepada rakan2. Entah di manalah mereka semua ni agaknya...? Aku melalui zaman persekolahan yang agak berbeza dari rakan2 lain. Mungkin disebabkan abah seorang tentera, kekal di satu tempat utk jangkamasa yang agak lama agak sukar bagi kami. Disebabkan tugasan abah yang memerlukan beliau berkhidmat dari satu negeri ke negeri yang lain, sekolah kami adik-beradik pun sering bertukar. Sebelum aku menjejakkan kaki ke sekolah pun, aku dah merasa suasana pindah randah ni banyak kali...

SEKOLAH RENDAH



1. SK Angkatan Tentera, JB

2. SK Panglima Adnan, Port Dickson





Mungkin itu antara faktor kenapa aku tak ramai sahabat yang betul2 akrab sepanjang zaman persekolahan. Manakan tidak, belum sempat kami saling mengenali, keluargaku dah mengusung barang berhijrah ke tempat lain. Tugas abah membawanya ke Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan akhirnya kembali ke Johor sebaik abah berpencen pada 1991. Maknanya, sepanjang tempoh zaman remajaku, aku dah menjejakkan kaki ke lebih daripada 5 buah sekolah... disebabkan itu, janganlah rakan2 tersinggung atau berkecil hati andainya aku tak lagi mengingati kalian... Tak ingat tu bukan bermakna aku lupa... hehehe...


SEKOLAH MENENGAH












1. SMR Si Rusa, Port Dickson (Sekarang SMK Bukit Saujana, PD)

2. SMK Skudai, Johor Bahru

3. SM Teknik, Johor Bahru

4. Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru


Walau bagaimanapun, bila aku 'disapa' rakan2 lama (terutama semasa bersekolah rendah bersama) di laman facebook, sememangnya aku merasa teruja dan sangat gembira... Tapi maaflah kalau aku mengambil masa agak lama mengenali rakan2 semua. Maklumlah bukan mudah untuk aku recall balik kenangan masa kecik2 dulu sampai aku meninggalkan bangku sekolah... (walaupun sekarang masih tetap terus ke sekolah setiap hari!) so kalau ada yang masih mengingati aku, terima kasih aku ucapkan... Keep in touch!